Signifikens PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

storming-the-castle.jpg

Sebelum saya sambung dengan bahagian ke-2 mengenai tajuk jembalang dan malaikat, saya selangi sikit dengan pengamatan saya mengenai PRK Sungai Besar.

Saya minat tengok perkembangan politik dan sesekali pergi tinjau secara langsung apa berlaku di Sungai Besar.

Semalam pagi Dr Mahathir turun ke Sungai Besar untuk suatu program deklarasi rakyat. PM 22 tahun kata khairy Jamaludin- ialah non entity; Nurjazlan Muhamad kata Dr M pembelot parti UMNO. Shabery Chik ‘mulut tadah hujan’ kata DR M budak suruhah DAP, Zahid Hamidi yang dahulunya, susu anak pun mintak kawan, marah bila Dr Mahathir hanya menyebut mengenai pengakuan bahawa Zahid ada ratusan juta. Bila Pakatan ambil teraju kerajaan, semua akaun menteri mesti disiasat.

Biasalah- puak UMNO dan anjing pemburuan nya yang paling berharga sekarang, orang buangan bernama Raja Petra- meng-pooh-pooh kan deklarasi rakyat.

Ini respons biasa dari golongan reaksioner dan fascists seperti UMNO, penjilat nya dan geng2 ustaz kuku besi. The Islamic fascists led by Haji Hadi , Nik Amar, Taqiyudin, Nik ‘anak nabi nuh’ Abduh dan Nashrudin ‘pay per view’ Tantowi.

fahami ini. Nilai deklarasi rakyat ialah dalam kejayaan nya  mengembelingkan amarah dan rasa derita rakyat yang akan diterjemahkan kepada penyingkiran pemerintah yang zalim menindas, memerah, memicit rakyat. Dan seperti kata Zaaba hampir 90 tahun yang lampau- pemerintah dari bangsa Melayu sendiri.

Ini bukan kerajaan dan pemerintah bangsa Cina atau India, tapi dari bangsa kita sendiri.

Jadi, langkah yang dimulakan oleh Dr Mahathir telah mendapat sokongan dan dokongan rakyat secara umum. Agenda Dr Mahathir ialah penyingkiran Najib. Meletakkan agenda seterusnya bukan lagi peranan Dr Mahathir. Itu Pakatan lah yang buat.

Pandangan peribadi orang2 seperti Nurulizzah tidak releven atau politisyen lain yang cuba meminggirkan usaha Dr Mahathir pun begitu. kita tahu darimana Nurulizzah datang.

Suka atau tidak suka, Dr Mahathir menguasai reservoir sokongan rakyat jelata. Rakyat identify dengan orang tua yang berumur 91 tahun. Kalau tidak Dr Mahathir siapa lagi? Orang ramai pun sudah jemu dengan antic2 tetamu di Sungai Buloh Hilton kerana mereka sedar bahawa an Anwar in jail is a useless Anwar walau sekuat mana pun cubaan menggambar diri Anwar sebagai matyr. Anwar is no Nelson Mandela.

Jadi, untuk sekarang, focus utama kita ialah menyingkirkan Najib secara demokratik dan usaha ini memerlukan penyertaaan dan sokongan dari asas yang pelbagai dengan kecenderungan politik yang berbeza.

PKR and its power grabbing politics does not define people politics. Siapa peduli kalau Azmin mahu bunuh Rafizi atau Latifa Koya mahu bikin apa kepada Rafizi. Wan Azizah boleh terus mengipas diri dan play  the role of the damsel in perpetual distress.

Seperti biasa, Dr Mahathir dengan cara tipikal nya, menerangkan kenapa kita kena singkirkan Najib. Dan mereka yang datang ke Restoren Ayam Kampung, Jalan Tali Air Lapan Sekinchan semalam, tidak hampa. mereke faham kenapa Najib mesti di-nyahkan.

Mereka kini faham bahawa Najib mewakili semua yang tidak betul dan mungkar dalam negara ini. Melawan Najib ialah tanggung jawab moral semua rakyat yang cintakan kesiuman dalam negara kita.

Rakyat menolak dan bencikan budaya dan perbuatan rasuah, salahlaku, pecah amanah, jenayah, pencurian wang, perbuatan yang merbahayakan rakyat, adu domba antara kaum, suruh kita kelahi satu sama lain sedangkan- the root cause of these evils ialah Najib ‘Bonnie’ razak dan juga Rosmah ‘Clyde’ Mansor.

Malam hari, grand finale di restoren Kuala Kurau, Sungai Besar. Semua ini didengar dan diinsafi ribuan rakyat yang membanjiri Restoren Kuala Kurau malam tadi untuk grand finale ceramah pada malam sebelum mengundi. Cubaan mengacau dari upahan UMNO tidak menjejaskan  lansung appeal pakatan harapan kepada rakyat yang bencikan Najib.

Pendekatan intense oleh perkerja parti pakatan harapan, terutama DAP dan Amanah sendiri adalah satu yang mengkagumkan. Ini membezakan mereka dari mereka yang ingat PRK ialah suatu perkelahan dan jamboree.

Memenangi pilihanraya bukan permainan dalam WhatsApp group atau tunjuk lagak megupas isu2 ini dan itu dan senda gurau tweeter atau saling berwhatsApp atau ber-facebok. Memenangi PRU atau PRK melibatkan kerja on the ground, dengan work ethics yang berdisiplin

Oleh kerana itu, kita jangan hiraukan analisa kerusimalas yang hanya melihat kepada petanda2 luaran. Mereka terpengaruh dengan presence jentera BN dan UMNO- bendera, panji2, banner, poster dan jumlah kenderaaan dan jumlah jentera. Jentera mereka ada duit dan sumber, boleh sewa semua homestay dan hotel. Dan malam2 hari menampilkan diri dengan sheer number di restoren dan tempat makan.

Mereka pengunjung ke Sungai Besar- bukan mengundi.

Tapi kita tahu, motivasi mereka ialah duit dan peluang untuk jalan2 makan2 dan mengorat ngorat ditempat orang. Kecuali boleh menunjukkan presence mereka dengan perkakas2 yang saya sebut diatas, interaksi dengan penduduk yang akan mengundi adalah minimal.

Ceramah2 mereka tidak ada yang minat dengar sebab jembalang terbesar dan bayang2 jembalang tersebut sangat menekan penerimaan BN oleh rakyat. Jembalang itu dan bayang2 nya ialah Najib 1MDB wa SRC wa derma fil ‘arabi. Orang datang ke ceramah Zahid hamidi misalnya, mengidamkan sedikit pemberian ole ole dari duit haram 1MDB.

Jadi saya kena rate peluang untuk Amanah menang di Sungai Besar sebagai cerah.  Ada fighting chance. Mereka sudah pun menang dari segi moral sebab rakyat sedar najib dan kerajaan nya sebuah kerajaan yang tidak popular.

Saya hanya khuatir mengenai kekuatan infrastruktur UMNO. mereka mempunyai ramai jentera; umno seluruh negara berkampung dengan menjaga setiap kawasan peti undi. jentera kerajaan digunakan; seperti biasa kemas mungkin sudah sebulan menjadi kan diri mereka keluarga angkat- membawa bahan makanan , memasak dan seterusnya.

saya juga khuatir melihat 2 kontijen polis yang agak besar- satu di sekinchan dan satu di Sungai besar. Cukup dengan khemah raksasa, hawa dingin, genset sendiri dan terlalu ramai anggota polis hanya duduk disana. mereka ini ada demikian ramai kenapa? dan satu lagi yang ajaib kali ini, ada pos2 tentera ditengah bendang sawah. apa mereka buat disana? saya angarkan jika semua ini ‘pengundi’ BN sudah ada 6-7 ribu credit.

Dan semasa saya memandu pulang, saya lihar beribu buah kereta parking tepi2 jalan. Jika saya buat agakan dari pengalaman, ini kerja biro pengangkutan UMNO yang menyediakan pengangkutan untuk pengundi. Siapa boleh teka apa yang dilakukan dalam kereta?

Penting nya PRK ini ialah suara yang kita beri bentuk. Kita bukan hendak jatuhkan kerajaan, kita hendak tubuhkan kerajaan yang lebih baik dan yang accountable. Itu yang rakyat hendak.

PRK ini bukan sahaja penghantaran mesej dan satu indictment kepada Najib. Ianya tanggung jawab moral kita untuk menolak apa yang Najib wakili- pecah amanah, pembohong bersiri, penyonglap wang rakyat, perasuah number 1, the embezzler-in-chief.

Kepada oang Islam, jadilah penegak keadilan, berlaku jujur sebagai seorang Muslim yang menolak kemungkaran dan mengajak dan menyeru orang melakukan apa yang baik. Jangan biarkan Najib beli maruah kita.

Kita bukan hendak jatuhkan kerajaan, kita hendak tubuh dan bina kerajaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s