Mahathir Melayu yang terbuang

Lihatlah perangai bangsa Melayu. Maksud saya, jika UMNO itu Melayu, maka perbuatan mereka menunjukkan DNA Melayu yang sebenarnya.

UMNO adalah contoh terbaik DNA Melayu beroperasi. Ianya menunjukkan bahawa jika Melayu itu tidak berdisiplin, bersungguh2 membentuk diri dan menundukkan deria2 bawah, tidak menerima asuhan budi perkerti mulia, watak Melayu sebenarnya, watak Melayu yang berDNA  sebelum dibudayakan, akan muncul.

Melayu yang berDNA kan UMNO- Melayu tidak kenang budi.

Dalam diam2 dia tangan panjang, dia rasuah, dia kembali kepada dirinya yang seasli sebelum kedatangan cahaya asuhan. Bahkan kedatangan Islam pun macam air jatuh daun keladi- tidak berkesan. Melayu seperti kacang lupakan kulit. Kaduk naik junjung. Too cocksure and full of themselves kata orang putih.

Melayu itu pemalas. Suka mendapat kesenangan tapi mencari kesenangan itu orang lain yang buat. Melayu UMNO ialah rentseeker yang terulung.

Kita tahu bagaimana rentseeker beroperasi. Mereka bersikap seperti seorang Napoleon kecil. Seorang rent seeker mendapat pulangan dari  hak milik keatas sesuatu- bukan dari perusahaan,bukan dari menghasilkan sesuatu, pengilangan pembuatan, berkerja dll. Kalau ada pun sedikit sangat bilangan nya.

Ia dapat sewa kerana ada hak milik keatas sesuatu. Misalnya, jawatan yang dipegang, dianggap hak milik persendirian. Jawatan tersebut dijadikan sumber kewangan – jawatan itu berhak mendapat sewa. Bahkan jawatan ketua cawangan, ketua bahagian UMNO pun dijadikan faktor pendesak dan  paksaan untuk pau duit dari orang lain.

Melayu UMNO panjang tangan. Jika diamanahkan harta benda,wang, mereka akan curi. Melayu 1MDB, Melayu dalam GLC, dalam jabatan2 kerajaan. melayu UMNO tidak ada maruah. 11 dari 10 orang tidak suka kepada najib, tapi dia kulit tebal tidak mahu berhenti. Bini nya yang tidak ada jawatan rasmi, berlagak macam dia pun PM.

Mereka tidak berhati perut sehingga sanggup bunuh membunuh sesama sendiri. Lihat apa yang diperlakukan kepada Mukhriz, Muhyidin dan Shafie apdal. Itu pemimpin mereka, bayangkan jika ahli UMNO biasa. Seperti melukut ditepi gantang. Datang tidak menambah, pergi tidak mengurang. kepada Melayu UMNO, bekas pemimpin tidak berguna sesen pun.

Kita orang Melayu telah menjadikan Melayu UMNO jadi raksasa buas. Perangai terburuk sekali, seperti kata perpatah bangsa Melayu, habis santan, sepah dibuang.

Tidak ada yang menggiris hati orang Melayu yang enggan dibudayakan oleh DNA UMNO dari bagaimana Dr Mahathir diperlakukan. Ia menampakkan bagaimana kotor dan busuk hati orang Melayu UMNO. Melayu UMNO lupa Dr Mahathir presiden UMNO 22 tahun dan PM 22 tahun. jejak tapak Mahathir pun suatu ketika, dipuja matlaon UMNO hari ini.

Dalam satu perhimpunan agung UMNO, ada seorang menyatakan bahawa setiap butir beras yang kita makan adalah hasil perjuangan UMNO. Jika demikian, 22 tahun dari tempoh perjuangan UMNO itu,setiap butir beras yang melayu UMNO makan berpunca dari Dr Mahathir.

Penghinaan terbesar Melayu UMNO hendak buat ialah merampas yayasan perdana. Yayasan perdana ini diujudkan seperti juga presidential library di USA selepas presiden bersara. Ia nya sebagai memuliakan bekas pemimpin tertinggi dengan memberi mereka kemudahan. Ianya seperti protocol yang di institusikan.

Yayasan perdana bukan untuk Dr Mahathir sahaja. Ianya juga untuk semua bekas PM Malaysia. Jika dr Mahathir sudah tiada yayasan itu akan pergi ke pada bekas PM Malaysia yang lain. Kalau Pak Lah umur panjang, dia akan berada di Yayasan untuk menikmati tidur yang selesa.

Perampasan Yayasan mengesahkan bahawa UMNO sudah rosak oleh Melayu yang berDNA sebelum menerima asuhan budi perkerti mulia.

Advertisements

4 thoughts on “Mahathir Melayu yang terbuang

  1. Umno tidak dapat diselamatkan lagi. terbukti oleh tindak tanduk para belia dan pemudanya. Politik di Malaysia sudah terlalu toksik. Dan para agamawan makin mabuk dgn kuasa mereka. Perlunya ada perubahan di dalam arena politik Malaysia kerana sistem ke partian kaum / agama hanya akan menguntungkan umno dan kroni2nya. Malaysia kena kembali ke landasan sekular bahkan diperkukuhkan lg constitution Malaysia akan secularity Malaysia. Perlu adanya justice. equality. n freedom of religion. nyah mansuhkan terus perundangan berbeza utk islam dan bukan islam kerana ianya merupakan satu ketidakadilan dan ketaksamaan. dan ini merupakan kezaliman keatas rakyat sendiri. Yang menyedihkan ialah kaum yang mabuk opium agama dgn rela hatinya ditindas dan diperbangsatkan atas nama Tuhan. betullah kata2 Zaba yg para agamawan punca kpd gagalnya Melayu utk bangkit. Lebih2 lg keengganan utk berpijak atas realiti kurun ke-21 yg mana kita masih di peringkat awal digital revolution tetapi nampak gayanya akan tertinggal jauh lah Melayu berbanding kaum lain di rantau ini kerana gagal utk mengikuti perkembangan semasa kerana mabuk opium thp overdose. tp x pa asal dijanjikan sorga oleh puak yg konon boleh menjamin sorga utk mereka.

    Like

  2. Fat cat rent seekers. Look at them, their palatial residences, indulgent lifestyles, materialism personified. However much they have honestly earned over their lifetime as public servants would not have afforded them these; the wherewithals must have come from somewhere else. A forensic auditing of each of these political highflyers will definitely tell us where these come from. The Dato Keramat land for affordable housing hijacked by whoever and now the Taman Kiara Rimba development should be eye openers for the opportunities they create for themselves through proxies.

    I cannot agree more with you that the UMNO DNA is that of thick-skinned, lying thieves and plunderers
    of the highest order. I think we cannot wait much longer for their eventual demise, Allah willing.

    Like

  3. Assalamualaikum, saudara Senapang Sakti. Saya kurang pandai berbicara tetapi akhir-akhir ini tekun membaca blog-blog untuk mencari fakta dan kebenaran kerana Media Arus Perdana telah banyak dimanipulasikan. Saya juga seorang PATRIOTISMA dan seorang Melayu yang sayangkan bangsa, agama dan negara. Saya teruja dan amat menyokong penulisan saudara yang saya rasakan amat relevan dan bernas. Harap ramai anak muda yang membawa hasil penulisan saudara. Saya ada promote kepada kawanx berkaitan blog saudara. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s