meningkatkan kesedaran sosial rakyat

Objektif parti pembangkang untuk jangka masa panjang  ialah menyedarkan rakyat mengenai beberapa isu penting. 1MDB, rasuah, salah guna kuasa, kepimpinan yang merosakkan.

Ini isu2 yang tidak mendatangkan pemuasan kehendak( immediate gratification) seketika ini. Tapi ia penting untuk kesejahteraan jangka panjang dan untuk kesihatan negara.

Kerana apa? kerana negara ini mesti ada pemimpin baik. Tidak rasuah, boleh dipercayai, amanah, tidak menipu rakyat, tidak guna undang2 zalim untuk menyekat keadilan. Ini semua penting terutama kepada orang Islam sebab ini semua prinsip2 Islam.  Kita mahu rakyat sedar supaya mereka boleh berlaku jujur pada diri sendiri.

Berlaku jujur bermaksud bertindak mengikut prinsip dan bukan tekanan deria. Kita mesto korbankan kepentingan semasa untuk kepentingan masa depan yang lebih baik.

Kerana negara tidak boleh dibangunkan atas pecah amanah, rasuah, kelembapan/ineptness, tidak jujur, rakyat yang dibelengu, kepimpinan yang merosakkan dan mementingkan diri sendiri.

Peningkatan kesedaran social menjadikan rakyat lebih diperkasakan- ianya menjadikan mereka lebih bermaklumat dan memuat keputusan secara sedar. Apabila rakyat mempunyai kesedaran social yang tinggi dan ada maklumat, mereka akan menuntut standard yan lebih tinggi.lebih  tinggi keatas kualiti pemimpin, kualiti tataurus atau tata kelola, menuntut pimpinan jangan korap dan rasuah. Mereka akan menjadikan kualiti2 ini sebagai perkara penting dalam membuat pilihan.

Prinsip menuntut piawaian yang tinggi dari pemimpin, kepimpinan adalah syarat negara kita menajdi lebih baik. Kita tidak boleh biarkan negara diurus oleh prinsip2 keburukan.

Sebaliknya, objektif barisan nasional ialah mengekakalkan rakyat daalm keadaan jahil, tertekan dan membuat pilihan dan keputusan mengikut perasaan dan keinginan2 atau deria rendah seperti mendapat kepuasan segera. Dalam keadaan yang demikian, BN boleh mengeksploitasi keinginan keperluan2 segera dan jangka masa pendek- keperluan RM200-300, membaiki longkang dan lobang jalan, dewan orang ramai. Ini semua kerja2 pihak berkuasa negeri dan level pejabat daerah sahaja.

Kumungkinan besar perkara2 ini disekat atau jika tidak ada PRK, diletak pada tahap keutamaan rendah. Bila PRK, dana untuk nya diadakan oleh pemerintah dengan serta merta.

Kita tidak mahu keaaaan rakyat demikian- yakni sentiasa berada dalam keadaan di blackmail atau di perasugut. Kalau tidak undi, pemerintah akan sekat pembangunan, akan sekat bantuan , akan tidak repair jalan, akan tidak beri rumah pprt dan sebaganya. Apa jenis kerajaan yang menganiayai rakyat sepert ini?

Pembekalan kesemua kehendak2 asas dan segera seperti ini adalah tanggung jawab pemerintah semasa( government for the time being). Kenapa ianya tanggung jawab kerajaan? Sebab mereka berkuasa keatas perbendaharaan. Maka itu sebabnya, tanggungjawab membangunkan sesuatu kawasan, sesuatu daerah, negeri dan negara adalah tanggungjwab kerajaan yang memerintah pada masa itu.

Saya rasa kemenangan BN dalam dua pRK tidak perlu diletakkn terlalu tinggi dari sepatutnya. Ianya bukan referendum nasional. Pihak yang tidak menyokong mencapai prestasi yang baik. Ini PRK bukan PRU.

Ramai penganalisis jump to conclusion dengan cepat sekali. Kemenangan satu PDM yang dijaga oleh Gerakan di Sungai Besar di lihat sebagai pengembalian undi orang Cina. MCA jaga 5 PDM tapi hanya menang satu. Boleh atau tidak kita katakan itu tanda cina tolak MCA?

PRK ini bukan kemenagan yang besar jika kita ukur dengan sumber, tenaga, kewangan, usaha , jentera  yang dihimpun oleh BN. Fakta nya di Sungai Besar ada 14,500 orang menolak Najib dan di Kuala Kangsar 10,500 tetap tolak Najib.

Jadi sebahagian besar , 40% masih menolak Najib. Dengan segala kekuatan, BN hanya berjaya menambah 2000 undi keatas majority yang mereka capai dalm PRU13. Jadi bukan lah sesautu yang boleh ditempekkan dan disemboyankan sebagai kemenangan watershed. .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s