Penyakit Orang Melayu

Kita orang Melayu ini ada kecenderungan kembali kepada pemerintahan despotisme. Yakni perintah oleh individu –autocracy, atau kumpulan- oligarchy. Ciri utama nya ialah mempunyai kuasa mutlak.

Kita ada dua2 nya- Najib ialah autocracy dan kumpulan nya oligarchy- Zahid, Nazri, Ismail Sabri, Mafia Sabah, lina ‘dua alam’ O dan beberapa orang lagi rent seekers yang ternama.

Pemerintah macam ini orang melayu anggap dewata mulia yang beri segala nya, melindungi kita. Idea ada suatu kuasa besar menjaga kita ialah suatu yang convenient- sebab kalau kita susah, kesusahan itu akan di taken care oleh orang lain. Kita suka jika masaalah kita orang lain selesaikan. Kita mahu menikmati hasil, tapi mengusahakan hasilan itu biar orang lain kerjakan.

Orang Melayu kita anggap kerajaan akan jaga kita dari buaian ke kuburan. Kita rasa kita tidak perlu bersama sama membentuk jenis kerajaan yang kita kehendaki. Kita tidak faham, bahawa individu yang berjiwa merdeka itu sentiasa bertanya, apakah yang kita boleh capai melalui kerajaan.

Orang yang berjiwa merdeka itu akan berusaha menyekat kerajaan dari menjadi pemerintah yang buas. Orang yang berjiwa merdeka itu menyekat pemerintah dari melakukan sesuka hati. Menyekat pemerintah jadi autocracy dan oligarchy.

Orang yang berjiwa merdeka itu menuntut pemerintah jadi accountable. Sebab itu kita hendak najib bertanggung jawab keatas 1MDB, derma masuk akaun sendiri, pembelian asset negara pada harga yang dipalsukan, kehilangan duit dan pengurusan yang rasuah.

Najib dan geng tidak boleh perintah sesuka hati, pecah amanah, tidak jujur, sembunyi sembunyi dan rasuah.

Masih ramai lagi orang Melayu berjiwa hamba. Mereka tidak faham matlamat mereka bukan nya menjatuhkan kerajaan, tapi membentuk kerajaan. Jika kerajaan yang dibentuk itu regress kepada kerajaan yang tidak baik, rakyat ada kuasa menukar kerajaan dan bentuk kerajaan baru.

Kita tidak sedar, jika kita melakukan demikian, faedah kepada kita lebih besar. Tapi kita hidup dalam penipuan terlalu lama sehingga proses penyedaran kuasa rakyat itu berjalan perlahan lahan, tapi dengan pastinya.

Kerajaan yang dikuasai pemimpin autocratic dan pimpinan oligarchy akan tanya, apakah yang kamu boleh lakukan kepada keraaan jangan tanya apa kerajaan boeh lakukan kepada kamu. Tugas kamu ialah bersetia dan diam. Kerajaan itu dewata mulia yang jadi tuan kepada kamu- kamu semua hamba sahaya . kerja kamu ialah mencium bontot kami.

Bukan itu sahaja penyakit orang Melayu. Kita berjalan dimuka bumi dengan perasaan self-entitlement. Self entitlement ialah rasa berhak hidup bermewah hasil usaha orang lain. Cina , india dan bangsa lain, sebab kamu pendatang, kamu hasilkan kemewahan, kita ada ada hak keatas semua itu. Pada peringkat yang umum sekali, mentality self entitlement ini ialah berasa berhak menerima segala faedah terdahulu daripada orang lain. Raja dahulu dari PM- PM dahulu dari menteri, menetri dahulu dari pegawai, pegawai dulu dari kuli.

Kita ingat kita ada hak keatas hasilan sebab kita memiliki negara ini. Kita pewaris keatas hak milik negara ini, maka kita ingat hak milik, dan bukan usaha dan kerja yang menghasilkan, memberi kita pulangan. Kita tidak sedar, inilah yang dinamakan rent seeking dan kita rent seeker.

Konsep ini mudah difaham- dengan mengingakan  kita dapat sewa kerana kita ada hak milik keatas hartanah. Kalau kita ada hak milik keatas rumah, kita dapat sewa rumah, kalau kita ada hak mlik keatas tanah kita dapat pulangan dalam bentuk sewa.

Pulangan tersebut tidak datang dari proses menghasilkan barangan atau khidmat. Pulangan kita kerana kita ada hak milik keatas sesuatu.

Sikap orang Melyu macam inilah. Kita bersikap dan bermentaliti rent seeker. Kita expect dan menduga bahawa pulangan akan datang kepada kita kerana kita ada hak milik keatas sesuatu.

Pegawai yang korap- dari kerani di majlis perbandaran sehingga lah pegawai tinggi bahkan PM, merasakan dia berhak  mendapat pulangan kerana mereka ada hak milik keatas jawatan tersebut( walapun untuk tempoh terhad dan diketahui).

DO yang jadi boss dalam daerah, rasa jawatan itu memberi nya hak milik dan kerana itu, mesti dibayar untuk meluluskan sesuatu projek, tanah atau kemudahan. Pegawai kastam, imigresyen merasa ada hak milik keatas jawatan yang buat keputusan dan kelulusan, maka mereka berhak meraih ufti.

Rent seeking mentality ini memberi kita a sense of entitlement. Maka kerajaan yang kita pilih, berhutangkan tanggung jawab menyediakan kita apa yang kita mahu.

Konsep kerajaan kepada orang Melayu ialah  kita pilih kau, kamu kerja, berikan kami apa yang kami mahu. Pemerintah seperti Najib suka Melayu mentality macam ini- sebab dia hanya perlu beri sedikit ole ole sudah mencukupi untuk membeli kesetiaan.

Tidak terlintas dalam kepala mereka , bahawa kerajaan bukan sesuatu yang diujudkan diatas kepala kita- bahkan ianya hanya alat yang kita boleh gunakan utuk mencapai beberapa matlamat hidup bermasyarakat , tidak lebih dari itu. .

Dengan mentality seperti ini, lama kelamaan, konsep keajaan yang ada dalam kepala orang Melayu ialah kerajaan itu suatu mahkluk yang maha berkuasa dan besar dan akan ada untuk menyediakan keperluan hidup. Ianya mesti dipuja, kerajaan itu pelindung kita dan kita yang dilindungi.

Pada peringakat mikro, cara atau system mengatur hidup kita menghasilkan autocracy dan oligarchy. System ini nama nya ineptocracy. Dalam system ini, yang kurang bakat di lantik jadi pemerintah oleh klas berpeleseran dank klas bersuka ria( leisure class). Orang yang paling tidak produktif dan tidak mahu bertanggung jawab keatas masa depan sendiri, ditampung hidup mereka oleh golongan minority yang berusaha.

Inilah  penyakit berkembar orang Melayu kita.

Yang selalu makan ubat dan buah kismis untuk jadi cerdik ialah pak pandir kampung. Wow dasyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s