Jalan Selamat Orang Melayu-sambungan

Asalamulaikum dan salam sejahtera.

Sambungan dari artikel terdahulu.

Apa yang Zaaba musykilkan?

Masaalah yang difikirkan oleh Zaaba dalam tahun 1920an, hari ini mengambil bentuk yang baru. Yakni bagaimana iktikad ugama Islam yang sepatutnya menjadi panduan membina kehidupan dikhianati. Yang jadi pengkhianat terbesar ialah politisyen yang nampak secara luar, memperjuangkan agenda politik Islam. Mereka telah merosakkan nama baik Islam. Manakala, kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintahan Najib sudah diketahui satu dunia.

Kita ada pemimpin yang secara aktif, mengambil wang rakyat. Hari ini Department of Justice Amerika memulakan penyiasatan keatas Goldman Sachs. Ia mendapat komisyen USD500 juta untuk mencari dana USD5 billion untuk 1MDB. Kemudian wang itu dengan segara dipindahkan kedalam akaun 1MDB di BSI bank Switzerland dan Singapura. Separuh dari wang tersebut lesap dan suatu angka yang belum muktamad masuk kedalam akaun peribadi Najib Tun Razak.

Ini satu salah guna kuasa. Duit itu milik 1MDB. Mengapa masuk kedalam akaun Najib?

Najib Tun Razak telah menggunakan wang tersebut untuk merasuah rakyat Malaysia untuk kekal berkuasa sebagai kerajaan dalam PRU13 dalam tahun 2013. Kemenangan kerajaan Najib sangsi, tercemar dan tidak Islamik.  Kemenangan tersebut tidak boleh dijustifikasikan atas nama apa pun- bangsa Melayu atau Islam. Bangsa Melayu tidak sokong menipu dan Islam tidak sokong penipuan.

Demikianlah Islamik sangat negara kita.

Sebaliknya, iktikad itu diterbalikkan untuk mensahihkan kebuasan kuasa, membuli rakyat dan mencaci dan menghina. Iktikad Islam yang diperjuangkan telah di rampas oleh ustaz2 yang bermata liar dan buas.

Adakah agama Islam mengajar kita menghina, maki dan hamun pihak lawan?

Politik PAS kembali kepada zaman buas nya terdahulu. Mencaci dan menghina. Mereka ingat, politik yang diusahakan mereka, akan menyelesaikan masaalah orang Islam di Malaysia. Adakah jika di tambah Islamisme kedalam kehidupan orang Melayu- keberhasilan atau productivity mereka akan bertambah? Kemiskinan mereka akan selesai? Jangan kita beri pengharapan palsu dan menjanji bulan dan bintang. Kalau kita mula dengan pembohongan dan ilusi, kita akan berakhir sama ada dengan pembohongan yang lebih besar atau keganasan.

Semua orang tahu, agenda politik pas ialah menyembunyikan kekurangan dan kegagalan mereka serta mengsahihkan politik ganas dan buas. Apabila kegagalan tidak boleh diterangkan, maka yang bertanya soalan akan diganasi. Itu lah politik PAS.

Kita mesti tolak messed up politics golongan parti yang memperjuangkan Islam. Mereka tidak ada kefahaman apa yang diperjuangkan. Potong tangan, rejam batu, tambah sebatan, membenarkan balas dendam dan akhirnya memancung kepala, bukanlah mewakili pemerintahan Islam. Itu adalah aspek2 hukuman perundangan ugama Islam yang mesti dihalusi terlebih dahlu.

Pemerintahan Islam ertinya tidak ada rasuah, pemimpin yang rasuah disingkirkan, tidak ada pecah amanah, pemimpin yang tidak amanah haram dijadikan ketua. Tidak ada pencurian kantong rakyat, tidak ada penganiayaan dan kebuasan keatas rakyat.

Maka tidak heranlan Malaysia menduduki tempat ke 33 dalam senarai Islamicity indeks sementara Singapura yang bukan diperintah oleh Melayu/Islam menduduki tempat ke 7. Tentulah kita berasa malu kerana ia menunjukkan bahawa walapun kita gegak gempita berteriak Islam itu dan ini, kehidupan kita sebenarnya tidak berpedomankan nilai Islam yang mulia.

Dalam bidang ugama Islam, nilai dan prinsip mulia2 jatuh beberapa martabat. Walaupun cakap besar, berdegar degar, berforum dan bertazkirah sehingga lembu kerbau pulang petang, orang kita sebetulnya tidak memuliakan prinsip2 tersebut. Kita cakap sahaja sibghah Allah mewarnai kita, tapi kehidupan kita sebetulnya diwarnai oleh kemungkaran dan hipokrasi.

Kalau kita mengutamakan nilai dan prinsip serta memuliakan iktikad kepercayaan ugama kita, pemerinthan orang Islam ertinya tidak ada rasuah, tidak pecah amanah, memilih pemimpin terbaik secara demokratik, menyelesaikan masaalah secara bertamaddun, bukan penggal kepala. Mesti ada keadilan. Tidak perkauman. Kita bersaing melakukan kebaikan bukan dengki dan  iri hati kejayaan kaum lain.

Kalau kita faham konsep pemerintahan Islam, ianya bererti benar2 memberi keselamatan dan kedamaian kepada rakyat. Untuk rakyat selamat dari kebuasan pemerintah, mesti ada safeguards yang banyak dan usaha melindungi rakyat biasa dari kebuasan pemerintah. Jika dari ancaman luar mesti ada tentera dan sistem ketenteraan yang terbaik. Terbaik dari kualiti askar dan kualiti alatan. General yang patut pencen, mesti dipencenkan. Alatan dan kelengkapan mesti berjenis terbaik. Bukan beli kerana ada komisyen yang diberi kepada KSU, general, atau menterri sendiri.

Kalau kita Islam dan faham konsep pemerintahan Islam ekonomi dan penciptaaan punca rezeki mesti ditawarkan kepada rakyat. Ekonomi mesti dirus dengan baik dan telus dan ada kestabilan. Lesen berniaga, lesen pembuatan, mesti diberi dengan telus dan ikhlas dan bukan jadi keadah pembuat keputusan dan dasar, mencari untung dan mencari komisyen.

Perpaduan rakyat- tidak kira bangsa mesti diusahakan. Kita semua asal dari tanah dan kemudian bertambah secara serupa iaitu penyatuan benih lelaki dan perempauan. Pemerintah mesti meletakkan tumpuan dan matlmat bersama.

Pemerintahan Islam tidak buas memaksa cara beribadat , keatas orang lain. Pemerintah meletakkan tanggung jawab menyuburkan aspek kerohanian kepada individu itu senidri. Mereka tak sibuk menetapkan kita mesti tarawih 20 rakaat dan menganggap yang melakukan 8 rakaat kurang Islam. Penyuburan spritual sepatutnya bukan perkara yang disibukkan oleh pemerintah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s