Derma rakyat lwn derma Pak Arab

Kita lihat bagaimana isiu derma dari rakyat kepada Lim Guan Eng di putarbelikan. Yakni, derma lebih dari RM1 juta yang masuk dalam akaun DAP dalam masa 21 jam.

Bagaimana kita membaca derma tersebut? Dan bandingkan dengan derma Pak Arab untuk lawan ISIS, untuk membetulkan aqidah ahlus sunnah wal jemaah?

Derma itu menghantar gema seram ke tulang belakang UMNO. Kecuali mereka buta dan bodoh tidak melihat dan menterjemah aksi spontan dari rakyat.

Guang Eng jadi hero dalam sekelip mata. Kalau UMNO jel dia, dia jadi wira, kalau dia bebas dari pertuduhan, dia jadi wira juga. Kerajaan UMNO janganlah munafik mengenai perkara ini. Bukannya keadilan yang mereka mahu, tapi penganiayaan yang mereka lakukan.

Guan Eng mesti dibuang tidak kira apa kos nya. Mustahil Peguam Negara mahu kalah dalam kes pertama nya, setelah dilantik sebagai AG. Mereka akan cari kesalahan teknikal untuk hantar Guang Eng kedalam jel. Apalagi pada waktu ini, mencari hakim yang bertelur amat sukar.

Mesyin atm dibanyak cawangan Malayan Banking hari itu jem- kerana ramai orang mahu guna atm masukkan wang. Majority penderma ialah Cina seperti diduga, tetapi termasuk juga India dan- dengar sini, Melayu. Masih ada Melayu yang berprinsip dan tidak befikiran seperti Nazi- ketua aku, salah atau benar.

Reaksi pemimpin UMNO ialah menggambarkan dema itu salah. Pelbagai cara digunakan; Sepatutnya Guan Eng guna duit sendiri. Jangan menyusahkan rakyat. DAP suka cari pablisiti. Macam2 cara.

Rakyat memilih melakukan secara suka dan rela. Sama ada betul atau tidak, bukan kita yang mengadili pilihan mereka. UMNO memilih untuk melihat perbuatan tersebut dari sudut anti DAP mereka. Sikap mereka kata orang putih ialah sikap self-righteous dan sanctimonious. Tiba2 mereka berlagak suci, bersih dan tidak berdosa dan menyatakan, rakyat yang dermawan tidak betul. Kuman seberang lautan nampak, bangkai gajah yang busuk depan mata tak nampak.

Orang cina bertanya, bagaimana derma RM2.6 billion dari pak arab dan pengaliran wang RM42 juta kedalam akaun Najib? Kenapa tidak ribut mengenai perkara tersebut?

Betul atau tidak, masyarakat Cina bertanya- derma kepada orang Melayu boleh, derma kepada orang Cina tidak boleh?

Penukaran syarat tanah dlakukan oleh MB2 UMNO setiap hari. Gerenti lulus. adakah itu rasuah?

kes  mengenai Magnificent Emblem, penukaran syarat tidak berjaya. Bagaimana buat charge ini lekat? Peguam UMNO akan lihat kepada sama ada prosidiur diikuti atau tidak. Mereka akan teliti dengan betul. Tujuan mereka, walau bagaimanapun, Guang Eng mesti dijadikan jiran Anwar Ibrahim.

Wang dari SRC bukan derma pun. Tapi perkara itu didiamkan. Wang itu dimasukkan kedalam akaun najib secara haram- dan najib tidak memulangkan duit tersebut. Dia cakap dia tidak tahu bagaimana wang SRC itu masuk. Soalan nya, apabila dia tahu, adakah dia sudah pulangkan duit tersebut? Jika dia terima, erti nya dia sudah melakukan rasuah.

Atau orang Melayu tidak sensitive kepada rasuah. Rasuah- memberi dan menerima itu adakah keperangaian kedua bangsa melayu? Rasuah tidak lihat sebagai perbuatan haram- ia sebahagian dari budaya menerima dan memberi.

Sekali lagi, sudahkah Najib mengembalikan wang RM42 juta itu? Itu duit rakyat tau- bukan diderma oleh orang ramai tapi dimasukkan oleh dua pegawai melayu yang korap iaiatu Nik Faisal Arif dan Dato Subuh. Mana 2 orang ini? Jika mereka boleh guna wang SRC sedemikian rupa, tentu mereka boleh pakai duit SRC untuk faedah sedniri.

Derma spontan kepada Lim Guan Eng sebetunya, memucat-lesikan muka orang UMNO dan sahabat nya MCA dan gerakan. Rupa2 nya, gelombang kembali nya orang Cina kepangkuan BN, adalah hanya hujan sebentar ketas bumi yang panas. Hujan itu segera evaporate jadi awan.

Tanyalah mana2 Cina pun, mereka akan kata, this is an injustice on the whole Chinese race in Malaysia.

Yang menakutkan UMNO ialah fakta bahawa sokongan kepada Lim Guan Eng tidak pudar. Mereka melihat tindakan undang2 yang diambil keatas Guan Eng adalah pengniayaan kerajaan Melayu kepada bangsa Cina. Persepsi ini akan tersemai dalam hati kaum Cina. Yang enggan menerima kenyataan ini mungkin Ti Lian Ker dan Ridhuan Tee sahaja.

Selanjutnya, ianya akan mengujudkan keresahan dikalangan semua kaum Cina bahawa mereka tidak akan dapat keadilan dari kerajaan Najib. Najib sudah menunjukkan rasime nya yang sebenar.

Caj yang dibentangkan amat rapuh. Penukaran syarat tanah ini kerja hari2 MB UMNO disemua negeri. Dan kadang2 tidak ikut prosidiur pun. Pembelian banglo oleh Guan Eng adalah ikut harga pasaran iaitu bila berlaku tawar menawar. Harga pasaran bukan ditetapkan oleh kerajaan. Tapi oleh proses tawar menawar, permintaan dan tawaran.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s