Kafir Har-B lwn Kapur 4.2B!

Majlis  fatwa kebangsaan, wajib mengeluarkan fatwa- kalau orang bising, boleh kemudian kata hanya pandangan. Majlis Fatwa Kebangsaan yang sebenarnya, beralamat di Pejabat Pedana Menteri. Fatwa yang dikehendaki- apa status kapur 4.2-bi?

kawan kawan, comrades, sahabat, ya akhi.

Harga ikan kembong di pasar ialah RM16 sekilo. Kalau orang Melayu beli nya pada harga RM13 sekilo setelah mendapat diskaun, mereka perasuah. Sebab membeli ikan kembong bawah harga pasaran.

Kalau kangkung kita beli pada RM1 sedangkan harga pasaran sekilo ialah RM2.80 dan kemudian , kita beli ayam seekor RM6 berbanding dengan harga pasaran RM12, kita rasuah.

Hari2 orang Meayu berasuah. Sebab sudah ada  dalam DNA kita, kita bangsa yang rasuah.Kita undi untuk mendapatkan habuan persendirian. Kita tidak peduli apa jadi kepda anak dan cucu kita. sebab kita kata ulat dalam batu pun boleh makan. ertinya Melayu lebih rela jadu ulat. Mengapa mahu jadi ulat?

Harga pasaran ditetapkan oleh kerajaan manakala  harga2 yang kita beli setelah tawar menawar ialah  harga rasuah.Rupa2 nya harga pasaran bukan direntukan oleh tawar menawar, tapi oleh suatu kumpulan shadowy atau kelibatan yang menetukan harga.

Inilah  definisi harga pasaran kerajaan Najib. Sebab itu harga rumah yang Lim Guan Eng beli setelah tawar menawar RM2.8 juta bukan harga pasaran. Harga pasaran kerajaan Najib yang tentukan.

Najib tuduh DAP dan mereka yang ‘menentang’ keIslaman mereka sebagai kafir harbi. Najib pun dari jenis suatu variant dari kafir harbi. Dia dari kelopok bangsa Kapur 4.2B wa 1mdB.

Jadi sekarang kita ada  pertembungaan 2 bi- kafir harbi dan kapur 4.2bi.

Dalam parlimen mengikut lapuran akhbar yang dikontrol oleh UMNO, Menteri kewangan 2 sekarang- ( I don’t need Chinese support) berkata-. Masaalah 1mdb ialah ianya wrong business model.

he is wrong about the wrong business model.

Itu suatu pembohongan terbesar dan understatement yang teruk sekali. Ianya ialah correct business model untuk sipenyamun dan perasuah. Menggunakan status penguasa awam untuk mendapatkan faedah persendirian.

Apabila semua yang terlibat dalam 1MDB berperanan seperti apa yang mereka jalankan, mereka berperanaan seperti penguasa awam. they play a public role yang sepatutnya mempunyai objektif ialah mendapatkan faedah untuk orang awam.

Tapi mereka korap, rasuah. mereka gunakan peranan public untuk mendapat wang secara haram untuk guna sendiri.

1MDB itu sendiri milik kerajaan. Wang pemula diambil dari kementerian kewangan, suatu insitusi awam. RM1 juta, pemegang saham nya 100% kementerian kewangan.

1MDB  kemudian diguna untuk menyedut wang dari orang awam untuk masuk kedalam kantong sendiri.

Bila 1MDB diberi wang  RM5 billion melalui penerbitan bond/sukuk/atau surat2 seberhutang lain, mereka berfungsi sebagai pihak penguausa awam yang bertanggung jawab kepada kepentngan awam. Fungsi utama mereka yang berkapasiti penguasa awam ialah mendahulukan kepentingan dan faedah awam daripada kepentingan dan faedah persendirian.

Tapi mereka golongan kapur 4.2B! lebih teruk dari kafir har-B

Apabila  shahrol azral, seorang pegawai yang berperanan dalam kapasiti penguasa awam, menukar bank penerima untuk USD1 billion pertama, dia melakukan rasuah. Sebab penukaran dari bank yang ditetapkan oleh bank negara kepada bank pilihan sendiri ialah untuk tujuan faedah persendirian.

Apa faedah persendirian nya kita kena siasat apa dia setuju dengan tarek obdai dan jho low dan Najib kapur 4.2b wa 1MDB. Inilah golongan kapur ber-B.

Kemudian,  apabila dia salurkan wang sebanyak USD 700 juta kedalam akaun Good Star Ltd , milik Jho Low, dia melakukan rasuah sekali lagi. Apa rasuah terperinci, kita kena siasat perjanjian persendirian antara jho Low dan Shahrol Azral dan Najib Kapur 4.2B.

Jadi, berlawanan dengan wrong business model, ianya right business model untuk  menyamun dan rasuah.

Pegawai yang mewakili 1mDB semua perasuah apabila berpakat melakukan JV dengan sebuah syarikat yang bukan sahaja tidak ada duit, malah tidak ada assets yang mereka mengaku ada. Iaitu telaga minyak yang bertaburan didunia. Semua tidak ada.

Shahrol azral sebagai CEO 1MB gagal melakukan perincian yang perlu untuk mensahihkan 1MDB sebagai apa yang mereka mengaku. Ianya sebuah syarikat kosong yang di kendalikan oleh tarek obaid , Jho low dan kunco2 nya.

Perasuah dari pihak 1MDB ialah shahrol azral, casey tang, jasmine loo, sesiapa warga Malaysia yang terlibat dalam 1MDB. Jho Low , tentulah.

Semua mereka ini perasuah apabila akhirnya menyebabkan USD1.83B hilang lesap dari 1MDB. USD800 juta dan USS1.03b kepda tarek Obaid dan Jho Low masing2. Wang yang dilabur oleh tarek Obeid dan dicuri oleh JHo Low, adalah wang rakyat. Mereka gunakan 1MDB yang berperanan  pablik, untuk mendapatkan feadah persendirian. They acted in the capacity as public officials of a public company to secure private interest. Kemduan duit rasuah ini, mereka gunakan untuk mendanai perbelanjaan keluarga2  mereka. rasuah.

iMDB ialah correct business model untuk penyamun dan lanun. Ianya right business model untuk seorang kapur 4.2b.

sekali lagi rasuah dilakukan apabila 1MDB yang sudahlah ditipu oleh pak arab dan jho low kali pertama, bersetuju pila wang yang diambil dan dicuri oleh jho low dan tarek obaid ditukar kepada hutang. Hutang Islamik pula nya. Adakah penukaran kepada hutang didapati dengan cara yang korap? pihak 1MDB yang bersetuju wang tunai jadi hutang- adakah mereka disogok?

Setelah suhu politik terlalu panas, JV ditamatkan, hutang tersebut ditukar kepada saham dalam satu syarikat cari gali PSOL. Nilai saham diletakkan pada harga USD2.2B. maka bergegak gempita lah ketua lanun 1MDB kata, kita dapat untung.

Kemudian, saham tersebut dijual pula kepada satu syarikat bridge partners. Dapat harga USD2.3B tapi tidak dibayar dalam bentuk tunai; Ianya dalam bentuk nota2 janji sibehutang.  Hanya kertas yang membawa nilai USD2.3 B.

kertas nilai USD2.3B diletak dalam syarikat milik 1MDB iaitu Brazen Sky. Brazen sky pula melabur USD2.3B ini kedalam syarikat pengerusan dana yang dimilik oleh Bridge Partners juga.

Lihat bagaimana pantas nya lanun dan penyamun bergerak.

Apablla rakyat desak kembalikan USD2.3B, kerajaan Najib konon nya membawa pulang USD2.3b kedalam akaun bank BSI di Singapura. Najib istiharkan separuh dari wang tersebut telah digunakan untuk menyelesaikan beberapa hutang 1MDB. Separuh lagi, seperti dia sebut dalam parlimen, adalah dalam bentuk tunai dalam BSI Singapura.

Semua pembohongan oleh kaki rasuah si kapur 4.2Bi ,sangat mudah disahihkan. Kemasukan USD2.3b mesti direkodkan oleh pihak berkuasa dan regulator keluar masuk wang Singapura.

Kita hanya perlu Singapura mengesahkan- adakah pada tarikh2 tertentu, sejumlah wang USD2.3Bi masuk kedalam Singapura. Dan adakah pada tarikh2 tertentu, sebanyak USD1.1 billion keluar oleh Brazen Sky, untuk membayar pihak2 tertentu. Bukan sahaja rekod sebanyak USD1.1 billion keluar, malah rekod mengenai penerima  bayaran mesti ada.

Sekali lagi Najib kapur4.2b bohong kepada rakyat Malaysia, apabila wang tunai yang konon ada dalam simpanan Brazen Sky di BSI bank bukanlah tunai tapi dalam bentuk units. Unit apa kita tidak tahu.

Inilah cerita kapur 4.2-B yang telah menyamun duit rakayat sebanyak USD2.3B. RM9.2B lesap.

Ianya business model yang betul untuk si Kapur 4.2Bi.

 Jadi mana lebih dasyat- kafir harB atau Kapur 4.2B?

Advertisements

One thought on “Kafir Har-B lwn Kapur 4.2B!

  1. Dlm naratif Tuan yg agak panjang, mungkin tuan terlepas pandang peranan Peguam Negara yg baru, dan Hassan Arifin, pengerusi jawatakuasa Parlimen untuk siasatan 1MDB.
    Kehadiran sendiri, kepala peguam baru yg dgn mudah ‘membersih’kan pemain utama dlm skandal negara, juga memfokus dgn lebih sengit akan fenomena pendakwaan ‘berpilih’. Malah lebih mengeliru berbanding kehadiran Ketua Eksekutif 1MDB semasa PRK Sg Besar.
    Hassan Ariffin pula dituduh cuba menidakkan hubungan Jho Low dgn
    1MDB. Hasan ini adalah ‘pengganti’ pd orang yg mati cara yg memilukan. Namun kejadian itu nampaknya tidak memberi pengajaran.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s