Rasuah dalam nama apa pun, tetap rasuah.

Saya membaca dengan penuh tumpuan tulisan Dr Mahathir mengenai rasuah. Rasuah dalam pengertian konvensional ialah transaksi quid pro quo.

Saya beri awak sesuatu yang berharga, awak buat keputusan yang menguntungkan saya. Saya beri awak RM300, awak undi saya. Saya janjikan jalan, balairaya, bantuan, bajet dan sebagainya, awak semua undi saya. Ini transaksi quid pro quo.

Undang2 fomal after the fact– setelah perbuatan itu dilakukan, gagal membenteras aktiviti transaksi2 seperti ini. Bahkan SPR misalnya mengistiharkan jenis2 pemberian seperti ini, bukan rasuah.

ertinya, kita tidak boleh bergantung kepada undang2 formal, setelah berlaku,  untuk membenteras rasuah seperti ini. Pihak berkuasa semacam merelakan perbuatan seperti ini.

Jika ini terjadi, apa kita rakyat boleh buat?

Kita memerlukan tekanan dari rakyat untuk melakukan pencegahan struktural. Sebagai contoh, kita mesti ada undang2 yang melarang sebarang institusi kerajaan menjalankan aktiviti semasa pilihanraya. Contoh: larang Kemas dari menjalankan aktiviti kemasyarakatan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum pilihan raya. Kita larang misalnya penglibatan ejensi kerajaan ketika pilihanraya. Tidak ada jabatan, kementerian boleh menjalankan aktiviti semasa pilihanraya. Larang dan haramkan pemberian wang, bantuan, janji projek, peruntukan semasa pilihanraya. Kerajaan dilarang meluluskan apa2 projek semasa pilihanraya.

Ertinya, kita serang gejala rasuah ini secara structural-yakni meletakkan sekatan dalaman supaya semua aktiviti diatas haram dan dilihat melanggar undang2.

Saya ingin menambah sedikit pengertian rasuah. Sebutan apa pun, dedak, sumbangan, sogokan, tumbuk rusuh, derma dan sebagainya- ianya semua rasuah.

Bila Najib kata dia terima derma RM2.6 billion yang kemudian nya naik hingga RM4.2 billon atau lebih, apa yang sebenarnya berlaku?

Semua pemegang jawatan awam/public office- penjawat awam sampai kepada ketua eksekutif kerajaan iaitu PM, wajib mendahulukan kepentingan awam dari kepentingan peribadi.Ini rukun.

Maka apa yang berlaku bila Najib terima sumbangan dari mana2 pihak- dia telah mendahulukan kepentingan peribadi dari kepentingan awam. Ertinya dia telah mencabul amanah yang kita sebagai rakyat, beri kepada nya. Amanah awam nya ialah mesti, pada setiap masa mendahulukan kepentingan awam dari kepentingan peribadi.

Dan sebagai rakyat, kita mesti TIDAK benarkan penjawat awam mendahulukan kepentingan peribadi dari kepentingan kita semua. Jika kita relakan, kita diamkan, padah nya akan kita terima dimasa hadapan.

Bagaimana? Walaupun Najib merekacipta cerita bahawa penderma tidak meletakkan apa2 syarat ketika beri derma itu, dimasa hadapan bagaimana? Katalah si-penderma- pak arab, jho low, tarek obeid, kazem al kebasi Qubaisi, putera turki, datang dan memohon sesuatu? Najib yang telah menerima derma akan mesti nya membantu mendapatkan apa yang mereka mohon.

Tapi apa yang Najib boleh beri? Tentu dia tidak akan beri milikan peribadi. Dia akan beri milikan awam- harta negara kepada penderma. Ini jelas suatu kesalahan- Najib tidak ada kuasa untuk memberi milikan awam sebagai membalas penerimaan dermanya, yang merupakan  kepetingan peribadi.

Kita tidak boleh ada pemimpin seperti ini. Sebab jika ada episode derma2 di hari mendatang, Najib hanya boleh membalas dengan menggadai milikan rakyat.

Apa hak Najib melakukan ini?

bagaimana kita menyekat perbuatan Najib seperti ini? Undang2 akan memihak kepada nya. AG akan kata, tidak ada kes perlu dijawab.

Kita hanya ada satu alternatif. kita boleh larang perbuatan seperti ini dengan menuntut supaya derma kepada Najib kerana dia ada jawatan awam, mesti diluluskan terlebih dahulu oleh parlimen.

oh itu sumbangan persendirian dan peribadi kepada najib- tidak ada kaitan dengan jawatan awam PM. Adakah pak arab dan penderma lain mahu beri sumbangan kepada ketua cawangan Parit Ponorogo? ianya kerana Najib itu PM lah, suatu jawatan awam yang kita amanahkan kepada nya, maka ramai orang mahu derma.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s