penodaan surau dan masjid

Beberapa hari yang lalu, kita baca dan dengar seorang ustaz menuduh bahawa Pulau Pinang mengharamkan azan. Seorang ustaz lagi mengancam mahu bertumbuk dengan mereka yang menentang Ustaz Haji Hadi.

Geng2 ustaz ini mengamalkan love fest- masing2 memberi gelaran sesama sendiri. Ustaz jadi tok guru, murrabbi dsb nya. Bila mati esok dia tidak digelar tok guru atau murabbi. Sama macam kita. Amalan kita yang dihitung bukan hitung gelaran. Setelah gelar menggelar, mereka berdepan dengan masyarakat, memeras ugut mengancam masyarakat. Mereka angkat diri mereka sebagai pengantara antara Tuhan dengan makhluk nya.

Sebagai suatu kumpulan mereka berlagak macam samseng. Samseng ugama yang mengancam, menjatuhkan dosa dan pahala. Apa jadi pada anjuran Islam supaya merendah diri dan jangan berjalan diatas muka bumi berlagak sombong?

Ini contoh2 ustaz dan rahib Islam menggunakan masjid, surau dan tazkirah dan ceramah agama sebagai alat menyampaikan risalah mereka. Hanya yang menyedihkan kita- risalah mereka itu mesej kebencian, kebuasan dan wajah baru Islamic fascism.

Islamic fascism boleh disamakan dengan Islamic authoritarianism- kuku besi. Iaitu hanya pendapat mereka sahaja yang betul dan benar dan yang menentang di hukum potong tangan, sebat, sula dan dsb nya.  Ustaz macam shaharudin dan lain2 , tidak ada yang menggembirakan mereka, kecuali kalau semua yang dengar, ikut secara buta dan tuli.

Perbuatan menggunakan mimbar, meja tazkirah di surau dan masjid untuk berbohong, berdusta, mencaci menghina, merancang angkara durjana bukan perkara baru. Dizaman nabi pun sudah berlaku.

Ramai orang Islam tahu cerita masjid Quba. Ianya diceritakan dalam ayat 107 surah 9 At Taubah. Kumpulan munafik mendirikan masjid sebagai pangkalan untuk memecah belahkan orang mukmin dan merancang melakukan kejahatan. Orang munafik- dia akan mengistiharkan mereka tidak melakukan apa2 melainkan kebaikan, tapi Tuhan tahu apa dalam hati mereka.

Perkara yang serupa dilakunkan kembali pada hari ini.

Maka kita jangan hairan, ustaz2 atau rahib2 Islam  bercakap bukan main berdegar degar mengenai Islam, tapi hati mereka penuh dengan angkara durjana. Mereka lah Islamic fascists yang mahu penggal kepala orang2 yang tidak bersetuju dengan mereka.

Saya sangat berhati berat jika kena kritik ulamak2 Islam. Sebab kita diajar menganggap ulamak itu sebagai warisatul anbiya. Quran 41:33 menyatakan percakapan siapa yang lebih baik dari mereka yang mengajak kita melakukan amal soleh dan mengasuh kita jadi mukmin?

Rupa2 nya suara dan percakapan yang mahu mengajak kita jadi mukmin boleh juga jadi suara mengajak kita melakukan angkara murka.

Bukan sahaja berbohong tapi ajak orang berkelahi. Orang Melayu kita yang beragama Islam ini ingat dia seorang sahaja yang kuat, orang lain lemah. Mustahil kalau dia ajak orang bertumbuk atau berlawan, dia sahaja yang memukul dan tidak dipukul kembali.

Benar sangat Quran menyatakan- dikalangan orang berkitab ini, sedikit yang benar iman mereka, majoriti nya fasik. Lihat al Quran 3:110 . kita jangan terpedaya dengan orang yang berserban besar, berkopiah ini. Jangan kita terpedaya dengan status mereka sebagai ustaz dan jangan terpedaya dengan tazkirah mereka yang recycled.

Amalan nya yang kita kena lihat. Ini dianjuran oleh al Quran. Lihat Al Quran 2:177. Jangan lihat pada bentuk luaran, lihat amalan dan dalaman.

Kita sudah baca mengenai seorang ustaz ( ustaz shaharudin) terang2 berdusta mengatakan azan tidak dibenarkan di Pulau Pinang. Saya tidak mahu sangsi mengenai keahlian nya dalam ilmu Islam- tapi dalam hal berpolitik, dia tidak menampakkan asuhan keIslaman. Orang Islam tidak mengajak orang lain berganas dan jadi buas. Itu bukan mesej Islam. Mesej Islam ialah keselamatan dan kedamaian.

nyata ini bertujuan menanam kebencian dikalangan orang Islam- bukankah di negeri Pulau Pinang ada jabatan yang menjaga hal ehwal dan kebajikan orang Islam? Mereka ini terdiri dari orang Islam. Apabila berbohong mengatakan bahawa azan tidak dibenarkan, bukankah ini menanam rasa benci terhadap orang Islam yang menjaga Islam di Pulau Pinang?

Benar, DAP yang memerintah negeri Pulau Pinang, tapi mereka tidak sekat kegiatan dan amalan Islam dinegeri itu.

Apa sudah jadi dengan teriakan bertaat kepada ‘ulil amri? Yang demikian, mengapa tidak taat kepada pemerintah pulau pinang? Kita diperintah bertaat kepada kerajaan selagi dianya adil.

Kita boleh gelar ustaz shaharudin ustaz abu amir al rahib- yang membina masjid Quba masjid dirarr dan menjadikan nya pangkalan menabur fitnah dan merancang angkara durjana.

Rekod kerajaan Pulau Pinang menjaga kebajikan mereka yang berkerja dengan surau dan masjid mengatasi rekod kerajaan2 lain. Peruntukan untuk agama Islam lebih dari negeri2 lain. Negeri yang dikuasai orang bukan Islam lebih melaksanakan prinsip tata negara keIslaman.

Kelantan- negeri serambi Mekah pun tidak termampu melakukan demikian. Punca nya ialah kelembapan para ustaz mentadbir negeri Kelantan. DNA pimpinan Kelantan bukan nya membangunkan negeri- mereka hendak balun kekayaan dan hasil mahsul negeri Kelantan. ulamak tidak ada kepandaian mentadbir negeri atau negara. Habis punah ranap jika mereka jadi pemimpin.

Bila ustaz itu berbohong- saya teringat apa yang saya pernah tulis. Dikalangan mereka yang berkitab, ada sedikit yang benar iman mereka, tapi majority adalah fasik. Ustaz ini termasuk dalam golongan ini.

Ada sedikit ilmu keustazan, ingat sudah terpandai dalam dunia dan mengeluarkan pandangan2 picisan yang dianggap sesuatu yang menggoncangkan dunia.

Kita orang Islam sedang lihat PAS kembali kepada zaman buas mereka dahulu- yakni zaman maki wa hamun. Wa haram mun kalau makan sorang, wa halal lun kalau kongsi sama.

Pengajaran nya ialah jangan biarkan dan benarkan ustaz PAS beri tazkirah politik. Tinggalkan politik kamu diluar, asuh orang Melayu mengenai keindahan Islam sebagai agama membawa kedamaian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s