zuriat, penzalim, bukan kriteria pemimpin

Orang Melayu/Islam yang terbahagi kepada beberapa kategori keimaman/kepercayaan itu mesti sedar mengenai perkara diatas. Sakit hati kita mendengarkan nya kan? Tapi itulah reality.

Jangan kita mudah percaya dengan geng ustaz. Ditempat saya, ramai tahu mereka kaki ‘mencalat’ dan geng cari makan. Bukan sahaja Hassan Ariffin si pencari makan. Ustaz pun sama.

Allah sendiri sebut- dikalangan ahlil kitab- kalau hari ini,  yang berkitab itu ramai- sedikit sahaja asli atau pure kepercayaan mereka- majority adalah fasik. Nasib baik belum kufur.

Apply lah kriteria Islamik bila memilih pemimpin. Ini bukan latihan memilih tok imam surau atau masjid. Kalau dua jenis pemimpin ini, kita pilihlah yang pandai baca Quran, pandai beri khutbah dsb nya. Ciri2 ini tidak semestinya transferable kepada kepimpinan sebagai ahli parlimen.

Kita diberi peringatan berikut.

Pertama tidak ada pimpinan yang dizuriatkan. Ertinya kepimpinan negeri, negara itu tidak semestinya suatu perkara yang diwariskan kepada zuriat pemegang semasa.

Nabi Ibrahim sendiri diberitahu oleh Tuhan mengenai perkara ini. Allah janji pada Nabi  Ibrahim dan menjadikan nya imam atau ketua keatas negeri. Nabi Ibrahim memohon dan berdoa, supaya anak2nya, zuriat2 nya pun dijadikan imam atau ketua.  Tuhan jawab- janji nya diluar pencapaian mereka yang zalim. lihat Al Quran 2:124

Ada 2 sebab asas kita tolak Najib. Fakta bahawa dia anak Tun Razak tidak releven. Walaupun dia anak Tun Razak dan dia zuriat, itu bukan kelayakan dia terus di pilih sebagai pemimpin.

Jadi lain kali, jika Najib pergi ke pelosok kampong dan desa jual nama bapak dia, podahkan dia. Jangan layan dia.

Kedua, Najib seorang pemimpin yang zalim. Dan zalim disini bukan terhad kepada memukul, menyiksa,menembak, menjel lawan.

Zalim zaman moden hari ini ialah tidak jujur, niat jahat, pecah amanah, berbohong, mencuri wang, menggunakan kuasa untuk imbuhan peribadi, mengambil duit rakyat, menekan rakyat, menyekat keadilan, menggunakan undang2 untuk menakutkan rakyat.

Jadi jangan kita membuat keputusan atas asas2 yang kabur. Ianya mesti dibuat atas prinsip Islamik.  Ciri2 maa’ruf mesti mengatasi ciri2 mungkar. Bukan sebab dia anak Tun Razak. Bukan sebab dia janji BR1M. bukan sebab dia beri sabsidi. Bukan sebab dia beri bonus raya.

Semua itu hasil dari cukai yang diambil dari rakyat. Kerajaan yang bernama kerajaan itu tidak ada wang kecuali yang diperolehi dari rakyat.

Pada peringkat peribadi- kita jangan jadi hipokrit. Kita ikrar setiap kali, sibhgah Allah mewarnai kehidupan kita.  Yang demikian jadikan prinsip2 yang mulia2 pedoman hidup kita.

PS: sesiapa yang hendak cut and paste artikel ini ok tapi tolonglah beri kredit kepada penulis blog dengan menyatakan sumber nya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s