Orang jahat mengkorapsikan negara.

Bila Encik Lee Kuan Yew ditanya, apakah rahsia membina negara? Dia jawab, membina negara memerlukan orang baik- good men.

Orang baik itu apa? Dengan good men bukanlah bererti orang itu alim, warak, duduk atas tikar sembahyang. Itu ramai kita dapati di surau dan masid, kebaikan nya memanfaatkan diri nya. itu semua adalah commendable personal traits.

Jika dia alim, warak, soleh, itu faedah untuk Tuhan. Dia menguntungkan dirinya sebagai insan persendirian. Kebaikan nya untuk kepentingan persendirian.

Dalam konteks bermasyarakat, ia tidak melengkapi konsep oang baik. bila bertransaksi dengan rakyat, memerlukan satu lagi sifat untuk memberi kepentingan dan faedah kepada rakyat. Yang dikatakan good men atau orang baik untuk bernegara ialah mereka yang mendahulukan kepentingan awam.

Dalam konteks rukun bernegara- principles of statehood- kualiti yang membezakan orang baik, ialah mendahulukan dan mementingkan kepentingan awam.    jika tidak ada kualiti ini, ciri2 keperibadian yang kita sebut diatas hanya berfaedah untuk diri sendiri. Tidak releven dalam membina system kerajaan. Kualitiperibadi mesti ada application.

Kita mesti berwaspada bila kita beri kuasa kepada individu. Kerana kita mesti takutkan kemungkinan dia menggunakan kuasa untuk kepentingan persendirian. Ambil dan sauk wang, mengayakan diri sendiri dan kaum keluarga.

Orang yang kita beri kuasa- menteri, ketua jabatan, pegawai kerajaan penjawat awam- apa tugas utama mereka? Ianya ialah mendahulukan kepentingan awam dan menundukkan kepentingan peribadi. Sebab kuasa yang diberi kalau dia mendahulukan kepentingan peribadi nya, itu bererti dia sudah korap.

Dalam bertata negara, good men ialah mereka yang mendahulukan kepentingan awam atau rakyat daripada kepentingan peribadi nya. Kuasa yang dia dapat ialah untuk dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat bukan untuk mengayakan dirinya.

Negara kita, Najib kata demokrasi. Pada mulanya begitulah. Sekarang negara kita diperintah oleh pemerintahan despotik. Yakni Najib mengangkat dirinya seperti maharaja, memerintah mengikut kehendaknya. Dia ada kuasa mutlak.

Rakyat- di bisu kan dan di tekan. Ini bercanggah dengan participatory democracy. Rakyat mesti ada suara menyekat korapsi kuasa seperti yang najib lakukan kepada system pemerintahan negara kita.

System pemerinthan negara kita , secara fakta nya sudah korap. Ini terjadi apabila kepentingan peribadi menenggelami kepentingan rayat.

Kepentingan rakyat umpamanya- mahukan keadilan. Apa Najib buat? Najib sekat keadilan dan proses mendapatkan keadilan. Apabila najib mahu dicaj oleh peguam negara, peguam negara dibuang. Apabila Muhyidin dan pemimpin UMNO menegur Najib, Najib buang mereka.

Demikian juga institusi yang menjaga kepentingan awam- polis, pejabat peguam negara, institusi kehakiman- semua  itu sekarang menjaga kepentingan Najib. Yakni instutusi ini dipimpin oleh orang yang tidak baik yang akan berusaha membersihkan Najib walaupun bukti bertan ada menunjukkan Najib telah menyebabkan pencurian duit rakyat.

Apabila system yang sepatutnya menjaga rakyat dari kebuasan kepentingan peribadi dibetinakan oleh Najib, maka sistem demokrasi kita sudah korap.

Individu seperti najib korap apabila dia menggunakan kuasa awam/public power untuk mengejar dan melindugi kepentingan persendirian. Menerima derma RM4 billion kedalam akaun sendiri ialah kepentingan peribadi.

Ia dilindungi oleh kuasa awam/public power pada jawatan PM yang digunakan oleh Najib untuk membetinakan institusi yang menyokong demokrasi.

Advertisements

One thought on “Orang jahat mengkorapsikan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s