Jalan Selamat Orang Melayu

Jalan selamat orang Melayu.

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Sejak dari tahun 1920an lagi, pemikir bangsa Melayu meneliti apakah sebab dan punca nya bangsa Melayu ketinggalan dibelakang. Antara pemikir2 Melayu yang serius memikirkan nasib atau destini bangsa melayu ialah seorang yang bernama Zainal Abidin bin Ahmad. Dia dikenali juga sebagai Zaaba.

Kenapa orang Melayu miskin? Hari ini, lanjutan dari isiu miskin yang semua orang sudah tahu, aspek saikoloji kemunduran kurang diberi perhatian. Izinkan saya beri sedikit huraian.

Kenapa orang Melayu tidak memperlihatkan laku perangai yang menyokong kemajuan? Apa yang tidak kena dengan asuhan bangsa Melayu? Bangsa lain terlatih dengan budaya mengusahakan sesuatu dengan gigih dan keras dan bergantung kepada usaha diri sendiri, orang Melayu pada bahagian majoriti nya tandus dan kurang dengan nilai2 ini.

Apa yang memebezakan Zaaba ialah keberanian nya melihat kedalam diri bangsa Melayu itu sendiri. Dia selalu menekankan kepada kekurangan2 pada diri orang Melayu itu sendiri yang menjadi penyebab kekurangan orang Melayu dalam pelbagai bidang. Sejak awal lagi Zaaba menyedari kebenaran bahawa jika bangsa Melayu tidak mengobah nilai2 yang ada pada diri mereka, maka tertinggal lah bangsa Melayu dalam perlumbaan kehidupan.

Sayang sekali, cara berfikiran begini tidak diteruskan oleh pemimpin2 Melayu. kebanyakan mereka memilih cara quick fixes dan shortcut. Contoh paling asas membuktikan perkara ini. Ramai sungguh ibu bapa Melayu yang mempercayai bahawa anak2 mereka akan mencapai kejayaan dalam pelajaran hanya dengan makan buah kismis dan makanan2 penyuburan otak yang lain.

Pada penringkat yang lebih umum, ada pemimpin yang percaya bangsa kita boleh membeli  jalan keluar dari kemunduran. kepada pemimpin jenis ini, cash is king dan pembelian jalan keluar menyelesai segala nya.

Akan tetapi, pemimpin jenis inilah yang merosakkan nilai pemajuan bangsa Melayu. Melayu jenis ini tidak membesar dalam budaya bahawa kita mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu . kita mesti berkerja keras. kita mesti suka bergantung harap pada diri sendiri. Melayu jenis ini tidak faham bahawa kita hanya boleh memperolehi apa yang kita usahakan.

Melayu sejati atau melayu yang ada jati diri, hormat kepada diri sendiri. Mereka akan sedar bahawa bangsanya mewarisi laku perangai yang buruk2 sejak zaman dahulu kala. Akibat ditempa dari acuan yang buruk, maka jadilah orang Melayu itu bangsa yang serba kekurangan.  Kejadian yang keji2 ini telah menjadi keperangaian kedua atau second nature kepada orang Melayu sehingga hari ini. Ianya ialah penyebab utama orang Melayu secara keseluruhan nya mundur, tertunduk2 macam tambi peminta sedekah.

Tapi orang Melayu hari ini tidak sedar. Melayu hari ini terus mengharapkan orang lain menyelesaikan masaalah mereka. Melayu hari ini terus expect orang lain memikul tanggung jawab yang sepatutnya dipikul oleh mereka.

Melayu yang tidak ada jati diri akan menyalahkan orang lain akan keadaan mereka. Melayu ketinggalan di Pukau Pinang? Oh- sebabnya ialah orang Melayu Pulau Pinang sedang melalui ethnic cleasing secara perlahan2. Saya harap orang Melayu jangan di bodohkan dengan pandangan rendah mutu seperti ini. Kopiah dikepala bukan gerenti otak yang baik.

Ustaz otak tak center akan tidak akan kata bahawa sifat orang Melayu yang buruk2 seperti kata Zaaba 90 tahun yang lalu, ialah punca nya Melayu ketinggalan. Dalam zaman penjajah, memang senang menyalahkan kerajaan, kerana ianya bangsa lain. Di Pulau Pinang, senang menyalahkan kerajaan kerana ianya dikuasai oleh bangsa lain.

Tapi bagaimana kita terangkan, dalam negeri yang dikuasai oleh pemerintah Melayu, orang Melayu tetap berada dibelakang? Di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan- semua negeri ini dikuasai oleh pemerintah Melayu. Mengapa orang Melayu juga yang ketinggalan dibelakang? Di Sarawak, kaum yang termiskin ialah bumiputera dan pribumi yang lain sedangkan yang memerintah terdiri dari kaum bumiputera dan pribumi?

Lain kali kalau mahu cakap, jangan ingat hendak syok sendiri.

Yang miskin, yang bercandu dan bermadat, yang menganggur, yang kurang pendidikan, yang majority tinggal di rumah kos rendah- hampir semua Melayu. Adakah pemerintah dari bangsa kita melakukan ethnic cleansing?

Dalam tahun 1927, Melayu sejati yang berani berdepan dengan kebenaran, Zaaba bertanya, mengapa tidak dipersalahkan diri kita sendiri?

Yakni makan pun disuap orang, itulah punca utama mereka ketinggalan. Ketika zaman UMNO perintah pulau pinang melalui budak suruhan nya Gerakan, mengapa keadaan orang Melayu Pulau Pinang tidak berubah?

Mereka akan mencari punca2 yang bodoh dan pandir untuk menerangkan kekurangan yang ada diri mereka. Orang Melayu yang lama hidup di Pulau Pinang yang hidup manja di bawah pemerintahan BN dan UMNO. sekarang ini menerangkan keadaan ketinggalan mereka dalam kehidupan sebagai akibat dari pembersihan kaum oleh pemerintah Cina. Sedangkan sebalik nya berlaku. Pemerintahan cina hari ini mendedahkan sejak berzaman keadaan orang Melayu tidak di perbetulkan oleh pemerintah bangsa mereka sendiri.

Jadilah Melayu Pulau Pinang Melayu yang terbiar sebab mereka diasuh supaya berfikiran bahawa masaalah mereka adalah tanggungan orang lain.

Lama sebelum Fareed Zakaria meng-interview Lee Kuan Yew, Zaaba pada tahun 1927, mendahului Lee Kuan Yew berpegang bahawa kunci kemajuan individu dan masyarakat dan negara ialah budaya.

Culture is destiny.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s