pendakwaan oleh kerajaan yang buas lagi kejam.

Agaknya UMNO ada death wish sendiri. Mereka berlagak macam minum daun ketum, hilang pertimbangan, membaca berlebihan mengenai kemenangan mereka dalam 2 PRK baru2 ini. Mungkin UMNO over-optimistic. Maka Najib pun bersabda, Idi Amin Malaysia lebih popular.

Kemenangan itu seolah olah memberi keyakinan kepada Najib bahawa dia berkuasa dan kebal. Ianya dianggap isyarat dia boleh lakukan apa sahaja dan rakyat yang dirasuah dengan pemberian wang, BR1M, bantuan kebajikan, bonus peneroka, dan bonus lain akan menyokong nya.

Ekoran dari keangkuhan ini, dia pun order peguam negara untuk mendakwa Lim Guan Eng atas tuduhan rasuah. Yang pertama kerana menukar syarat tanah dari pertanian kepada perumahan  dan kedua, kerana membeli rumah dengan harga rendah dari harga pasaran. Seolah2 harga pasaran itu ditetapkan terlebih dahulu oleh kerajaan.

Menteri Besar UMNO melakukan perkara pertama, yakni menukar syarat,  hari hari. Tapi oleh kerana dia kerajaan, maka tidak ada kesalahan.

Apa kesan pendakwaan ini? Ia menyebab ramai pemimpin BN mengeluarkan kenyataan sombong.

Rahman Dahalan bersuara macam orang kampung. Kalau kita dikampung, polis datang bawa kita ke balai, orang kampung akan cepat mentelaah nya sebagai yang dibawa ke balai itu, sudah bersalah. Walhal, mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya tapi tabiat orang Melayu dikampung demikianlah. Mereka sudah menganggap yang dibawa kebalai sudah bersalah.

Rahman Dahalan pun macam orang kampung itulah jua. Bila Lim Guan Eng dihadapkan ke mahakamah untuk mendengar pertuduhan, dia terus mebuat rumusan bahawa Lim Guan Eng sudah bersalah.

Tapi mungkin dia sudah tahu hasil perbicaraan mahkamah ini. Ia mengesahkan institusi kepeguaman kerajaan dan keadilan sudah dalam genggaman kerajaan Najib. Itu yang dibuat oleh diktator macam Idi Amin.

Liow Tiong Lai pula berkata, dunia memandang kamu wahai Guan Eng. Ternyata kenyataan ini kenyataan yang bodoh dan membelakang reality dunia. Tiong Lai hidup dalam dunia angan2 agaknya.

Orang dan dunia sedang menyaksikan bagaimana institusi undang2 di perkudakan oleh kerajaan Najib untuk menganiayai mereka yang bangkang dan menentang pentadbiran nya.

Dengan berkata demikian jelaslah Liow Tiong Lai ini hanya anjing larian najib, menyalak bila disuruh salak.

Dengan pendakwaan ini, dengan serta merta Lim Guan Eng jadi wira. Pendakwaan ini dlihat oleh masyarakat cina sebagai penganiayaan oleh kerajaan melayu keatas orang cina. Orang Cina akan merasakan, mereka tidak akan dapat keadilan dari kerajaan Melayu UMNO. Selama ini, itulah yang diinginkan oleh kaum cina. Diperlakukan dengan adil dan saksama.Mereka tidak minta jadi PM sebab mereka sedar realiti. Mereka mahu ada ruang yang adil dan saksama. Rampas itu, sama seperti merampas udara yang beri  nafas kepada kaum Cina.

Penyokong2 MCA dan Gerakan akan melihat demikianlah. Yang enggan melihat demikian hanya pemimpin dari parti2 tersebut. Orang Cina akan melihat parti2 itu sebagai pembelot kepada bangsa Cina.

Reaksi serta merta ialah menaikkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan Najib.

Serta merta jua, orang cina akan merenggangkan diri dari kebaculan MCA dan Gerakan. Mereka akan dilihat sebagai accomplice kepada kerajaan yang zalim.

Kes ini akan berlarutan mungkin sampai ke PRU ke-14. Sementara itu, sentiment perkaumaan akan terus bernyala. UMNO telah memberi percikan api yang memulakan kebakaran pada padang ragut luas terbentang. Kepada setiap aksi, terdapat reaksi.

Pendakwaan Guan Eng melakukan irreversible damage kepada UMNO ketika Najib sendiri berdiam diri dan berbengkok bengkok mempertahankan diri dari keyakinan rakyat bahawa najib sendiri terlibat dalam skendal penyonglapan wang dan perbuatan rasuah terbesar. Kerajaan Najib seperti dakwaan Rahman Dahalan dan Tiong Lai mahukan keadilan- tapi menghalang dan menyekat apabila keadilan dituntut keatas Najib.

UMNO akan menuai apa yang ia semai. Penganiayaan, kezaliman, penindasan akan menyebabkan kebencian bukan sahaja masyarakat cina tapi semua masyarakat Malaysia.

Kita ada sebuah kerajaan yang membuli rakyat. Masa depan rakyat diancam oleh kerajaan yang buas.Semua rakyat tidak selamat dari kebuasan kerajaan Najib. Terutama bila semua institusi penyokong demokrasi dibetinakan oleh Najib.

Advertisements

2 thoughts on “pendakwaan oleh kerajaan yang buas lagi kejam.

  1. Assalamualaikum dan salam akhir Ramadhan.
    Dari apa yang saudara perkatakan, jelas bahawa mereka merasakan bahawa mereka berkuasa bolih buat apa saja, menyenang dan menyusahkan sesiapa saja.
    Tetapi mereka lupa bahawa, di atas mereka ada kuasa yang lebih AGONG. Yang bolih bukan saja menyusahkan tapi bolih melenyapkan terus dari bumiNYA ini bila2 saja.
    Berkat hujung Ramadhan ini mari lah kita beramai ramai memanjangkan doa kita supa mereka ini diberi sedikit ujian sebagai balasan diatas kerja kerja mereka yang telah melampaui batas.
    Ingatlah bahawa ALLAH tidak menyukai orang2 yang melampaui batas.

    Wassalam.

    Like

  2. Ada baik nya kalau Tn Blog kaji betulke ada “swing” pengundi China untuk menyokong BN dlm PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Jika benar, adakah mereka sedar apa yg berlaku pada Guan Eng, sebahagiannya mungkin natijah tindakkan mereka sendiri…?

    Namun, dari tindak tanduk pemerintah yg mau menekan lagi pimpinan parti yg ditonjolkan sebagai parti China sebaliknya boleh mencetuskan lagi sentimen perkauman selepas berbulan bulan memainkan kata2 seperti DAPigs, tuduhan mau memperkuda parti Amanah untuk merampas kuasa, isu kafir harbi dan sebagainya. Deretan aksi2 ini mungkin menunjukkan dendam yg tak kunjung padam pd komuniti minoriti terbesar ini, dan peranan mereka kini boleh ‘dipersetankan’ atau sudah di “write-off”. Lebih2 lagi parti pemerintah juga kini bagai mau tunjuk kelunakkan terhadap PAS yg terbukti telah bersedia untuk ‘memecah’ undi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s