Sedikit yang percaya, majoritinya fasik..

Al Quran 3:110

Kita sudah lama tidak dengar konsep wasathiyah dari Najib  lagi. Perlakuan Najib dalam hal ini mudah kita terangkan dan beri pencerahan.

Kerana sejahil Najib, dia tahu ianya akan memakan dirinya. Tidak mudah untuk ia me-measure dirinya mengikut ukuran wasathiyah. dia tahu dirinya penuh fasik dan hipokrasi.

Tapi kepada pecacainya yang bergantung hidup keatas nya bahkan hidup dengan terus memetoskan najib, ianya amat penting menggambarkan Najib dan Rosmah sebagai duta wasathiyah. Bahkan a whole industry has been built around wasathiyah Najib seperti juga suatu masa dahulu, berbuih mulut orang Melayu Islam berbicara mengenai Islam Hadhari.

Kamu umat Islam adalah umat yang pertengahan- seimbang, adil. Menurut suatu Hadith, menengah, sederhana, bermaksud adil.

Umat Islam itu sebagai qiblah yakni tumpuan, objek permuliaan, tumpuan meletakkan harapan. Untuk menjadi seperti ini, maka umat Islam mesti exemplary. Ia mesti memperlihatkan sifat2 dan ciri2 bagaimana sebuah masyarakat terbaik ought to be.  Ought to be bermaksud work in progress- yakni umat Islam itu mengusahakan membaiki diri mereka secara beterusan supaya dapat dilihat sebagai contoh teladan.

Kelmarin kita dengar Rosmah menasihatkan umat Islam belanja berhemah. Pakaian berapa dan biskut berapa tin. Mungkin gedung Jakel boleh supply. Kita hairan bagaimana seseorang boleh memekakkan dan membutakan diri. Rakyat tengah dalam kesusahan-Rosmah yang beri nasihat bagaimana belanja- membelanjakan RM86 juta menggunakan jet peribadi. Adakah dia ingat asset negara ini milik peribadi nya dan keluarga nya untuk jetsetting sana sini sedang rakyat hidup dalam serba kesusahan? Adakah kesusahan mereka itu boleh hilang dengan memberi sedikit sabsidi, pemberian wang , bonus, saguhati dan sekarang derma barakah?

Umat Islam itu jadi contoh teladan bagaimana suatu masyarakat sepatutnya jadi- umat yang adil, sederhana , tidak ganas, tidak legalistic, tidak juga terlalu bebascinta. Menengah antara kaum  yahudi yang legalistic dan Kristian yang overloving. Umat yang menampakkan ciri2 mulia sebagai masyarakat. Jujur, amanah, boleh dipercayai. Masyarakat yang  exemplary.

Umat dan komuniti macam inilah yang boleh di looked up oleh masyarakat lain dan diharap menjadi penunjuk  jalan kehadapan.

Najib dan geng penyamun nya tahu, ini suatu omongan kosong untuk menarik perhatian dan kesetiaan orang Melayu yang gerenti akan termakan dengan konsep2 yang islamik. Kerana ia juga sesuai dengan jiwa hipokrasi orang kita- yakni secara purata cakap besar mengenai islamicity atau Islamicness mereka, tapi dalam kehidupan, sebetulnya menolak dan reject permuliaan nilai2 baik.

Saya dan orang Melayu Islam tidak suka baca dan dengar perkara ini- tapi dari segi indeks Islamicity, kita Malaysia dengan wasathiyah nya, maqasid shariyah nya, menduduki tempat 33 dan Singapura, tempat ke 7.

Maka, sebaik sahaja ada cubaan untuk memmartabatkan sesuatu sebagai symbol, bersegeralah orang Melayu yang purata nya hidup dalam hipokrasi mendakap nya.

Sebaik sahaja Najib muncul dengan konsep wasat- wasatho, wasathiyah- maka bersegeralah orang Melayu kita mendakap nya. kerana wasatho itu berfungsi sebagai suatu symbol yang membayangkan betapa islamik nya mereka dan pendakapan keatas konsep tersebut, menutupi kehipokrasian mereka. Dan rasa bersalah menjadi pelesit selama ini.

Dan paling terbaru- apabila Haji Hadi membentangkan bill 355, pembentangan itu dijadikan symbol pembayang betapa Islamik nya kita dan symbol menutup kehipokrasian kita.

Kalau kita tidak mahu mengaku kelemahan diri kita sendiri, selama nya kita hidup dalam pengharapan palsu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s