MengUMNO semula Dr Mahathir, kuda tunggangan DAP dan pembelot UMNO

Saya rasa ramai dari pengkritik Dr Mahathir lupa bahawa mereka disana dan berada di kedudukan masing2 ialah kerana Dr Mahathir. Sama ada secara lansung dan tidak lansung. Bahkan Najib sendiri made hay while the Mahathir sun shone.

Setengah nya ibarat kencing pun tak sempurna basuh, mahu menasihati Dr Mahathir bagaimana mahu berkelakuan. Kita lihat gelagat Zahid Hamidi, Shabery Chik dan Nurjazlan Muhd Rahmat mendedahkan respons yang amateurish.

Siapa Zahid Hamidi mahu memberi syarat kepada Dr Mahathir untuk kembali kepada UMNO? Dr Mahathir tidak melakukan apa2 berlebihan, kecuali memulang paku buah keras, dengan memberi syarat nya sendiri, bagaimana dia boleh kembali kepada UMNO.

Jawapan Dr Mahathir sudah tentu menyentak Zahid Hamidi. Ia menyebabkan jawapan kebudakan dari barisan pimpinan UMNO lapisan bawah.

Berbanding dengan Zahid Hamidi, pemikiran Dr Mahathir lebih mantap dari Zahid. Walaupun ada gelaran Doktor, peri laku Zahid tidak pernah meyakinkan orang ramai bahwa kesarjanaan telah berjaya membentuk karakter Zahid. Semua orang tahu, Zahid seringkali berkelakuan seperti samsengan yang tidak pergi kesekolah.

Malah hanya semalam, kita dapat tahu, Zahid dengan angkuh menasihatkan lebih baik Dr mahathir dia. “nasihat” Zahid ialah respons bila wartawan menanya semula perihal Zahid mengakui  bahawa dia mempunyai asset bernilai RM260 juta suatu ketika. Itu dahulu. Sekarang sudah tentu nilai asset- wang tunai dan harta benda sudah melampaui jumlah tersebut. Not bad untuk seorang yang dahulunya mampu untuk isi minyak RM5-10 untuk kereta nya.

Iannya bukan tempat untuk Zahid memberi syarat kepada Dr Mahathir. Orang tua itu belum nyanyuk dan tahu apa yang dia lakukan. Dr Mahathir, seperti jutaan orang awam yang lain, faham dan tahu, bahawa punca segala musibah dalam dunia politik Malaysia disebabkan Najib Tun Razak.

Penyelesaian kepada masaalah ini menuntut tidak kurang daripada penyingkiran Najib sebagai pemimpin negara ini. Dan tidak perlulah disebut  bahawa penyingkiran tersebut dilakukan secara terbuka dan proses demokratik.

Apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ialah mengetuai gerakan menyedarkan rakyat. Kenapa ia perlu? kerana mustahil orang awam yang menerima BR1M, sabsidi , bantuan kebajikan masyarakat, petani, nelayan boleh memikir dan melihat seperti mana yang Dr Mahathir lihat.

Tugas meningkatkan kesedaran ialah tugas yang dipikul oleh semua rakyat yang demokratik dalam negara kita. Itu sebab nya kita ada gerakan deklarasi rakyat yakni suara rakyat yang kolektif, memberitahu Najib, bahawa dia mesti undur.

Tapi mungkin juga, secara tidak sengaja, jemputan Zahid kepada Dr Mahathir, menyemboyankan kembali, apa isiu sebenarnya yang dihadapi oleh negara ini. Yakni kepimpinan korap dan tidak amanah Najib yang menyebabkan negarawan terulung negara kita, bangkit, pada umur 92 tahun menentang nya.  Itu pengorbandan yang tidak dapat di tandingi oleh mana2 pemimpin UMNO jenerasi sekarang.

Dakwaan bahawa Dr Mahathir melakukan ini semua kerana untuk memastikan Mukhriz jadi PM atau sebab2 ulterior yang lain bukan sahaja menghina Dr Mahathir tapi insults the intelligence of all right thinking Malaysians.

Siapa pula Shabery Chik yang mahu membodohkan rakyat dengan menyatakan bahawa Dr Mahathir membiarkan dirinya diperkudakan oleh DAP. Wah, hebat nya DAP boleh menunggang semua orang- PKR, Amanah dan sekarang Dr Mahathir sendiri. Shabery Chik ingat Dr Mahathir ini tanah liat playdoh yang boleh dibentuk sesuka hati?

Adakah keberadaan DAP dengan disiplin pemimpin2 nya dan work ethics nya yang mengkagumkan, menakutkan semua orang sehingga terkencing dalam seluar?

Gerak kerja UMNO pun mantap tapi bagaimana dengan organisasi dan gerak kerja yang berstruktur, UMNO gentar kepada pengaruh DAP?

Jawab nya ialah morale pengikut UMNO rendah dan asas dan focus perjuangan parti itu tidak jelas. Asas dan fokus perjuangan telah beralih daripada membela rakyat lemah kepada memelihara hayat politik Najib.

Kita juga tahu, Nurjazlan Muhamad Rahmat membawa dalam dirinya dendam merasakan Dr Mahathir tidak memberi keadilan kepada bapanya Muhamad Rahmat.  Orang lain patut mengingatkan Nurjazlan bahawa pembelot kepada perjuangan UMNO ialah Najib dan konco2 nya. Atau adakah Nurjazlan sesduah dilantik sebagai timbalan menteri lupa akan perkara ini?

Advertisements

One thought on “MengUMNO semula Dr Mahathir, kuda tunggangan DAP dan pembelot UMNO

  1. Tuan UNKNOWN SOLDIER,
    Terimakasih di atas pandangan yang jitu.
    Semua tulisan saudara membuka minda.
    Saya amat kagum dan sentiasa menunggu posting baru.
    Harap ramai yang masuk membacanya.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s