Analisa Sin Chew dan apa yang Azmin tidak lakukan.

Saya ada terbaca ulasan akhbar sin chew jit poh mengenai ulasan mereka keatas PRK baru2 ini. Ianya menarik.

Antara perkara penting ialah parti pembangkang mengangkat PRK ini ke darjat yang berlebihan. Bahkan ada yang sangka ini sebagai suatu referendum keatas pentabiran Najib , kerajaan Najib, pebuatan Najib.

Ianya bukan. Apatah lagi menganggap dua PRK ini sebagai penolakan rakyat keatas dr Mahathir. Kita tahu Dr Mahathir kalau dia tinggal seorang pun, dia tetap usaha mencapai matlamat nya. Orang BN akan tempelak- apa Dr Mahathir seekor boleh buat? ya- cubalah tidur dalam kelambu dengan nyamuk seekor sahaja. Can or cannot?

Ini kesilapan utama. Maka ia mengujudkan pengharapan yang tersangat tinggi, dan apabila gagal, menyebabkan frustration yang amat sangat. Terutama sekali dalam kalangan pimpinan DAP yang berkerja bertungkus lumus dalam kedua PRK itu.

saya fikir, kita janganlah terlalu sasau dengan keputusan PRK. seperti pernah dikata oleh Pengerusi Mao- too much analysis leads to paralysis.

PRK ialah PRK- dimana isiu2 tempatan lebih diutamakan. Tanah, kemudahan asas, urusan dengan majlis bandaran dan sebagainya.  Jadi perkara2 ini yang dilihat oleh masyarakat. Mereka memerlukan pengubatan segera.

Pengamatan Sin Chew mengenai local issues ini ada kebenaran. ia nya lebih terpakai keatas Kuala Kangsar.Saya mahu beri pandangan ikhlas dan rasa sakit hati.

Keadaan di Sungai Besar lain. Kerajaan Negeri nya di pimpin oleh Azmin Ali. Dia yang jemput Dr Rani dari geng 52 ( lima kaki 2 inci ) datang majlis buka puasa. Adakah azmin sudah pandai berlari bersama arnab sambil memburu bersama anjing? Dia sokong Ustaz Azhar tapi mendoakan Dr Rani.

Sungai Besar dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Dan kerajaan negeri ialah yang dipimpin oleh Azmin Ali. Penguasa tempatan semua lantikan Azmin.

Apa yang mereka buat? Tidak ada arahan untuk berkerja? Saya boleh terima kekalahan PRK Kuala Kangsar, tapi Sungai Besar dibawah kuasa Azmin.  Mesti ada yang tidak kena.

Azmin ingat kita budak kecil. Dia kata dia sibuk ikut Tuanku setiap hari dan ada tugas rasmi. Ini semua alasan menyembunyikan rancangan Azmin tidak mahu Amanah menang.

Sebetulnya, di PRK Sungai Besar advantage nya ialah pada calun amanah jika dia benar2 disokong oleh Azmin.

Saya pak pandir kampong- bila saya pergi ke kawasan kampong2 yakni kawasan bernama parit nombor ini dan itu, tali air itu dan ini, saya lihat tidak ada usaha menyekat keberadaan geng2 umno.

Mengapa misalnya, Azmin tidak arah JKKK dan Penghulu yang dibawah pentadbiran nya mengadakan acara dan event yang boleh di manfaatkan oleh calun Amanah. JKKK setiap malam boleh mengadakan aktiviti sepanjang tempoh bulan puasa ketika tempoh kempen- tapi Azmin tidak melakukan nya. Dia bukan general yang baik dan tidak boleh diharap. Jika pakatan harapan menang negeri Selangor sekali lagi, Azmin bukan pilihan sebagai MB.

Dalam majlis2 tersebut, pakatan rakyat boleh mendekati rakyat secara kelompok dan menyampaikan apa2 ‘bantuan’ yang di inginkan. Azmin boleh dengan senang nya mengistiharkan kerajaan negeri boleh menyediakan bas pengangkutan percuma untuk membawa pengundi mengundi. Apatah lagi, kerajaan negeri sudah pun menyediakan pengangkutan percuma dan kali ini, hanya sekali, kerana perihatin kepada tugas berat pengundi Sungai Besar, pengangkutan percuma diadakan. bayangkan huru hara semua kereta yang diisewa oleh UMNO di Sungai Besar.

Tapi Azmin tidak mahu melakukan atau tidak terfikir bagaimana mahu menangkan calun Amanah.

Azmin boleh mobilise penghulu2 Sungai Besar untuk menjayakan program kerajaan negeri. Penghulu2 ini semua answerable kepada pegawai daerah. Azmin ada pengaruh keatas pegawai negeri.

Azmin sebagai ketua eksekutif  negeri ada assets seperti ini tapi tidak mahu gembelingkan. Inilah padahnya memberi bunga kepada beruk.

UMNO tidak segan dan malu dan menyetankan teguran orang lain jika menggunakan assets ini bahkan itulah juga penyumbang kepada kemenangan BN di Sungai Besar.

Kalau di Kuala Kangsar saya faham dan merasakan lebih releven analisa SinChew.

Disana seperti biasa- UMNO boleh menghimpunkan segala bala tentara, sumber2. Assets kerajaan untuk memastikan kemenangan.

Walaubagaimana pun, parti pembangkang jangan despair. Di Sungai Besar masih ada 14,500 pengundi yang menolak Najib dan di Kuala Kangsar, masih ada 10,500 orang tidak suka Najib. Pastinya, fakta ini tidak diketepikan oleh penganalisa Najib yang jumlah beratus itu. Jangan kita letakkan premium yang tinggi sangat kepada kemenangan BN dalam dua PRK tersebut. Ingat- too much analysis, leads to paralysis.

Parti2 dalam Pakatan Harapan semua sedar bahawa tanpa penyatuan dan penyamaan matlamat, mereka tidak terdaya mengalahkan Idi Amin Malaysia. Kita baca banyak rintihan tokoh2 pembangkang mengenai nya. Tapi shhh…tidak perlu kita beri lapuran kepada UMNO apa kita hendak buat.

Yang suka melihat Idi Amin reenact the white man’s burden dengan memerintah orang putih menjulang nya atas tandu ialah pak pandir kampung. Wow.

Advertisements

One thought on “Analisa Sin Chew dan apa yang Azmin tidak lakukan.

  1. 1. Mohamed Azmin Ali masih merasakan dirinya terhutang budi kepada PAS walaupon kerusi MB disandangnya adalah jasa Sultan Selangor. Halnya itu beliau tidak sanggup melukakan perasaan Haji Abd Hadi Awang dan pimpinan PAS walaupon mereka berkali-kali melukakan perasaan pimpinan partinya sendiri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Malah tindak tanduk beliau dilihat lebih kepada menjadi Timbalan Hadi dari Dr Wan Azizah. Ini berlaku kerana Dr Wan Azizah sendiri lemah!
    2. Kata dua perlu diberi kepada pemain cinta tiga segi dalam PH, buck up or pack up! Tidak perlu lagi ada ‘another PAS’ dalam PH yang mahu ambil semua dari kiri dan kanan pada masa yang sama tak mahu memberi.
    3. Tinggalkan Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyatnya (DR) sendirian. Jika PH konsisten dengan Agenda Reformasi ia sudah memadai untuk menarik dan mengekalkan sokongan pengundi. Komposisi agenda Reformasi itu sendiri lebih luas dan besar dari DR, menukar kerajaan tidak akan berjaya sekadar menukar Mohd Najib Abd Razak. Kerisauan Anwar Ibrahim mengenai muslihat Dr Mahathir kini terbukti benarnya. Pembangkang menjadi semakin lemah selepas menyokong DR.
    4. Kenyataan Najib bahawa Dr Mahathir menyokong pembangkang memberi kelebihan kepada BN ada asasnya. PRK kembar menjadi bukti. Penyokong tegar PH marah dengan dengan sebahagian pemimpin PH khususnya PKR dan Amanah yang mulai lupa kezaliman Dr Mahathir di era pemerintahannya. Hanya kerana ingin menang PRK PKR dan Amanah dilihat sanggup memaafkan (menghalalkan) kezalimannya sebelum ini. Memberi kemenangan kepada calon BN dan memulau hari mengundi adalah natijahnya. Tidak salah menyokong DR (baik dilakukan secara diam-diam bukan terang-terangan) kerana sebahagian besar matlamatnya selari dengan Agenda Reformasi namun menjadikan Dr Mahathir ayam tambatan kempen PH adalah strategi yang sangat salah. 5. DAP harus berlembut. Kerana terlalu keras terpacak atas nama demokrasi sokongan rakyat kepada PH mulai menyusut (rujuk keputusan PRN Sarawak dan PRK kembar) khususnya kerusi-kerusi majoriti Melayu. Membuat kenyataan umum sambut kemenangan Amanah (calon Melayu beragama Islam) dengan meminum arak adalah sangat salah dan menampakkan kerasnya DAP. Keras mengiakan tuduhan UMNO parti dominasi Cina itu terlalu dominan dalam PH. Tidak hairan jika pengundi percaya Amanah hanyalah barua DAP. Jika Amanah tidak dilihat independent PH jangan bermimpi menawan Putrajaya.
    6. Tanpa PAS PH masih mampu menawan Putrajaya. Syaratnya kembali kepada Agenda Reformasi (satu matlamat dan perjuangan). Terlalu banyak agenda dan terlalu banyak strategi memeningkan (dan memualkan) pengundi. Belajar dan bergeraklah dari kaedah dan strategi Anwar Ibrahim berkempen ketika PRU12 dan PRU13. Hanya dengan Agenda Reformasinya memadai menyatukan pembangkang dan mengegar hati sanubari rakyat. Jangan berbolak balik!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s