Nilai2 mungkar, bukanya warna dan symbol parti yang menjahanamkan negara.

Destruction-of-America-From-the-Inside-Out

katalah hutang 1MDB- dengan segala bond issue, dengan segala wang yang tidak terakui ialah RM55 blillion. Katalah, Malaysia jual segala asset dalam 1MDB, ambil wang, pinjam dari GLC, paksa mereka- kita selesai segala hutang dan tanggungan. Kita pun bayar RM55 juta.

Adakah masaalah 1MDB selesai? Memang selesai dari sudut melangsaikan hutang dan tanggungan. Tapi kesalahan,salahlaku, jinayah yang menyebabkan hutang itu tidak terhapus. Jinayah nya tetap kekal, salah lakunya tetap kekal, mesti ada pesalah laku, mesti ada pihak yang memindah wang secara haram dan mesti ada pihak melarikan wang itu untuk mendanai mana2 projek dan untuk kegunaan  peribadi.

Ertinya, kesalahan, dan perbuatan melanggar undang2 tidak terhapus sekali pun Najib dan geng melangsaikan semua hutang dan tanggungan.

Jika tidak, jika semua salah laku diselesaikan memadai dengan mengembalikan seperti asal dan meletakkan keadaan seperti semula, tanpa penghukuman, maka dunia ini akan dibanjiri dengan 1MDB! Semua orang boleh melakukan kesalahan dan menghapus atau menutupi nya dengan mengembalikan keadaan ke status quo.

Dunia tidak semudah itu.

Najib telah meng1MDBkan Malaysia sebagai sebuah negara dimana kita boleh lakukan pencurian, kita boleh mendobi duit haram, kita boleh sedut duit rakyat dan semua ok.

Ini isu sebetulnya. Soal kepimpinan yang tidak adil yang memusibahkan negara.

Pemimpin itu di angkat menjadi pemimpin supaya dia melaksanakan the rule of law. Inilah mesej dari Al-Quran- bila Tuhan memberitahu Nabi Daud bahawa dia dilantik sebagai khalifah- raja, pemimpin, imam,  ialah untuk menghukum manusia mengikut prinsip the rule of law.

Jadi pengundi di sungai besar dan di kuala kangsar jangan biarkan barisan nasional dan pas mengalih fokus kita dari memenangi pilihanraya ini untuk parti amanah. Jangan terperangkap dengan isu 355. PRK Ini bukan testing ground nya. Jangan teruja dengan penghujjahan budak2 dari pemimpin  pas- mengejek symbol dan warna Amanah.

Bagaimana symbol dan warna yang ‘betul’  dapat membetulkan masaalah rakyat? Adakah kah warna yang ‘betul’ jika dipilih selesai masaalah rakyat?

Jangan kita lalai mengenai agenda yang lebih besar.  Semua cakap mengenai hukum syariah, akta 355- itu semua merupakan agenda menubuhkan kediktatoran ustaz- dictatorship of the clergy.

Kita lihat kenyataan Nik Amar. Belum apa2 lagi, dia kata jika akta 355 lulus, ianya terpakai untuk seluruh negara bukan hanya diKelantan. Ustaz ini ustaz bodoh agak nya. Jika lulus di dewan rakyat, undang2 itu mesti sekali lagi di bawa ke DUN Kelatan untuk pengesahan kemudian baru di gazet.

Nik Amar ini saudagar mesyin potong tangan awal2 lagi menampakkan pelahap nya dia.

Negeri2 lain akan nanti arahan dari kerajaan pusat dan mereka masing2 akan membentangkan dalam DUN masing2.

Tapi terpancut ungkapan itu dari Nik Amar menunjukkan inilah jenis ustaz yang tidak sabar meluaskan kuasa supaya semua orang tunduk kepada dia. Saya harap, hukuman kepada orang yang curi balak, sama seperti hukuman pencuri seekor ayam. Dan hukuman kepada ustaz yang tengok porn mesti sama dengan bukan ustaz yang menyaksikan porn.

Isu sebenarnya  prk ialah negara yang diletakkan dalam musibah kerana kepimpinan nya yang rasuah, menipu, mengambil wang rakyat, menggunakan undang2 menakut, menindas, menangkap dan menjel pihak lawan.

Tapi lebih dari itu, prk yang dua in sebetul nya menguji sejauh mana kita mahukan penukaran keadaan.

Tidak ada keadaan yang berubah kecuali kita menukar system nilai yang kita ada- values system. Himpunan nilai2 yang kita ada dalam diri kitalah yang menentukan sama ada kita hendak terajang Najib dan memulakan langkah merawat negara yang sudah tenat.

Lihat Quran 8:53 dan Quran 13:11.

Kalau kita nak menghitung nikmat yang Tuhan beri, maka kita tidak akan melakukan nya. Tapi kalau kita kufur dan engkar dan meremehkan nilai2 baik, sedikit demi sedikit, nikmat kemakmuran sebagai contoh,  akan ditarik balik.

Kerajaan yang berbelanja boros, pemimpin nya panjang tangan, akan jatuh miskin dan dilanda oleh pelbagai musibah ekonomi kalau kita sendiri tidak menolak nilai2 mungkar yang dibawa oleh pemimpin UMNO dan sekarang disokong oleh pemimpin PAS.

Advertisements

One thought on “Nilai2 mungkar, bukanya warna dan symbol parti yang menjahanamkan negara.

  1. Aku 100% tak faham apa guna PAS dalam politik tanah air kita ni.
    Ulamak2 auta PAS dah semakin serabai,bercelaru dan poyo tahap mega.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s