Genggam bara api…

genggam bara api

Teman haghap Dato Husni Hanazliah faham bebenor gambor diatas.

Berita yang paling mengejutkan, bila Dato Najib istihar cabinet reshuffle ialah perletakan jawatan Husni Hanazliah. Husni dahulu merupakan orang kepercayaan Najib. Dia selalu melakukan special assignment untuk Najib.

Bila dia letak jawatan- kesemua sekali termasuk ketua bahagian, bendahari UMNO, tentulah ada yang tidak kena.

Saya bukanlah harbinger of bad news- ahli parlimen Taiping Ngar Ko Meng tabik kepada Husni kerana insaf akan perbuatan keji. Sebab2 sebenar Husni berhenti adalah tidak semurni yang Ngar Ko Meng fikirkan.  Dia berhenti sebab rasa terhina turun pangkat setelah sekian lama menongkat telur najib dan brown nosing Najib. Habis muka nya warna cokelat terpalit dengan tahi Najib.

Husni kecik hati kerana Najib tidak kenang budi.

Tapi itulah perangai Najib sebetulnya- dia bukan ada kawan.  Yang dia ada ialah anjing ribaan yang akan menjilat nya. Dia memerlukan pak sontoloyo yang setia mengalahkan kesetiaan hang tuah.

Kita dengar , seorang lagi menteri yang sepatutnya digugurkan ialah chief Nazri Aziz. Najib marah sebab chief tidak turun ke kuala kangsar bantu mastura. Chief hendakkan kawan nya jadi calun. Satu pertengkaran lidah berlaku dan jerit menjerit.  Antara anjing2 ribaan, chief ialah Rottweiler. Selakan salakan nya kuat, gigitan nya serupa. Akhirnya, mungkin Najib diingatkan sesuatu oleh chief, tak jadi najib hendak buang Nazri.

Husni lain. Dia tahu banyak rahsia tapi dia watak lembut. Habis kuat dia marah, merajuk dan berkecik hati dan tawarkan diri berhenti. Najib kata  ikut suka hati you lah.

Kita mesti jelas dan nyata dalam hal ini. Husni sebahagian dari kleptocracy yang di pimpin oleh Najib si autocratic itu. Dia pun himpun dan bantai duit banyak. Dia bukan berhenti sebab tiba2 suara hati kecil dia kata- cukuplah buat salah laku. berhentilah. Dia berhenti kerana dia rasa terhina kena turun pangkat. Itu sahaja.

Kalau dia ada conscience, sudah lama dia berhenti. Yang lain tidak berhenti bukan sebab tidak ada conscience, tapi mereka bersikap indifferent atau ketidakacuhan. Dan mereka suka akan jawatan dan kelumayanan yang datang dengan jawatan2 tersebut.  Kalau gaji RM100,000 sebulan, bukan senang hendak turun pangkat dan bergaji RM20 ribu sebulan, tidakk ada driver, rumah kena bayar, isteri dan girlfriend kena  maintain. Susah woh!

Apa yang budak2 UMNO blackshirts akan buat? Seperti diduga, mereka akan menghitamkan perwatakan Husni. Mereka akan tuduh Husni pembelot dalam diam,  api dalam sekam.

Seorang dalam pejabat PM akan memberi beberapa misinformation kepada penulis upahan yang bersuaka di England untuk buat fitnah. Anak raja yang tak guna sesen itu, yang sebetul nya pelarian dari undang dan kerana itu dia seorang penjenayah, akan merekacipta cerita dari imajinasi jahat nya. Anak raja kan?

Tapi kita tahu selama ini, yang menjunjung telur Najib ialah husni. Husni tahu Najib yang curi duit dari 1MDB. Plan mereka, ialah jika 1MDB berjaya di IPO-kan, semua pencurian yang dilakukan oleh Jho Low, Tarek Obaid, Najib sendiri, dan kemudian nya oleh al badawy dan Khadem al Qubaisi dan lain2 akan ditutup. Tapi usaha jahat tidak diberkati Allah. Mereka merancang tapi Allah perancang yang lagi hebat.

dari awal lagi, Husni sedar the gameplan, he went along, because he makes hay while the Embezzler-in-chief’s sun shines.

Dalam parlimen, Husni kena jawab duit yang di-redeem dari Cayman Islands adalah dalam bentuk tunai. USD 2.3 billion. Separuh dari tunai itu digunakan untuk membayar obligasi tanggungan kewangan yang lain. ye atau tidak, kita tak tahu. besar kemungkinan, ia nya auta si Najib. Separuh lagi, sekitar USD1.1 billion ada dalam bank BSI Singapura.

Apabila terbongkar tidak ada tunai, Husni lah yang menipu bagi pihak lanun Bugis, bahawa yang ada dalam bank BSI ialah units. Unit apa kita tidak tahu dan tidak akan kita tahu sebab dengan bank2 nya sudah lingkup.

Selama ini, sejak 2009, Husni menipu bagi pihak Najib. Dia tutup lubang Najib. Dia cuci tahi yang najib tinggalkan.

Sekarang, Najib akan mengarahkan lasykar2 upahan nya, anjing2 buruan nya, men-discredit Husni.  Mulai sekarang, Husni adalah petualang bangsa.

Kalau Husni ada telur , dan minum ayor dari sungai yang Pa’andak Endot dan Dato Sri Mahararaja lela mandi dan Husni ada darah Megat Terawis, dia tidak gentar ugutan si lanun Bugis. Pahlawan Peghak yop, kalau genggam bara, biar sampai jadi debu arang, bior putih tulang, jangan putih mata.

Yang suka makan nasi wenge wenge di bandar Ipoh ialah teman yop, pak pandir kampung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s