kemaraan Islamic Fascism.

Saya cakap apa yang orang akan marah- ramai berkitab, sedikit sahaja yang benar iman, majority fasik. Lihat Quran 3:110.

Jadi hendak marah, marahlah. itulah kenyataan nya.

Ramai mengaku berkitab dalam negara kita. Ustaz berlambak. balik dari timur tengah, tidak ada kerja. mereka jadi taliban dalam pemikiran. sebab mereka lihat dalam banyak negara Islam di Tumur Tengah, boleh dapat kuasa secara kekerasan dan perintah dengan zalim.

perintah kawanan atau herd rule mudah untuk menekan pihak lawan dan menekan perbezaan pendapat. hanya perlu penggal kepala, tembak, halalkan rogol, cabul, jadikan wanita hamba seks. Easy as ABC. mudah macam allif ba ta. hanya perlu istihar jihad. hanya perlu istihar jundullah.

Dalam hati penuh hasad dan zalim. Ramai berdakwah menyampaikan kata2 manis dan mengasyikkan kita. Tapi sebaik sahaja dibelakang kita , mereka lakukan kerosakan atas muka bumi ini. Lihat Quran 2 : 204-205.

Kita sedang menyaksikan perkembangan ini dalam negara kita- para penyangak dan si mabuk kuasa menggunakan agama untuk menghalalkan keganasan, pembunuhan dan pengenyahan perbezaan pandangan. Ini kemunculan Islamic fascism.

Dan apa Najib kaki mungkar terulung zaman ini buat? Dia diam sahaja sebab perkembangan seperti ini menguntungkan dia.

Kita sedang menyaksikan ustaz yang gila kuasa yang hendak  penggal kepala, potong tangan, rodok kemaluan perempuan dan bunuh wanita Islam muncul dan pemerintahan Najib buat bisu. kita menyaksikan kemunculan kabilah yang menjadikan budak2 dan wanita sebagai hamba seks dan kita semua berdiam diri.

Kita jangan berdiam diri. KIta mesti tolak tokoh dan individu macam ini- sebab mereka bukan mewakili islam, agama sejahtera dan kedamaian.

Sedangkan langkah yang lojikal sekali ialah lokap semua orang yang menganjurkan keganasan, perkelahian dan kekerasan. Sumbat mereka dalam jel. Itu sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang melindungi rakyat dari kebuasan dalaman dari orang2 gila dalam masyarakat.

Apa yang Najib buat? Dia gagal melindungi rakyat dari ancaman keganasan. Dia hanya pentingkan pengekalan jawatan PM nya sahaja supaya, ata snama agama bangsa dan tanah air Melayu- dia boleh terus menyamun sampai ke tulang belulang.

Ustaz yang fitnah Pulau Pinang mengharamkan azan, ustaz yang ajak orang bertumbuk, harun din al jampi, dan sekarang mufti Pahang- ini semua tanda2 kemunculan Islamic fascism. Islamic fascists adalah mereka yang menggunakan ayat2 Allah untuk memerintah secara mutlak- tidak boleh bangkang kerana apa yang mereka sampaikan kononnya, Allah yang suruh.

Kita ada berita tidak baik untuk mereka- fascism, autocracy, oligarchy- kesemua nya , memerintah kuku besi tidak ada tempat dalam masyarakat kita yang demokratik.

Mufti Pahang mesti di tangkap polis dan di caj sebagai menghasut orang melakukan keganasan dan membunuh. Islam ajar kita membunuh orang kah? Kalau saya kritik pengurusan Tabung  Haji misalnya, adakah saya memerangi Islam?

Kalau saya kritik Pengurusan Zakat yang kutip berbillion tapi kita tak tahu kemana pergi wang nya, adakah saya memerangi Islam?

segala crook, pencabul wanita, penyonglap wang, pencuri, bersrembunyi dibelakang benteng agama.

Tidak,  saya mengkritik individu yang merosakkan Islam dan menggunakan agama untuk mensahihkan kekejaman.

Walaupun ianya dihalakan kepada DAP buat masa ini, semua kaum cina di Malaysia dan semua yang tidak bersetuju dengan cara meraka memerintah atau menjalankan tugas, berada dalam situasi yang serupa- dianggap musuh2 Islam, kafir harbi.

Cuba terangkan- memerangi Islam itu bagaimana? Raja yang mengaku Islam tapi suka berjudi, minum arak dan berzina itu bagaimana maqam nya? Adakah perbuatan itu memerangi Islam?

Tidak angkat senjata betul, tapi memusnahkan Islam dari dalam. Dia pun berperang dengan Islam dengan melakukan penentangan secara sembunyi. Bagaimana pula keberadaan casino , sarang judi dan maksiat yang terbesar dalam negeri mufti sendiri? Itu memerangi Islam atau tidak?

Menentang pembentangan bill 355 adalah mengkrtik pentadbiran orang Islam- bukan serang Islam. Kita kritik politik parti. Mufti kena membezakan dua perkara sebelum mengeluarkan kenyataan menghasut dan jinayah sifat nya.

Atau mufti jurucakap Islamic fascism? Adakah mufti Pahang ini membayangkan  pemerintah yang akan datang jika golongan fascists dari pas, umno dan ulamak diberi kuasa?

Kenyataan nya, pemikiran ganas dan kejam seperti ini,  tidak akan berhenti setakat DAP dan ahli DAP, tapi juga kepada semua Cina. Semua parti bukan Muslim dalam BN juga menetang RUU 355- MCA, Gerakan, SUPP, seluruh negeri Sarawak. Jadi jika penentangan terhadap RUU355 di anggap sebagai memerangi Islam, maka semua parti tadi pun mesti dilayani seperti parti DAP. Darah mereka juga halal.

dan bagaimana dengan Muslim yang enggan bersetuju dengan cara mereka memerintah?

Advertisements

4 thoughts on “kemaraan Islamic Fascism.

  1. Islam itu ugama. Islam itu bukan Jamil Khir atau Aysraf Dusuki atau Hadi. Mereka ini semua munafiq dalam erti kata sebenar. Ugama itu iman antara kita dengan Allah. Dosa dan pahala Allah yang kurnia bukan hakim mahkamah Syariah buatan UMNO.
    Hukuman mahkamah Syariah UMNO hanyalah dongeng yang dibuat oleh Mahathir dalam tahun 1998. Dosa lelaki dan perempuan Melayu tidak boleh dihapuskan oleh Hakim Syariah UMNO yang makan gaji.
    Dosa hanya Allah yang ampunkan.
    Ini asas ugama.
    Kita hanya perlu taat kepada Allah bukan JAKIM atau JAIS atau JAWI yang penuh dengan manusia riak yang tempat mereka adalah neraka jahanam.
    Mengaku serba tahu dan membuat hukum hudud yang tak ada dalam quran. Tak ada dalam Islam.
    Barang siapa yang menhukum dengan hukuman buatan mereka sendiri mereka itu ahli neraka.
    Tidak ada JAKIM, JAIS atau JAWI dalam Islam.
    Kita tak perlu takut kepada manusia lebih lebih lagi mereka yang makan gaji dengan kerajaan BN.

    Like

    • Samalah juga dengan HUDUD PAS – HAUS DAN DAHGAKAN DARAH MELAYU.SAHAJA. Kalau nak bua tHUDUD, pastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur. Hukuman juga telus, adil dan saksama. Mula-mula, buktikan dulu – adakah mencuri duit rakyat itu tidak salah….????

      Like

  2. Mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkinkah sumpah laknat yang di buat Najib sedang berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba…..pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang! #UMNO Pagoh

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s