kita semua kafir harbi sekarang

UMNO ada senjata baru untuk mengekalkan kesetiaan pak pandir, mak andir dan si luncai ahli2 UMNO. Juga mereka yang terjun dengan si luncai.

Yakni, mengeksploitasi agama Islam. Apa yang paling tidak memanas dan mendidihkan darah orang Melayu , selain dari permusuhan keatas agama mereka dan mencemar agama mereka?

Suatu sikap orang Melayu ialah mereka suka mendabik dada mengenai keIslaman mereka dan suka meng-iklan secara  umum mengenai keIslaman mereka. Membuat semua orang tahu, mereka lebih Islam dari rakan sebelah itu, tersangat penting.

Cara paling mudah mengiklankan keIslaman mereka depan khalayak ramai, ialah dengan bersegera menyertai menyokong sebarang pengistiharan perang terhadap musuh agama Islam. Mereka akan bersegera menyatakan sokongan dan persetujuan supaya dunia tahu, mereka tersangat Islam.

Sebagai contoh, orang Melayu tidak akan membuang masa menyatakan bangkangan mereka keatas apa2 perlakuan yang dilihat sebagai mencemar Islam.

Apabila Najib menyeru supaya orang Islam menolak mereka yang memerangi Islam dengan sekutu2 mereka, standard Najib sama seperti Rani kipidap Kulup. Rani kulup memperlihatkan spectacle yang melucukan apabila berkawat membuat lapuran Polis mengenai seorang yang mempersendakan Al Quran secara tidak senonoh.

Orang2 yang berminda seperti ini, akan melompat mempertahankan Islam dari ancaman2 pinggiran yang hanya dilakukan oleh orang tidak siuman. Ianya suatu imperative- satu dunia mesti tahu keIslaman mereka!

Perkara2 inilah yang menjadi peluru untuk meriam UMNO. Fodder for UMNO’s canons.

Barang siapa yang dikategorikan sebagai penentang agama Islam adalah musuh Islam. Maka orang Melayu itu, yang mengaku tebal Islam mereka tapi terus mempercayai tahyul dan hantu jembalang, puaka dsb nya, akan melanggani naratif atau penceritaan imam besar UMNO- Najib al wasathiyah wa 1MDB wa SRC wa Derma fil ‘arabi.

Jika semua yang menentang Islam dan menentang itu disebagaikan dengan penentangan pembentangan bill untuk akta 355, maka orang UMNO pun kafir Harbi.

Bahkan Najib secara terang2 mengistiharkan dia tidak akan laksana hudud. Ketua menteri Sarawak seorang beragama Islam pun kata dia tidak akan laksana hudud di Sarawak. KM telah mengarahkan semua MP Sarawak jangan menyokong bill Haji Hadi.

Adakah mereka juga kafir harbi?

Jadi kafir harbi termasuk Najib dan Adenan satem kerana menentang bill Haji Hadi. MP2 UMNO yang bercadang untuk tidak hadhir semasa perdebatan dan undian bill persendirian hadi nanti, bolehlah di anggap kafir harbi dan darah mereka adalah halal. Bukan begitu?

Kafir Harbi musuh Islam.

Menentang akta 355 ialah musuh Islam.

MP menentang akta 355

Maka MP menentang adalah musuh Islam dan kafir harbi.

Semua. MCA, Gerakan, MIC, SUPP, UMNO sama dengan DAP- semua kafir harbi.

Mengapa Najib membisu bila Mufti Pahang mengkafir harbikan orang DAP?  Pada tahap umum, semua yang menentang akta memperkasakan mahkamah syariah yang dikenali secara popular sebagai akta 355 itu, adalah juga kafir harbi.

Kenapa Najib membisu? Dia tidak arah polis menangkap mufti yang keluar kenyataan dan ancaman membunuh. Darah kafir harbi halal.

Pertama Najib dhaif dalam hal2 agama. Jangan harap orang yang meng-Allah saw dan meng-Muhamammad swt boleh faham konsep kafir harbi. Dia tidak hendak tahu pun. Yang dia tahu ialah ini peluang memukul musuh politik nya.

Kedua, kenyataan itu mengukuhkan kepentingan nya untuk terus berkuasa. Sebetulnya, kekuatan dan kejayaan UMNO selama ini bergantung kepada kejayaan nya menjadikan pihak ke3, sebagai musuh. Selama ada musuh untuk menyatukan si-luncai, pak pandir dan mak andir ahli2 umno, maka UMNO sebagai suatu parti akan terus hidup. Jika UMNO mempromosi diri nya dengan rekod pentadbiran dan pencapaian2 nya, orang tidak tertarik menyokong nya. Tapi kalau ada ‘musuh’ jadian, ianya mendapat sokongan.

Selagi pihak ke 3, dalam kes ini orang cina terus dijadikan musuh dan objek memusuhi dan objek kebencian, umno boleh survive. Kebencian dan ketakutan pada ancaman bangsa Cina itu adalah primordial fear orang Melayu. Ianya suatu sangkaan yang diasaskan diatas sebab2 yang tidak rasional dan ketakutan irrational itulah, yang dieksploitasi oleh UMNO.

Jadi jangan harap Najib yang seronok bermain dengan dirinya sendiri, akan ambil tindakan tegas. Orang macam mufti Pahang dan orang2 yang mengancam ketenteraman awam, menganjur permusuhan dan kekejaman keatas rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, mesti ditangkap dan disumbat dalam jel.

Tapi Najib tidak akan buat demikian. Dia PM untuk UMNO bukan PM rakyat Malaysia.

Cuba lihat, kalau sehari dua dalam jel, mungkin sahibus samahah mufti Pahang boleh bertafakkur dan mengkaji kejadian Allah di bumi dan lagit dan mungkin dapat pengetahun baru. Atau suatu tempoh dalam jel , membenarkan dia bermuhasabah dan mencapai tahap keilmuan yang lebih tinggi.

Advertisements

3 thoughts on “kita semua kafir harbi sekarang

    • begini: bila Najib dahulu bercakap- dia confused- Allah dia kata saw, Muhammad dia kata swt. maaf ayat saya kurang jelas..

      Like

      • ramai pembaca yg hanya tahu membaca tetapi tidak mahu melihat apa yang tersirat..sesetangahnya terus memberi kritikan…thanks

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s