fatwa kiyai jahid

Seluruh rakyat berdoa kepada Tuhan supaya menganugerahkan nikmat kepada mereka yang mendedahkan kemungkaran pemerintah.

Zahid Hamidi bukan nya wali. Kerja laknat ialah kerja Allah. Bukan kiyai Zahid yang ada kuasa laknat atau tidak. Maka kalau Zahid kata mereka yang bocor rahsia kerajaan akan dilaknat oleh Tuhan, jangan pedulikan dia.

Dalam al Quran ada banyak contoh dan ketika Allah laknatkan umat dan sesuatu kaum.

Dalam sebuah ayat yang terkenal yang selalu dibaca oleh tok khatib, Allah laknat kaum bani Israel melalui nabi daud dan nabi isa. Kedua dua nya berstatus nabi.

Zahid baharu timbalan perdana menteri dan naib presiden umno. Dari segi status, Zahid dah terkeluar dan takde kelayakan.

Mengapa Tuhan laknat? Bukan sebab mereka bocor rahsia firaun atau raja mesir. Mereka dilaknat sebab mereka kufur- membelakangkan prinsip2 mulia.

Dalam bertata-negara tentulah kufur itu bererti lakuperangai pemerintah yang melanggar suruhan Tuhan- penipu, perasuah, penyonglap wang, penindas rakyat. Itu sebab2 Tuhan laknatkan- yakni bila sesuatu kaum membelakangkan prinsip kebaikan dan mendiamkan diri.

Kedua mereka dilaknat sebab- bila mereka tengok geng2 mereka, pemimpin mereka melakukan kemungkaran mereka duduk diam, berpeluk tubuh tidak mahu bangkit menentang.  Jadi wahai orang UMNO- ingatlah- rakyat doa kepada Tuhan supaya menghukum kamu sebab kamu bersubahat.

Lihat Quran 5:78.

Maka kalau pemimpin rasuah, salahguna kuasa, zalim- orang yang membocorkan kemungkaran melakukan kebaikan. Mungkin dia dapat pahala dan tentu sekali tidak dilaknat. Maka yang tahu rahsia kemungkaran – terus bocorkan.

Ingat- kita bukan hendak jatuhkan kerajaan- kita hendak tubuhkan kerajaan baru.

Kalau Zahid ingin tahu, Allah laknat orang yang munafik- berpura pura menyatakan dan mengistiharkan taat kpada Allah tapi dalam amalan harian mempersenda Allah. Kufur itu istilah yang banyak variant- menolak prinsip mulia dan baik dalam bertata negara- melanggar suruhan  Allah supaya belaku adil, jangan menganiayai kaum lemah. Yang mengada ngada mengaku Allah panduan mereka, tapi dibelakang,  kufur. Lihat al baqarah 2: 88.

Yang dilaknat ialah mereka yang menyembunyikan kebenaran. Lihat Al Baqarah 2: 159. Golongan ahlul kitab yang menyembunyikan kebenaran kemunculan Rasul dilaknat oleh Tuhan. Di apply secara umum, laknat Allah ialah keatas mereka yang menyembunyikan kebenaran.

Jadi misalnya, jika ada orang yang tahu kisah benar disebalik 1MDB, SRC, akaun Najib dan tahu kemungkaran2 yang dilakukan oleh kerajaan- mereka itu takut dilaknat oleh Tuhan lah maka mereka membocorkan kebenaran.

Bukan Tuhan sahaja yang melaknat mereka- bahkan malaikat dan manusia keseluruhan nya.

Lihat juga- siapa Tuhan laknat dalam al Baqarah 2: 161. Mereka yang kufur dilaknati oleh Allah, malaikat dan seluruh manusia/mankind. Laknat Tuhan secara umum nya ialah dijauhkan dari Tuhan dan sifat Penyayang nya. Alangkah dasyat nya jika dibenci oleh Allah dan terkeluar dari lingkungan orang yang disayangi Nya?

Laknat dari manusia dan malaikat pula bukanlah maknanya mereka ada kapasiti melaknati seperti Tuhan tapi mereka berdoa kepada Tuhan menurunkan laknat  kepada golongan2 yang kufur.

Berapa ribu orang mendoakan pemimpin2 seperti Najib di hukum oleh Allah dengan segera..

Bagaimana laknat dari manusia berhenti? Ianya berhenti bila pesalah laku, yang melakukan kejahatan itu di hukum. Setelah dijatuhkan hukum manusia berhenti melaknatkan orang yang melakukan kesalahan tersebut

Jadi Zaid Hamidi jangan marah dan angkuh- selagi pelaku kejahatan tidak dihukum, orang yang takut dilaknat Allah akan mendedahkan kemungkaran dan sehinggalah hukuman dijatuhkan keatas pelaku salah, maka rakyat akan terus mendoakan kelaknatan Allah kepada mereka2 itu.

Lihat The Study Quran- a new translation and commentary. Syed Hossein Nasr et al.

Advertisements

One thought on “fatwa kiyai jahid

  1. Zahid hanya business man. Mahathir dedahkan Zahid ada asset 250 juta!
    Dia hanya mementingkan business abang dia, bila membenarkan orang Cina bawa masuk pekerja asing konon negara rugi 24 billion!… 1MDB rugi 50 billion! wah sama banyak.. menipulah Zahid.
    Tak masuk akal. 24 billion bukan duit kita tapi duit tokey Cina yang menggunakan mesin kotor dan lama dan pencemaran alam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s