Al Munafiqu wal munafiqa

Sekarang kucing telah terlepas dari bag. The cat is out of the bag. Walaupun Najib berdrama sakan untuk stage lakunan bahawa dia menerima wang dari derma pak arab- sebenar nya semua tipu.

Tidak ada dermawan Arab. Tidak ada putera. Tidak ada raja. Semuanya cerita rekaan untuk menutup pencurian wang dari hasil bond USD3 billion. Sekali berbohong, terus berbohong. Tidak ada pak Arab yang sedia tampil dan mengesahkan secara definitive dia derma wang.

Bahkan dalam satu mesyuarat cabinet ada menteri kata-tak perlu beritahu darimana datang wang- beri sahaja kami RM5 million seorang, kita akan menang pilihanraya.

Kenapa Najib perlu menipu sedemikian rupa? Mungkin dia beraqidahkan cash is king. Atau dia anggap rakyat bodoh.

Round pertama- bagaimana kita akan dapat kembali USD1.83 billion yang kemudian nya jadi USD2.3 billion atau baki nya kalau ada, yang disimpan dalam bank BSI Singapore? Bank sudah ditutup kemana wang tersebut?

Najib komplot dengan Jho Low, seorang berbangsa cina dan Tarek Obaid menghilangkan USD1.83 billion wang rakyat Malaysia. Najib, Jho Low dan Petrosaudi dan orang2 yang sewaktu dengan nya, CURI duit 1MDB iaitu duit negara Malaysia. Negara ini bukan Najib dan Rosmah yang punya.

Menipu agak nya OK dengan PAS.

Benar kata Al Quran. Geng munafik ada persahaman antara mereka. Lihat Quran 9:67. Orang munafik lelaki dan perempuan , mereka ada persefahaman antara mereka. Mereka menganjurkan kemungkaran dan menegah keadilan. Mereka rapat antara satu sama lain. Orang munafik ini engkar dan jahat.

Sikap PAS terhadap pembohongan tidak mengherankan. Tipu pada mereka halal kalau memberi faedah kepada mereka. Mereka boleh kata fitnah. Seperti seorang pemimpin mereka yang didedahkan menonton filem porno dalam hotel di Germany. Bila perkara terdedah, dia kata fitnah. Jika fitnah bagaimana perkara itu tercatat pada bill hotel nya?

Saya diberitahu oleh sumber yang ikut sama- pada hari tersebut, tuan rumah sudah aturkan satu program. Pemimpin PAS ini kata dia tidak berapa sihat dan memilih untuk tinggal dalam bilik. Bila tiba masa untuk bayar, pemimpin ni kata dia tidak ada credit card dan wang asing tidak ada. Maka bill itu dibayar oleh tuan rumah bagi pihak nya dan pada bill ada tercatat tontonan pay per view 3 kali. Wow!

Kita tidak perlu meratapi jika PAS mahu berbaik dengan UMNO. Ianya membuktikan karakter sebenarnya PAS. Ramai yang berkitab antara mereka. Sedikit ada iman, majority fasik. Pemimpin mereka belot kepada jemaah PAS yang beratus ribu itu.

Semua orang boleh kata, ia melakukan nya, yakni berkawan dengan parti setan, taghut, assabiyah  kerana agama Islam. Adakah karakter UMNO sudah berubah dari masa yang lampau? Makna nya, UMNO bukan lagi taghut, setan dan assabiyah?

Tapi kita tahu kebenaran nya. Apa yang sebenarnya menarik pas ialah dana yang berbillion UMNO dan kerajaan ada dan kuasa. Perkara2 ini menarik minat PAS. Janganlah hendak kelentong kami.

UMNO melalui ejen nya hanya perlu menyintuk limau 2 orang- Nik Abduh yang diberi nama anak Nabi  Nuh dan Nasrudin Tantawi. Bawa jalan2 keseluruh dunia, duduk hotel mahal- kenalkan mereka kepada nikmat dunia- semua sudah beres. Bismillah….

Jika pemimpin PAS sebegini yang memimpin parti ini, maka tidak heran penipuan Najib diterima sebagai halal. Sekarang mereka sama2 meraih imbuhan dari kuasa. PAS akan kata, ini dilakukan atas kepentingan agama.

Benarlah apa yang pernah saya dengar- PAS akan kompromi bila wang dan kemewahan ditawarkan kepada mereka. Wa haramun kalau makan sorang, wa halalun kalau kongsi sama.

Tidak ada derma dari pak arab. Tidak ada dokumen bank yang boleh diketengahkan. Tidak ada rekod kemasukan wang oleh bank negara. Tidak ada rekod bank remittance dari bank arab. Kecuali wang itu dalam bentuk tunai dan diangkut dalam kesemua kapal terbang yang digunakan oleh Najib.

Tidak ada pak arab yang derma RM2.6 billion akan berdiam diri kalau dia derma. Terutama Pak Arab yang kaya ini semua nya playboy dan suka dunia tahu merek ada wang banyak. Dari kemahsyuran tersebut, datang lah perempuan serta budak2 lelaki jambu dan pesta mabuk. Kepada Pak Arab, dunia ini harem yang besar. Tidak ada yang lebih mengembirakan mereka dari ‘bermain’ sepanjang masa.

Duit yang masuk dalam akaun Najib datang dari Tanore Finance.dan Falcone Bank.  Semua nya hasil USD3 billion bond yang diterbitkan oleh Goldman Sachs. Oleh kerana Najib mahukan wang itu dengan segera, maka Goldman Sachs telah dibayar fee sebanyak USD300 juta.

Apa hak Najib mendedahkan Malaysia kepada hutang USD3 billion? Bond ini membawa coupon rate yang kena dibayar setiap tahun dan bila bond itu matang, kita kena langsaikan USD3 billion tersebut.

Bagaimana kita membayar bond tersebut. Jika sebahagian di songlap oleh Najib dan sebahagain hasil bond disalurkan kedalam kegiatan yang sangsi dan tidak memberi pulangan yang baik- bagaimana kita bayar hutang?

Najib gali lubang yang lebih besar setiap pusingan perbelanjaan oleh 1MDB. Walaupun Najib dan kerajaan nya mengakui bahawa 1MDB ialah model business yang salah, tapi sukar bagi mereka menolak keseronokan menjadikan 1MDB sebagai ATM peribadi mereka.

Tidak ada dermawan arab. Wang RM2.6 billion datang dari 2 sumber. USD61 juta dari Tanore finance dan USD620 juta dari Falcon Bank. Jumah USD681 juta. RM2.6 billion.

Meleleh air liur PAS membayangkan melimpah ruah wang datang kepada nya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s