apa kata, what if, harga ipo FGV RM4.55 was a rigged price?

Jika ya, ianya rigged price, ertinya, ramai orang- politisyen, pegawai felda, FGV, merchant bankers, pegawai SC telah buat bertan tan duit. Negara kita ini benar2 menjadi negara kleptocracy. Negara penyamun, oleh penyamun dan untuk penyamun.

korapsi boleh dilakukan oleh individu yang tidak pegang jawatan awam. yang tidak menentukan dasar awam pun boleh lakukan rasuah dan menjadi perasuah. dia boleh menggunakan peranan awam nya atau public role nya, untuk mendapatkan faedah persendirian.

seorang individu ada beberpa fungsi awam( public role). Seorang merchant banker yang meletakkan harga sesuatu saham- dia lakukan public role sebab harga saham dibeli orang orang awam. pegawai suruhanjaya sekuriti- badan meregulasi penerbitan saham, memainkan peranan awam juga. sebab harga yang diluluskan akan dilanggani oleh pembeli awam. penulisan dan percakapan umum yang mempengaruhi sentimen orang awam, juga adalah bersifat public role.

semua peranan individu yang terkesan kepada khalayak umum tapi membawa faedah dan keuntungan persendirian atau peribadi, ialah perbuatan rasuah. menggunakan fungsi public untuk mendapatkan faedah persendirian.

Mungkinkah harga RM4.55 ketika FGV disenaraikan dahulu, adalah harga palsu? Was it a rigged price? Saya katakan demikian, kerana harga pasaran saham FGV sejak beberapa tahun, berligar sekitar RM1.50.

Maka bagaimana boleh ditetapkan pada RM4.55? ini kerja merchant bank.  RM4.55 hanya taksiran subjektif dan bayangan sentiment keatas nilai saham FGV yang dirasakan dapat di terima. Tentulah ketika hendak letak harga RM4.55 pelbagai macam cock and bull story digemburkan untuk justify harga apungan RM4.55.

Tapi, kita boleh merasakan itu hanya harga yang rigged- mereka yang letakkan harga RM4.55 bukan melihat kepada nilai sebenar atau true value- mereka sebetulnya, melihat banyak mana killing yang mereka boleh buat dari pasaran saham. Berjuta pak pandir atau village fools diluar sana yang akan percaya the hype yang merchant bank cipta.

The IPO price is therefore most likely fraudulent. The margin made was also therefore fraudulent.  Who the hell proposed an IPO price of RM4.55? kalau market error campur-tolak 10% kita boleh terima. Ertinya, harga pasaran sepatutnya antara RM4.10 dan RM5.01.

harga hari ini kekal sekitar RM1.55. 34% lari dari harga apungan?

bagaimana mereka menjustifikasi harga RM4.55? Adakah badan regulasi penyenaraian dapat rasuah? Apa kata kamu SC?

Jika fraud dari awal, ada lebihan( 4.55-1.50=)  RM3 satu share. Jumlah saham yang ditawarkan ialah 2.1889 billion shares. Bererti  ada orang buat untung secara fraudulent , sebanyak RM6.57 billion.

Bererti , para pembaca yang budiman, ada sekumpulan orang- boleh jadi termasuk politisyen, pegawai tinggi felda, FGV dan merchant bank,  penganalisa kewangan  dan suruhanjaya sekuriti, yang merestui harga apungan RM4.55, berkongsi laba fraudulent sebanyak RM6.57 billion. Semua mereka adalah perasuah.

Kalau ada 10 orang, setiap orang buat RM657 juta. Yang pasti setiap mereka yang terlibat mendapat ratusan juta ringgit seorang. Itu bermakna, satu kumpulan orang telah buat duit bila mencadangkan harga RM4.55. Some people made tons of money.

Kita mesti dapatkan senarai kesemua orang yang terlibat dalam meletakkan harga semasa penyenaraian  untuk menyiasat sama ada mereka perasuah.

Para peneroka felda yang 112,000 itu hanya dapat label haramjadah sahaja dan bertengkar dalam kedai kopi dekat selekoh sana, macam mana hendak tulis RM2.6 juta. Orang buat duit ratusan juta, kamu tersengeh pegang kote dan menjerit hidup Najib!

Bagaimana hendak tutup lubang sebelum orang lain ambil alih kerajaan? Dengan menjual FGV, lock stock and barrel, kepada pihak ketiga. Serupa strateji bagaimana kesemua bisness 1MDB dipindahkan kepada Kementerian kewangan.

Katalah sekarang, FGV buat keputusan menjual semua share yang  sebanyak 3.65billion units itu. Yakni yang tidak dijual campur jumlah outstanding. Semasa apungan harga seunit ialah RM4.55.  katalah harga yang dicadangkan ialah RM3,  yakni harga saham di pasaran terkini x  premium 2x ganda. Jumlah harga kesemua saham FGV, yang perlu dibayar ialah RM3 x 3.65bn=RM10.95 billion.

Jadi, bakal pembeli yang ada duit lebih- RM11 bilion paling minima, bolehlah beli kesemua saham itu, yakni beli FGV secara total, dan boleh membawa FGV sebagai syarikat persendiran kemudian harinya. Kalau sudah syarikat private, tidak ada orang boleh busybody hendak tahu apa berlaku dalam rumah.

Kita bosan dengan naratif dan alasan cock and bull mengenai sebab2 saham FGV tidak mahu merentasi RM1.50 seunit. Jumlah saham yang ada dalam FGV ialah 3.65 billion share. Makna nya, market capitalisation FGV hari ini ialah RM5.48 billion sahaja.

Macam mana harga pasaran sudah konsisten beberapa tahun setakat RM1.50 walhal ketika apungan, harga seunit share RM4.55? bagaimana harga mencapai harga RM4.55?

Secara 20/20 hindsight, harga RM4.55 tidak munasabah, kecuali terdapat collusion antara FGV dengan para penganalisa pelaburan dan kewangan. Disebalik semua ini ialah merchant bank yang melakukan pengapungan. Mungkinkah harga apungan RM4.55 adalah suatu harga yang rigged?

Jika ia nya harga rigged, ada terdapat sekumpulan orang yang mungkin tidak pernah menjejak kaki ke rancangan felda seperti  merchant bankers dan sebagainya yang korap- yakni menggunakan jawatan mereka yang ada public effect, untuk memperolehi kepentingan dan faedah private atau persendirian.

Kita mesti siasat merchant bank yang menasihati harga RM4.55. sebab keadaan pasaran setelah apungan, tidak pernah pun menghala atau trending kepada harga RM4.55. ramai perasuah dalam merchant bank.

Untuk masa ini, sesiapa yang ada wang, maka dia boleh beli  FGV dengan harga RM5.48 billion minima. Tapi tentulah ada premium kalau sesiapa hendak beli. Premium ini mesti ditentukan oleh badan yang berkecuali seperti SC.

Berapa harga munasabh, sekali lagi bergantung kepada berapa banyak suapan yang hendak diberi kepada kumpulan yang serupa. Nampaknya, , para penyamun akan buat wang ratusan juta untuk round ke 2.

Malaysia ini penuh dengan perasuah rupa nya.

Advertisements

3 thoughts on “apa kata, what if, harga ipo FGV RM4.55 was a rigged price?

  1. jumlah syer th ialah 284.183 juta.(7.79%) ketika harga nya RM4.55 nilai syer th ialah RM1.293 billion. sekarang harga +/- rm 1.50. nilai sekarang ialah RM0.426 bilion. jadi rugi atas kertas sekitar RM870 juta.

    Like

  2. Perkiraan blogger Parit Haji Dorani yg Tabung Haji rugi atas kertas sekitar RM 870 juta, gue rasa adalah dlm ringgit yg kekal nilai tahun 2012 atau masa ‘apungan’. Nilai ringgit masakini jauh lebih rendah, mungkin merudum nilainya 25 %. Dlm nilai semasa RM 4.55 sesyer pd masa apungan mungkin bernilai RM 5.70 sesyer, justeru rugi atas kertas boleh melepasi RM 1 bilion.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s