Implikasi PRK Kuala dan Sg Besar

gop

Menang, tapi party hancur dari dalam.

terima kasih.

Bagi pihak rakyat yang mahu menubuh kerajaan baru, saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada jentera pakatan harapan. Rakyat menghargai kerja keras DAP, Amanah dan PKR. Kita belum mencapai kemenangan. Tapi jangan putus asa- PRK ini ialah election for UMNO to lose anyway.

Ianya an election for UMNO to lose anyway.

Jika mereka  kalah, rakyat akan cemuh, bila menang, rakyat tahu ini PRK bukanya PRU. Kerusi2 nya mereka yang empunya asalnya. masih ada 14,000 di Sungai Besar dan 10,500 di Kuala Kangsar yang enggan menyokong UMNO.

outcome yang terduga.

Keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, sudah kita ketahui. UMNO menang kedua dua kerusi. Mereka akan gloat. Di Sungai Besar, sebelum keputusan rasmi, pada pukul 4.30 petang, Jamal Yunus sudah pun mengarah anak buah nya, pasang mercun dan bunga api di bangunan baru UMNO.  Kita sudah menang teriak nya. Tentu dia menyesal tidak bertanding. Dia pun pasti menang.

Mereka telah menduga keputusan sebab mereka yang mencorakkan PRK. The outcome was predictable because they designed it.

The chest thumping starts.

The gloating and chest thumping sudah bermula.

Maka berkata semua orang- Mahathir sekarang menjilat luka nya. Penyamun Bugis yang ingat masaalah nya selesai, kata rakyat tidak percaya pembohongan Mahathir. Jangan lah Najib hendak mengada konon nya merasa rendah diri diberi mandat yang begitu besar. Lihat angka dengan betul.

Hello- di Sungai Besar 14 ribu pengundi masih menolak Najb dan di Kuala Kangsar, 10,500 ribu menolak Najib. Itu akan membuat Najib tidak juga tidur lena.

Penipuan, pembohongan penyonglapan wang, tetap kekal jinayah yang akan mencari PM Najib. The fat lady hasn’t finished singing.

Kenyataan bongkak dan sombong ini adalah diduga. Tidak mengapa, kita biarkan UMNO dan parti2 nyamuk yang berteduh dibawah payung UMNO bergembira dengan pyrrhic victory ini.

Mereka menang- betul- tapi kos nya terlalu besar.

Implikasi nya kepada parti pembangkang peringkat nasional banyak. Kita akan cuba mengupas sedikit sebanyak. Pertama dan utama, kekalahan parti pembangkang( sebetulnya tidak kalah kerana kerusi itu UMNO yang punya asalnya) ialah menerima hakikat bahawa parti pembangkang perlu bersatu padu. Jika ada parti tidak mahu bersatu dibawah satu payung, elok parti yang mahukan perpaduan bersatu dibawah satu logo.

Kemenangan BN dalam kedua kawasan ini tidak membawa apa2 kegembiraan dan keselesaan kepada parti Cina dalam BN. Memenangi satu pusat daerah mengundi bukanlah hujan yang menghapuskan kemarau. Yang parti gerakan hendak sorak itu mengapa- Mah Sew Keong tahu bagaimana  kemenangan kecil itu tercapai.

Sebetulnya, tidak perlu parti pembangkang- amanah, dap dan PKR  bergundah gelana.

Lihat nya dalam konteks yang lebih besar. Adakah UMNO memenangi sesuatu yang terlalu menakjubkan? Lihat nya dalam konteks berapa undi yang diperolehi oleh UMNO dan berapa undi yang diperolehi oleh parti bukan UMNO. Ertinya, undi yang dicapai oleh amanah dan pas disekalikan dibawah kategori undi bukan UMNO.

Di Sungai Besar calun UMNO dapat 16,800 undi. Undian bukan UMNO ialah 14,511. UMNO mendapat undi lebihan 2289. Dalam PRU 13, UMNO dapat majority 399.  Ertinya, dengan segala resources, wang,  manipulasi dan salah guna jentera kerajaan dan mengingati bahawa ini PRK, dari 399, UMNO hanya dapat menambahkan majority sebanyak 1890. Ertinya, walaupun ianya kemenangan, ianya bukanlah satu kemenangan yang menggoncangkan dunia.

UMNO menggunakan segala jentera kerajaan- polis, kemas, rela, kementerian2 untuk menambah lebihan dari 399 kepada 1890.

Mereka yang tidak mengundi UMNO masih berjumlah 14 ribu orang. Masih terdapat kumpulan tidak sukakan UMNO yang akan berteriak balas dendam dalam PRU nanti. Mereka ini yeast yang akan membesar.

Dalam PRU dimana UMNO tidak dapat menyalah-gunakan resources seperti yang berlaku sekarang, scenario nya mungkn berubah.

Lihat pula pencapaian UMNO di Kuala Kangsar. Mereka dapat 12, 653 undi. Malah jumlah ini kurang dari yang diperolehi oleh calun terdahulu dalam PRU13( 14,218). Undi bukan UMNO berjumlah 10,567. Majority PRK ialah 2086 mengatasi majority PRU13( 1082 ) sebanyak 1004 sahaja. Undian bukan UMNO ialah 10,567.

Parlimen Kuala Kangsar Sungai Besar
Undi untuk UMNO 12,653 16800
Undi untuk Bukan UMNO 10,567 14,511
Majority PRK(umno lwn the rest) 2,086 2289
Majority PRU13 1,082 399
Tambahan majoriti 1004 1890
Undi UMNO pru13 14,218 18.695
Undi bukan UMNO pru13 13,136 18,296
Tambah/kurang undi untuk UMNO (1565) (1895)
Tambah/kurang undui untk bukan UMNO (2569) (3785)

Kita mesti lihat PRK ini sebagai UMNO lwn bukan UMNO.

Implikasi kepada parti bukan UMNO dan ini termasuklah PAS- ialah ianya menuntut penyatuan dalam satu barisan. Itu priority nya. Ia memerlukan penundukan ego dan penyatuan tujuan iaitu menumbangkan UMNO.

Tidak dapat tidak, parti2 bukan UMNO mesti bersatu untuk melawan UMNO.

Tindakan seterus nya ialah menggunakan logo seragam yang satu. Ini akan menyebabkan rakyat faham bahawa pilihanraya ialah pertembungan UMNO dengan bukan UMNO atau BN lwn bukan BN.

Parti2 dalam pakatan rakyat dahulunya, sekarang mesti cari jalan untuk bersatu dibawah persamaan. Kita masih lagi boleh mengalahkan UMNO dan BN dan mereka tahu perkara ini.

Buat sementara waktu, tahniah kepada UMNO.

Advertisements

2 thoughts on “Implikasi PRK Kuala dan Sg Besar

  1. tuan senapang sakti,
    Datang PRU14 Malaysia akan musnah. Selagi Regim mengamalkan budaya berikut, Malaysia tidak sesekali berjaya menukar kerajaan.
    Strategi utama Regim ialah pemberian dedak. Amalan rasuah BUKAN lagi suatu kesalahan dan dosa di negara ini. Mereka mewujudkan cukai-cukai baharu dan undang-undang draconian dengan tujuan menekan dan menakutkan rakyat. Kehidupan rakyat menjadi payah dan susah. Dengan pemberian segala dedak 1Malaysia meringankan sedikit kesusahan rakyat, sekalipon kaedahnya seperti feudal purba Mesir yakni rakyat terpaksa menyembah Firaun untuk mendapatkan hak mereka. Dan datang pilihanraya mereka menabur lagi dedak secara terang dan sembunyi. Sebahagian besar yang terdesak nilai MYR50-100 sudah memadai membeli undi mereka. Dan BN terus menang pilihanraya.
    Strategi kedua Regim ialah pecah dan perintah. Memenjarakan Anwar Ibrahim satu kejayaan besar mereka, PR berpecah dan musnah. Mereka berjaya masuk dan membina sarang dalam PAS serta merekrut pemimpin parti itu sebagai comrade menghancurkan pakatan pembangkang. Pakatan yang berpecah belah adalah pakatan yang lemah, ia mudah diserang dan dijatuhkan. PRK kembar ini adalah bukti bagaimana kerja-kerja fitnah dan cemuh cela di outsourced regim kepada PAS. Tindakan itu menjadikan pemimpin dan calon UMNO lebih mulia dengan mengelak cemuh cela ketika berkempen khususnya di bulan Ramadhan. PH termasuk perangkap sonar regim dan terikut dengan budaya tidak professional PAS. Saling mencemuh dan menjatuhkan satu sama lain terutamanya dalam soal remeh temeh menampakkan ketidakmatangan. Pengundi kaum Cina tidak suka ketidakmatangan. Tidak hairanlah ada good swing sokongan kaum itu kepada BN.
    Strategi ketiga ialah isu perkauman. Dengan melabel dan menuduh DAP sebagai anti Melayu dan Islam berjaya mewujudkan politik kebencian dan permusuhan. Ramai bangsa Melayu yang terpengaruh dengan fitnah dan umpat. Jika dahulu mereka melakukan secara terang-terangan melalui media, kini mereka kembali old fashion iaitu secara underground dengan menyelinap masuk ke dalam setiap kampung dan bandar. Mereka masuk sekolah dan universiti, rumah ibadat dan kebajikan, pusat riadah, sukan dan komuniti, pasar awam dan pasaraya, terminal dan perhentian awam, malah majlis kerajaan tempatan negeri-negeri dikuasai PH. Dan mereka tidak berseorangan melakukannya. Kini PAS, selepas kematian Almarhum TG Nik Abd Aziz Nik Mat, menjadi rasis seperti mereka lantas propaganda mereka kini serupa dan senada. Dengan meningkatkan ketegangan kaum dan agama dapat membantu mereka meraih sokongan khususnya dari golongan pengundi yang kurang pendedahan dan ilmu. Di Malaysia, terlalu ramai golongan tidak berilmu. Perkauman menjadi isu dekat di hati mereka.

    Like

  2. Tuan,
    Pada mulanya saya sangat bersedih tetapi sekarang sudah tidak bersedih lagi.Saya sudah dapat menerima kenyataan bahawa manusia merancang, Allahlah yang menentukan segalanya. Mungkin ini satu ujian Allah – Memang pediah, tapi nak buat macam mana, dah kalah…..Jadi, KALAHlah.

    Apa pun, kita tidak boleh salahkan orang kampong di Sg.Besar dan Kuala Kangsar kerana mengundi UMNO. Hidup mereka bergantung kepada baja dan benih subsidi Kerajaan. Kalau mereka undi pembangkang, untuk dua tahun akan datang, putuslah bantuan itu. Mereka kena fikir perkara ini ketika memangkah.

    Jadi, untuk PRU14 – kena fikir perkara ini. Kena yakinkan mereka, kalau BN boleh beri subsidi, penentang BN pun boleh. After all kerajaan PKR sudah pun membuktikan, mereka juga mampu membantu. Bukankah penduduk rumah kos murah di Selangor tidak perlu bayar cukai pintu. Dan disediakan pula bas-bas percuma di kawasan-kawasan sesak.

    Anggaplah segala-galanya adalah perancangan ALLAH untuk kita.

    Mungkin, ada juga kebaikannya daripada kekalahan ini. Najib mungkin menjadi terlebih yakin dan akan membuat snap election. Inilah yang kita semua tunggu. Jadi bersedialah untuk menghadapi ujian yang lebih besar.
    Sebab dalam PRU14 semua orang berlawan di padang yang sama rata.
    Tidak boleh lagi ulur ‘envelope’ atau tawarkan bantaun rm500 kepada pekebun-pekebun kecil.

    Yang penting, yakinkan pengundi, penentang BN boleh bersatu. Bila BERSATU kita jadi lebih kuat dan orang pun yakin dengna kemampuan kita.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s