korapsi oleh rakyat jelata

Cuba kita bayangkan perkara ini. UMNO sebuah parti yang korap. Presiden nya  korap. Ramai ahli majlis tertinggi korap. Menteri UMNO dan BN kaya raya. Bila ini berlaku dengan meluas, ianya petanda bahawa, kuasa jawatan awam telah digunakan untuk faedah dan kepentingan persendirian.

Bayangkan perkara ini pula. Mereka semua korap kerana semua ahli umno korap. Pemimpin korap sebab masyarakat juga korap dan membenarkan pemimpin korap.

Bagaimana mereka, yakni ahli biasa melakukan nya? Mereka tidak pegang jawatan awam. Jadi mereka tidak boleh menggunakan jawatan awam untuk kepentingan persendirian.

Mereka boleh melakukan nya. Sebab mereka juga melakukan tugas awam- melalui undi mereka. Undi yang ada mereka, merupakan kuasa public atau awam. Mereka mengundi untuk memilih calun pimpinan UMNO. Undi mereka di perdagangkan. Jual undi( dimana undi itu, sifat nya kuasa awam) untuk mendapat imbuhan- wang, barangan, kontrak, melancung- semua ini kepentingan dan faedah persendirian.

Ingatan: korapsi berlaku bila sesuatu kedudukan dan kuasa awam digunakan untuk faedah persendirian. Undian itu sifatnya kuasa awam.

Jadi, walaupun kita sebagai warga biasa, rakyat yang tidak memegang jawatan awam dan tidak ada kuasa awam, kita sebagai rakyat lah yang menentukan integrity institusi kita.

Maka, jika UMNO itu korap, maka tidak dapat tidak,  yang menyebabkan nya demikian ialah kerana ahli UMNO itu sendiri yang korap.

Sebab itu lah kita hendak mengasuh rakyat menjadi rakyat yang bertanggung jawab. Mereka sendiri jangan korap kerana kalau kita korap, maka pimpinan yang kita pilih, institusi yang kita undi akan jadi korap juga. Mulakan dengan jangan meminta apa2 untuk kepentingan dan faedah persendirian, jika kita minta, kita mesti minta untuk kepentingan dan kebaikan keseluruhan.

Walaupun kita lihat rakyat ada kuasa menentukan integriti kepimpinan dan jawatan awam, bahaya nya ialah bila rakyat pandang sepi tanggunjawab awam dan menyibukkan diri untuk mendapat faedah persendirian daripada institusi awam. Jadi kita lihat individu pergi mendapatkan wakil rakyat untuk belanja anak sekolah, membetulkan rumah, beli barangan peribadi- ini semua kepentingan persendirian. Rakyat yang mahukan baja, alatan, peruntukan , mereka memuaskaan kepentingan persendirian. Pandangan mereka lari dari memelihara integriti jawatan awam, institusi awam kepada bagaimana melempiaskan faedah persendirian.

Integriti institusi awam musnah jika rakyat memalingkan diri mereka daripada memelihara integriti. Bila ini berlaku kepedulian rakyat terhadap integrity hilang, dan mendapatkan faedah segera menjadi keutamaan mereka. Mereka lebih berminat kepada mendapatkan BR1M, sabsidi, pemberian wang secara lansung dan seumpamanya.

Jadi jangan kita ingat, pemegang jawatan awam sahaja yang korap. Kita pun korap apabila kita mementingkan faedah persendirian daripada faedah umum serta awam.

Jika kita pakai konsep soleh kepada amalan berkerajaan, ianya membuahkan penemuan yang menarik. Masyarakat yang soleh atau virtuous society itu ialah suatu masyarakat , dimana  rakyat nya, ada kesedaran sivik bahawa kepentingan dan faedah awam mesti didahulukan daripada kepentingan persendirian.

Soleh dan solehah dalam bertata negara mempunyai maksud yang berlainan dari soleh dan solehah dalam sudut kerohanian. Rakyat yang soleh itu mendahulukan kepentingan ramai dari kepentingan persendirian.

Kesolehan rakyat bergantung kepada sikap mereka- mereka turut korap apabila menggunakan kuasa awam untuk memperolehi faedah persendirian. Mereka tidak korap bila menggunakan kuasa awam untuk faedah orang ramai.

Apabila rakyat buat petisyen memohon itu dan ini-mereka menjalankan tugas awam. Kalau mereka minta baja, keperluan harian, alatan dapur dsb nya, untuk faedah sendiri- mereka pun turut sama jadi korap. Tapi kalau mereka meminta sesuatu untuk kepentingan awam- sekolah, balairaya, jalan kampung penurapan jalan awam- tidak minta PLB buat jalan ke depan tangga rumah mereka sendiri dan tidak mohon TNB pasang tiang lampu menghala ke rumah nya sendiri- mereka menggunakan kuasa awam untuk kepentngan ramai.  JIka ini mereka pilih, mereka adalah masyarakat solehah dan tidak korap.

ketua kampung yang mohon 8 batang tiang lampu dimana 8 tiang lampu di pasang untuk menerangkan jalan ke rumah nya sendiri adalah ketua kampung yang korap. ketua kampung yang mohon PLB menurap jalan kampung, tapi menuruh kontraktor menurap jalan hingga ke tangga rumah sendiri- dia ketua kapung yang korap. dia telah mengguna kuasa awam/public power untuk kepentingan dan faedah persendirian.

Apabila rakyat boleh dibeli dengan bayaran, pemberian barangan, pemuasan faedah persendirian, maka mereka tidak kisah mengenai politik negara. Ketidakkisahan mengenai apa pemimpin dan kerajaan lakukan- mereka hanya menanti masa bila sekali lagi, undi dan  sokongan mereka akan dibeli.

Jadi kalau kita hendak basmikan rasuah dan korapsi, rakyat mesti diasuh untuk membenci segala bentuk rasuah dan korapsi. Masyarakat yang soleh atau virtuous ialah masyarakat yang mendahulukan kepentingan awam dari kepentingan persendirian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s