Sains sebenar disebalik Kemenangan UMNO dalam PRK

dedak

Ini dia sains dibelakang kemenangan. Bukan nya rocket science

Ada penulis muda- menulis mengenai ‘sains’ disebalik kemenangan BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Mungkin baru sekali dua buat analisa. atau penyokong BN yang terperangkap dalam euphoria. Ketika rasa galak sangat, mengangkat kemenangan BN sebagai suatu sains. wow!

Saya, pak pandir kampung, lulusan SA( sekolah atap), mahu tulis mengenai sains sebenar disebalik kemenangan. Jangan marah.

Malam kelmarin, Najib membuat ucapan kemenangan. Kata nya, biarlah orang nista dan caci nya, dia hanya buat kerja. Dia berkhidmat untuk rakyat. Kebajikan rakyat yang dia utamakan. Dia kata, dia terasa rendah diri menerima mandat dari orang ramai.

alim dan tawadduk bunyinya Najib.Boleh jadi menantu di Sungai Besar.

Malam tadi semasa dalam suatu acara diKelantan, sekali lagi Najib menyesali tuduhan dan tohmahan keatas keatas nya ketika kempen PRK. Dia adil, tidak menganiayai rakyat Kelantan. Sebab itu dia keluar peruntukan besar untuk membina rumah mangsa banjir.

Najib banyak duit- dia bilianer. boleh beri bantuan peribadi kalau mahu dengan syarat duit tersebut, disamak dahulu oleh Haji Hadi. dia kerajaan yang diberi amanah mengurus perbelanjaan Malaysia. JIka dia datang ke Kelantan dan membawa hadiah, dia melakukan demikian macam orang Greek meninggalkan kuda Trojan. Next round, Kelantan akan tumbang kerana nyata dan jelas, Kelantan dibawah pimpinan ulamak dan ustaz2 gegal membina ekonomi Kelantan.

tapi, sementara itu, mengenai bab tohmahan, tolong beritahu bahagian mana tohmahan?

1MDB ada dilapurkan oleh PAC dan ianya terpampang diseluruh dunia. Jinayah2 telah dilakukan tapi kebenaran nya di sekat dalam negara kita oleh Najib. Lapuran PAC disunting oleh pengerusi yang cari makan, untuk melindungi Najib.

Najib penghalang kepada keadilan dilakukan. Bukan sahaja keadilan- tapi juga proses mendapatkan keadilan. Habis semua pegawai undang2, SPRM, polis, penyiasat2 lain termasuk Timbalan PM di buang untuk selamatkan dirinya.

Najib tidak ada kapasiti bersyarah kepada kita mengenai kesabaran dan baik buruk dalam bulan puasa.Walapun dia ada title Najib 1MDB wa SRC wa derma fil ‘arabi.

Allah tidak suka kita memberitakan kejahatan secara terbuka kecuali bila kezaliman telah dilakukan. ( lihat Quran 4:148) Mereka yang bercerita mengenai Najib meyakini bahawa dia telah melakukan kezaliman keatas rakyat Malaysia. 1MDB ialah kezaliman yang terbesar.

Dari seluruh rakyat Maalysia, yang paling tahu Najib melakukan kemungkaran ialah Dr Mahathir. yang paling jahil ialah Haji Hadi dan geng2 ustaz nya. Ustaz2 mana tahu hal2 duniawi ini- yang mereka tahu potong tangan, sebat dan seks dan seks dan seks.

Apa Najib lakukan ialah pompous humility. merendah diri dalam keangkuhan.

Itu mudah dilakukan. Ianya hanya memerlukan aksi mendabik dada atau pat at the back memuji diri sendiri dan buat muka selamba. Najib expert dalam perilaku itu. Mesej nya ialah hanya orang macam UMNO sahaja yang boleh menyelesaikan masaalah rakyat dan dikalangan orang UMNO, dia sahaja.

Pada pihak kebenarannya, tidak ada apa untuk UMNO mahu berlebih lebih banggakan. UMNO hanya dapat mengekalkan kerusi2 parlimen yang ia miliki sebelumnya. Bukan nya ia pencapaian baru. Keseronokan UMNO ialah ia dapat mengekali kerusi yang dia miliki.

Tapi respons pemimpin UMNO dan para juak serta ribuan macam nya, macam mengalami pancutan lebihawal. wow!

Tapi UMNO mahu membina gunung dari busut.

yang sebetulnya, kita boleh melihat cetusan pomposity dan cakap besar Najib dan geng2 nya sebagai luahan rasa lega mereka menang. Mereka urut dada. Mereka tahu kemenangan itu dicapai melalui cara kotor dan beli undi. Kalau kalah, ramai yang masuk ICU.

Jangan kita lihat majoriti mengikut pengiraan UMNO. Sebaliknya, lihat agihan undi mengikut undi kepada UMNO dan undi kepada bukan UMNO. Jika kita melihat demikian, maka ada lebih 14,000 orang menolak Najib di Sungai Besar dan 10,500 orang menolak Najib di Kuala kangsar. Mereka ini terus melihat Najib sebagai Idi Amin Malaysia.

Dilihat dari sudut BN lwn bukan BN, majority UMNO di Sungai Besar hanya 2289 dan di Kuala Kangsar ialah 2086. Sekarang fikir- dan ini bukan rocket sains, dengan segala sumber tenaga dan wang yang di carpet bomb dikedua tempat ini, UMNO hanya boleh menambah 1890 undi kepada majority dahulu di Sungai Besar dan 1004 sahaja di Kuala kangsar.

Tidak ada tectonic shifts dalam undian kepada BN. Sekali lagi- busut di gunungkan!

Self-pontification Najib atau khutbah cakap besar yang bertopengkan rendah diri Najib, kemudian nya disusuli dengan penceritaan dan naratif serta tulisan yang mencoklatkan hidung- brown nosing sebab mencium bontot politisyen BN.

Mari mula dengan wak Budi. Budiman kata- dia menang kerana dia lakukan usaha mendekati rakyat. Berkempen secara merendah diri berbanding dengan pendekatan agresif pihak pembangkang.

Tapi kang Budiman lupa bahawa 2 lawan nya, Ustaz Azahar dan Dr Rani pun melakukan pendekatan yang serupa. Tidak ada yang unik dilakukan oleh Budiman.  Faktor2 memberinya kemenangan mesti dicari dari sumber lain.

Malah adalah seorang budak hingusan menulis mengenai SAINS disebalik kemenangan BN di Sungai Besar. Sains sebenar dalam gambar diatas. Dan menteri ow ow- Hishamudin Hussin berkata, dia tak sangka template pilihanraya Sarawak boleh di ikuti dengan baik di Sungai besar dan KK.

apa hal dengan Sarawak? Pilihanraya raya Sarawak sebenarnya ialah pilihanraya kecil pada scalar yang lebih besar. Itu sahaja. Seluruh Sarawak itu diibaratkan satu kawasan pilihanraya. Isiu tempatan diutamakan dan politik tempatan lebih didahulukan.

Tidak ada sains pun disebalik kemenangan BN di Sungai Besar. Dr Rani dan Ustaz Azhar pun mendekati rakyat. Dr Rani malah keluar dengan billboard besar dia mendukung kanak2 kecil. Wak Budi takde pun lakukan demikian.

Sains kemenangan BN sebetulnya ialah cash is king. Berjuta Ringgit disampaikan kepada rakyat yang terdesak. Setiap PDM dikatakan mendapat RM500,000 setiap satu. Itu untuk jentera sahaja. Pelbagai pemberian disampaikan kepada rakyat. Itu dianya sains sebalik kemenangan BN.

Semua calun tahu mendampingi rakyat, bersalam dengan rakyat, bertegur sapa- tapi Budiman mempunyai seluruh jentera UMNO dan BN dibelakang nya dan duit. Itu sains disebalik kemenangan Budiman.

Satu lagi factor ialah penggunaan jentera kerajaan. Ada dua perkampungan besar anggota polis di kawasan parlimen Sungai Besar- satu di Sekinchan dan satu lagi di pekan Sungai Besar. Ini kehadiran polis yang unusual. Rakyat berbisik bisik bahwa keberadaan ribuan anggota polis, bukan sahaja untuk menjaga keselamatan- kalau ya, mengapa perlu ada 6-7 orang atau lebih.

Sungai Besar bukan terkenal dengan risiko keselamatan- anasir yang mencetuskan kekacauan hanya Jamal Yunus. Dan ianya tidak memerlukan 7000 orang anggota polis untuk menjaga Jamal Yunus seorang. Dan bagaimana kita menerangkan ada pos2 tentera di tengah bendang sawah di Sungai Besar. Tentera mengawal padi dari serangan perosak sawah kah?

Seluruh jentera UMNO dari seluruh negara ada di Sungai besar. Setiap kontinjen UMNO menjaga satu2 pusat Daerah Mengundi dan kawasan perti undi. Man to man marking ini berkesan untuk berkempen dan menyampaikan sumbangan.

Semua cakap2 mengenai pendekatan lemah lembut dan membujuk serta diplomatic hanya kelentongan dari UMNO. Ianya kempen memberi duit kepada kelompok2 pengundi.

Pihak KEMAS  sudah sebulan berada dalam daerah Sungai Besar – melekatkan diri mereka pada keluarga angkat dan tinggal  bersama mereka.

Maka  cerita mengenai mendekati rakyat, melakukan kempen merendah diri( hendak beri duit mestilah senyap2) – adalah naratif metos  yang dijaja untuk menutupi sains sebenar disebalik kemenangan- yakni beli undi rakyat dengan wang. dan jika wang tidak berkesan, ianya diganti dengan ugutan. Jika tak undi, segala bentuk bantuan akan disekat.

Perkara2 ini kita tak terlawan. Mengenai isiu perkauman, kita menerima ianya sebagai given dan tahu UMNO akan memainkan isiu tersebut.

Siapalah yang pandir mengatakan bahawa sudah ada signiken kepulangan undi Cina kepada BN. Teruskan lah  berkhayal. peningkatan peratusan undi dalam satu pusat daerah mengundi di Sekinchan, bukanlah hujan yang menghapuskan kemarau.

Empat dari 5  PDM yang dijaga oleh MCA kecundang- adakah itu kemenangan dan orang Cina pulang kepangkuan BN? Orang Cina khuatir, kalau duduk atas ribaan BN, ada benda mencucuk bontot mereka!

Orang Cina majoriti nya masih dengan Pakatan khususnya dengan DAP. Mereka telah mengundi Amanah sebab DAP sekawan dengan Amanah.

Orang jangan lupa, PRK kuala dan Sungai Besar ialah piihanraya kecil. Ianya ialah buy election. Sains disebalik kemenangan BN ialah duit , ugutan, penggunaan jentera kerajaan, kekuatan logistics, dan seumpamanya. Semua ini bukanlah kelebihan structural BN- kerana masih ada jumlah yang signifiken yang menolak Najib. keyakinan kepada Najib merudum dan akan membawa padah kepada nya dalam PRU14. Hanya Raja Nong Chik yang kemaruk nak jadi menteri semula yang mahukan PRU diawalkan.

Najib masih Idi Amin Malaysia. Cuba bayangkan wajah Najib jika warna kulit nya  warna hitam.

Kemenangan BN tidak lansung banyak disumbang oleh popular nya Najib atau cinta nya rakyat kepada UMNO dan BN.

yang terkenang kenang berbuka puasa di restoren tok gajah, pekan sungai besar, makan gulai tempoyak patin,  lauk ada, nasi sudah habis dan tengah ditanak ialah pak pandir kampung. wow!

Advertisements

One thought on “Sains sebenar disebalik Kemenangan UMNO dalam PRK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s