Kenali Agenda Politik PAS

Kita mesti sekat minda militen dalam parti pas. Militancy tidak ada tempat dalam negara kita. Kita lihat trend bahaya ini dalam dua PRK. PAS nampak macam tertekan. Mereka sudah tahu mereka tidak dapat kemenangan. Kempen mereka nampak buas. Kegilaan mereka dihalakan kepada Amanah dan DAP tapi tidak kepada UMNO.

Caci dan nista dan ugutan digunakan. Sukalah kita mengingat pas- bahawa mereka bukan jurucakap Allah.

 Hari ini, maki dan mengkafirkan kerana tidak bersetuju dengan pandangan mereka. hari esok membunuh, penggal kepala. lasykar “Allah” akan kesana ke sini mengukur sama ada seluar ketat atau tidak, pakai tudng atau tidak, lelaki pakai seluar pendek atau tidak. Kehidupan kita akan diganasi. Agama ialah alat pengawalan oleh mullah dan ustaz2.

Satu survey yang diadakan dikalangan orang Islam termasuk yang ada pendidikan- kata 80% setuju dengan bill Hadi. Adakah persetujuan mereka datang dari sentimentalism terhadap Islam? Jika ya maka itu asas membuat keputusan yang kurang tepat- kita semua tidak perlukan pensijilan dari PAS untuk mengesahkan keIslaman kita.

Fikirlah dengan rasional. Yalah sehinggalah tangan yang pertama dipotong. Macam di Nigeria suatu ketika- 80% juga yang approve, tapi apabila tangan pertama dipotong, maka semua orang menarik balik sokongan . Sebab tangan pencuri kecil yang dipotong, pencuri besar tidak.

Pencuri ayam dipotong, pencuri balak bagaimana? potong tangan, sebatan nanti dilakukan secara pablik- kita tengok reaksi masyarakat apabila menonton sebatan dan potongan tangan.

Pemimpin Kelantan berani apply undang2 syariah sama rata? Jika kerabat di Raja didapati minum arak macam mana? Adakah dia disebat? Dahulu ketika sibuk dan goga bila seorang wanita di tangkap di Kuantan kerana minum, alangkah baik dia disebat kerana itu jadi precedence keatas semua orang termasuk keluarga di Raja.

Esok hari, tembak jika tidak bersetuju. Tindakan sebegini tidak mustahil dalam suasana mentaliti menghalalkan darah ahli2 Amanah yang keluar dari PAS. Orang hendak keluar daripada jemaah yang menyimpang dan terpesong, enta tidak boleh paksa untuk kekal berada bersama.

Jika kita tidak ikut ‘aqidah’ golongan militen dalam pelbagai cabang kehidupan- tak berjanggut, tidak pakai chador, jubah , kita akan di sembelih.

Adakah masyarakat Malaysia bahkan orang Melayu mahukan kehidupan social yang begini? Mari kita kekalkan kesiuman dalam masyarakat kita dan tolak kegilaan yang pas promosikan. Tok nenek moyang kita tidak kurang Islam mereka walaupun tidak ada agenda mengtalibankan masyarakat seperti hari ini.

Agaknya para pemimpin mereka, terutama yang berdarah muda serba serbi dan memimpikan kahwin sampai 4 dan mahukan sebuah pemerintahan yang tidak boleh dipersoalkan, terdiri dari orang2 yang dahagakan darah. Maka tidak cukup denda rM5000, tidak cukup 6 sebatan, tidak cukup 3 tahun penjara- mahkamah sayriah mahu diperluaskan kuasa  keatas menghukum perkara2 yang sudah ada dalam penal code perlembagaan persekutuan.

Lawyer dan para peguan termask ahli akademik boleh berbahaa mengenai perkara ini sampai urat leher naik biru saya hanya hendak tahu, bagaimana bill ini akan selesakan masaalah keadilan, rasuah, pencurian wang, kebuasan pemimpin, keadilaan ekonomi dan sebagainya. Adakah bill ini akan segera meningakatkan keIslaman kita? Adakah ia akan meningkatkan pendapaatn dan produktiviti?

Jadi, tidak mungkinkah pengenalan bill ini sebenarnya helah untuk menyembunyikan kegagalan objektif2 diatas? Pemeritahan yang adil, pemimpin yang tidak rasauh, tdak ugut rakyat untuk menyekat bantuan kalau tidak setuju. Hari ini Najib menyampai RM190 juta bantuan kepada pekebun getah- duit itu rakyat yang punya bukan duit keluarga Najib. Ini perbuatan peras ugut. adakah ianya Islamik?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s