Ulil Amri dan Perintah Bertaat setia

Puak UMNO dan  puak PAS hari ini, tidak ada yang lebih menyukakan mereka selain dari menyebabkan orang ramai taat kepada mereka membabi buta. Habis ayat Quran mereka manipulate untuk faedah mereka.

Contoh: Kita selalu dengar seruan ini. Taat lah kamu kepada Allah, Rasul dan ‘ulil amri. Ianya datang dari ayat 59 surah 4 al Quran. An-nisa.

Ini favourite pemimpin UMNO- tidak kira mereka matlaon atau tidak. Suka nya sangat jika mereka menganggap ulil amri itu geng UMNO sahaja. Ini yang celaka nya, apabila yang dianggap layak dijgelar ulil amri ialah hanya puak UMNO.

Ada 3 entiti yang kita kena taat. Walaupun diletakkan dalam satu ayat yang sama, peringkat ketaatan tidak sama. Taat kita yang pertama kepada Allah dan kedua kepada rasul adalah taat yang mutlak. Kita tidak soal.

Akan tetapi, ketaatan kepada ulil amri tidak sama. Ulil amri ialah pemimpin, mereka yng kita beri kuasa, boleh menyelesaikan masaalah, yang dipertanggung-jawabkan. Para ulamak dan ustaz pun termasuk dalam kategori ini. Termasuk ustaz yang naik helikopter dan ustaz yang nonton filem porn di Germany. Mereka manusia sama seperti kita, ada kekurangan, cacat dan kebelan.

Taat kepada mereka rendah daripada taat kepada Allah dan Rasul dalam erti kata, taat kepada ulil amri ialah taat yang bersyarat.

Syarat yang paling asas ialah ia adil.

Ia mesti bersyarat. Sebab jika ianya dipakai secara seragam dan universal dan tanpa syarat, maka ulil amri di pulau penang dan selangor ialah kerajaan pakatan harapan. Maka adalah wajib rakyat setia dan taat kepada pemerintah dan pemimpin2 negeri2 tersebut.

Bahkan kalau boleh PAS pun mahu diperlakukan sebagai ulil amri di Kelantan. walaupun tidak membawa apa2 kemajuan, mereka mahu ditaati. Perkara yang mereka boleh kasi hanya pengluasan bidang kuasa mahkamah syariah.

Yang pegang kuasa dan memerintah ialah kerajaan pas, maka dalam konteks khusus Kelantan, tentulah taat setia ialah kepada kerajaan pas.

Jangan melawan dan berubah.

UMNO tidak mahu ini semua. Umno sebab mereka duta Allah dimuka bumi ini mahukan kesetiaan hanya untuk mereka. Orang UMNO kalau depan kaabah  ketika pergi umrah yang ditaja menteri atau ketua bahagian, berdoa seolah olah Allah membantu mereka sahaja.

Lihat al quran 4:59. Mengenai kategori bertaat setia.

Siapa yang sebenar nya ulil amri? Setengah pendapat menyatakan ini taat kepada panglima perang yang Nabi hantar untuk berperang. Ammar bin yasir seorang panglima memberi keampunan kepada seorang musuh tanpa persetujuan komander yang lebih atas- khalid ibni walid. Mereka membawa perkara ini kepada Nabi dan Nabi telah memperakui keputusan ammar tapi memerintah nya jangan lagi membelakangkan khalid ibn walid.

Tapi tafsiran yang lebih releven dalam konteks taat kepada pemerintah, ialah perintah bertaat ialah hanya kepada pemerintah yang adil. Ada satu hadith sahih yang menyebut bahawa kita mulia dan besarkan sultan yakni pemerintah, kerana ianya bayangan Allah di muka bumi- SELAGI DIA ADIL.

Bila kerajaan zalim,menindas, melakukan mungkar, maka wajib kita berlepasan dari pemerintah yang semacam itu.

Mengikut Ali bin Abu Talib, ayat 59 didahului dengan ayat 58 yang memerintah kepada yang berkuasa mengembalikan amanah kepada yang berhak memiliki nya- yakni pemilik nya yang sebenar.

Hak untuk memilih wakil rakyat misalnya ialah hak rakyat. Kembalikan hak ini kepada mereka sebagai pemilik dan biarkan mereka membuat keputusan. Jangan ugut, jangan ancam, jangan beri rasuah.

Jelas bila ayat 58 menyatakan perihal mengembalikan  hak kepada mereka yang ada hak keatasnya dari pemerintah dan ada perintah bila menghukum sesama manusia, melakukan nya dengan adil, maka perintah utuk taat kepada ulil amri dalam ayat 59, hanya untuk pemerintah yang adil.

Kita mesti kembalikan hak memilih dan hak demokrasi kepada rakyat. Mereka inilah yang berhak membuat keputusan. Tidak perlu orang kata, undi si anu  dapat pahala,jika tak undi calun kita dapat dosa dan celaka.

Pada peringkat yang umum sekali, kita beri kepercayaan dan mengamanahkan kepercayaan kita kepada pendukung keadilan. Yang berhak dikembalikan amanah ialah rakyat awam. Di Semanjung sahaja( tidak termasuk Sabah dan Sarawak) BN yang dinasihati oleh PAS hari ini hanya dapat 46% peratus daripada undi popular manakala yang menyokong barisan pembangkang ialah 53%. BN patut kembalikan kuasa memerintah kepada Pakatan. Ertinya, dalam PRU13, BN gagal mendapat keyakinan rakyat majoriti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s