Ustaz saya kata lebih berdosa dan celaka kalau menyokong kemungkaran dan menyekat amar maa’ruf.

Saya baca ustaz haji hadi cakap berdosa dan celaka kalau pilih wakil rakyat salah. Maksud Hj Hadi, yang tak salah dan tidak berdosa ialah kalau pilih calun PAS.Sombong benar orang PAS bila mengenalkan calun nya.

Sikap dan berperasaan  macam inilah yang menghasilkan politik perpecahan dan huru hara dalam masyarakat. Masyarakat kita ialah masyarakat yang terbuka dan tolak ansur serta toleran. Atau, paling kurang,  itulah objektif kita.

Jadi marilah kita kekalkan masyarakat kita masyarakat yang terbuka dan toleren.

Bahaya kita, kalau kita biarkan beninh2 fahaman self-righeous ini.

Kita kena waspada bagaimana sukarnya kalau setiap hari kita kena berurusan dengan orang2 self-righteous. self righeous nya dalam bahasa kita- sombong, bongkak ingatkan kita sahaja yang benar. Dalam kes PAS agak nya,  Tuhan pun ahli PAS.

Macam mana kita nak handle dengan orang yang merasakan, calun nya ialah duta Tuhan? Ini akan membawa kepaa masyarakat yang kurang tolerant , dan tertutup. Perbezaan pandangan akan dibelasah dengan alatan2 kuasa yang ada- ugut, tangkap, jel, belasah dan akhir nya penggal kepala.

Semua orang, yang mahukan kesiuman dan bukan kegilaan dalam masyarakat mesti sedar perkara ini.

Ini pandangan Ustaz Hadi dalam kapasitinya sebagai seorang politisyen. Nasib baik ianya bukan fatwa- jika ya, maka golongan yang tidak rasional akan menggunakan nya untuk melanyak dan membelasah orang lain.

Ugama pun tempat persembunyian kaki huru hara. Jangan kita lupa kemungkinan ini.

Saya jemu dan bosan bila membaca setiap pengucapan Haji Hadi dianggap sebagai fatwa. pada pihak kebenarannya, fatwa ini hanya ada kuasa persuasive dan tidak sekali2 ianya hukum yang rigid.

Kita kena jelas mengenai fatwa dan pandangan biasa- bila kita anggap sebagai kenyataan biasa dari seorang politsyen yang kebetulannya ustaz, bolehlah kita bahas secara terbuka.

Kenyataan ustaz hadi ini sangat bersebelah pihak. Ia nya menyakini bahawa hanya calun dia yang baik. Malangnya, ianya bukan atas kuasa haji hadi untuk menentukan nya. Penentuan siapa yang baik atau tidak adalah satu isu yang open ended. Ianya ditentukan oleh rakyat yang keluar mengundi. Kita tidak tahu siapa yang baik. Siapa yang sebenarnya berada dipihak yang benar. Budiman kah, dr rani kah atau ustaz azhar abdul shukur.

Haji hadi tidak ada kapasiti dan kuasa untuk mengetahui calun nya sahaja yang baik. Maka kenyataan nya , tidak semestinya dipakai.Apatah lagi, menyifatkan sesuatu pilihan itu berdosa dan mencelakan. Tuhan tidak beri otoriti kepada Hj Hadi.

Penentangan dan saingan terhadap calun haji hadi memang tersurat. Haji Hadi mesti faham penentangan terhadap calun nya, is ti be expected. ianya skema yang maha esa , diluar kawalan Hj Hadi.

 Lihat Al Quran 2:251. kalau lah tuhan tidak mengadakan suatu golongan untuk check satu golongan yang lain, maka musnahlah muka bumi ini.

Negara akan di perintah oleh orang zalim, diktator. Kalau kita tidak check Haji Hadi, negera kita akan berada dibawah perintah dictatorship of the clergy. Para ustaz ini suka kalau mereka boleh control masyarakat dan menjadikan masyarakat kurang toleransi dan tertutup.

Yang tidak menyedapkan ialah, para ustaz yang sama yang menuntut keseragaman dan rigidity dalam masyarakat sendiri- suka buat hal dan onar dalam masyarakat yang terbuka dan toleren. Disana mereka mengorat, pakai seluar pendek dan nonton filem porn. Masyarakat yang terbuka dan toleran menghormati kebebasan mereka mengamalkan cara beragama.

Tuhan menggunakan suatu golongan untuk menentang golongan yang lain. Allah guna orang yang baik menentang yang tidak baik. Siapa yang baik dan siapa yang tidak, diluar perkiraan Haji Hadi. manakala Hj Hadi ada hak menganggap calun nya baik, dia tidak ada hak melihat orang lain tidak benar.

Itu Tuhan punya kerja. Haji Hadi manusia biasa, pergi ketandas, makan dan minum, berjimak dan lain2 lagi.

Fakta nya, kita tidak dapat menentukan terlebih dahulu yang calun kita sahaja yang baik. Kepada ustaz hadi- dr rani yang baik. Kepada umno- budiman yang baik. Kepada amanah ustaz azhar yang baik. Jadi jangan kita hendak memandai mandai mendahului menetapkan kita sahaja yang berada dipihak yang baik dan benar.

Pertama, kebenaran mutlak bukan pada pihak haji hadi. Dia pun tak tahu secara mutlak dia atau wakil rakyat nya berada pada pihak yang benar. Dia rasa sahaja. Bukan semua orang wajib bersetuju dengan Hj Hadi.

Pihak yang menentang nya mungkin juga berada pada pihak yang benar. Oleh yang demikian, pihak yang melawan haji hadi pun boleh mengeluarkan kenyataan mengatakan kalau tidak pilih wakil rakyat(mereka)yang benar, mereka berdosa dan celaka.

Opposisi terhadap geng Haji Hadi mesti muncul untuk menyekat geng clergy dan mullah daripada menguasai dan meletakkan seluruh negara dalam rejim zalim dan jumud dan beku minda. Takkan kita hendak ustaz2 macam ustaz yang mengecam Mat Sabu dan mempersendakan nama ayah abang Mat jadi MP dan pemimpin kita? habis semua kita disumpah dan di seranah nya.

Apa yang special dengan calun parti pas yang semua yang tidak memilih nya akan celaka dan berdosa?

Sekarang banding dengan apa yang kalau kita tidak lakukan, lebih mendosakan dan mencelakakan.

Sebuah negara akan celaka jika kita membelakangkan nilai2 mulia. Kalau kita diam berpeluk tubuh tidak bangkit menentang kerajaan yang buas dan zalim serta menyusahkan rakyat- pemimpin nya korap, salah guna kuasa, tidak jujur, tidak amanah- negara kita akan celaka dan musnah. Mahukah kita perkara ini terjadi?

Mana lebih berdosa dan celaka- tidak ikut fikiran Hadi atau berpeluk tubuh berdiam diri membiarkan pemerintah yang zalim menganiayai rakyat?

Sebuah negara akan musnah jika kita menerima salah laku sebagai suatu kebiasaan. Najib memindahkan wang secara haram tidak mengapa, Najib berbohong mengenai derma tidak mengapa, Najib memasukkan wang awam kedalam akaun peribadi tidak mengapa. Pemimpin tidak amanah tidak mengapa. Tidak bertanggung jawab, tidak mengapa. Kerana Najib sebangsa dan seagama. its hokay..

Lebih mencelakakan kita jika apabila kita melihat ramai yang korap, rasuah, curang, kita membiarkan keadaan hanya sebab ustaz hadi, ustaz harun Din tidak nampak dengan 4 mata mereka.

Jika kita membelakangkan perkara2 ini dan engkar kepada memuliakan dan mengaplikasi prinsip2 mulia, seluruh masyarakat akan musnah. Itu lebih celaka dan berdosa daripada tidak menyokong calun parti PAS.

Quran 5: 78-79 menyatakan kita boleh dilaknat oleh Tuhan jika tidak menentang kerajaan yang zalim. Ayat2 ini juga menyebut bahawa merupakan tanggungjawab moral kita menentang kemungkaran, dan mengajak orang melakukan kebaikan.

Ini yang calun amanah lakukan- ajak rakyat menentang kemungkaran dan angkara durjana yang dilakukan oleh Najib dan kerajaan nya.

Tapi golongan ini yang dibantu oleh calun Haji Hadi. Jadi macam mana kita hendak percaya cakap Haji Hadi.

Kalau begitu, saya yang bukan ustaz ini pun boleh kata, berdosa dan celaka kalau pilih Dr Rani sebagai MP Sungai Besar.

Sokonglah calun Amanah, Ustaz Azhar Abdul Shukur, tidak celaka dan tidak berdosa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s