Orang Melayu dan Dr Mahathir.

Pada pandangan saya( yang boleh diperdebatkan) orang Melayu mesti ada perangai2 ini jika mereka hendak maju. Apakah dianya?

  1. Pertama mesti ada semangat menyoal. Inquisitive spirit. Cabar kesahihan yang tersedia ada. Jangan terima bulat2. Cabar segala pandangan, cabar segala proposisi, cabar segala kesahihan penceritaan. Yakinkan kita. Proses mencari jawapan, menjadikan kita lebih berani dan matang, tidak terikat dengan amalan kebiasaan.
  2. Kedua, orang Melayu mesti ada jatidiri atau keyakinan diri. Dengan mengasuh diri kita mempunyai kemahiran2 atau skills. Pelajaran, latihan, kemahiran hidup yang lain. Barulah kita mendapat apa yang kita usahakan dengan sendiri. Lihat al Quran 53:39-40. Manusia mendapat setakat apa yang diusahakan.  Kerja banyak dapat banyak. Kerja sedikit dapat sedikit.

Mengapa saya mula dengan kenyataan yang bersifat sangat umum ini? Kerana saya rasakan, jika orang Melayu ada 2 ciri diatas, mereka jadi bangsa yang robust. Yang menyedihkan kita, ramai dikalangan kita sudah dibetinakan oleh Najb dan konco2 nya.Sebab mereka jadi demikian, ialah kerana majoriti orang Melayu sudah hilang dua ramuan kehidupan diatas.

Namun, kita bersyukur masih ada jumlah yang masih berjiwa merdeka. Melayu yang ada dua ciri diatas, tidak akan termakan propaganda dari kem Najib. Melayu jenis diatas, ada jiwa yang merdeka. Mereka lah yang kita harapkan akan berjuang untuk amar makruf dan nahi mungkar.

Yang sedihnya, ramai kita Melayu, seperti dicucuk hidung. Mereka menerima bulat2 tanpa soal, naratif kerajaan tentang Dr Mahathir. Mahathir komplot dengan Cina Lim Kit Siang. Mahathir belot bangsa Melayu. Mahathir itu dan Mahathir ini. Mahathir sudah nyanyuk. Mahathir has lot his marbles.

Kita tahu UMNO mempunyai penulis upahan yang bermastautin di Manchester England. Kerja nya tiada lain- memfitnah dan mencari rasional ‘menerangkan’ mengapa UMNO buat itu dan ini. Paling mutakhir , dia beri sebab2 ‘sebenar’ Shafie Apdal letak jawatan. Dia diupah, maka dia tulis apa yang pengupah mahukan.

Mengenai Mahathir, dia mencerca Dr Mahathir dengan bekalan maklumat dari kem Najib. Ketrampilan nya seorang yang berfikiran liberal, tapi bila Mahathir sepentas dengan Lim Kit Siang, sikap perkauman nya menyerlah.

Walhal, bila Dr Mahathir bersama dengan Lim Kit Siang itu tidak boleh dibaca sebagai mengkhianati bangsa Melayu. Ada sesiapa yang boleh mengesahkan bahawa Dr Mahathir hilang pedoman perjuangan nya bila bersampingan dengan Lim Kit Siang? Mahathir menghabiskan masa sepanjang hayat memperjuangkan kepentingan Melayu, mustahil sekelip mata, hilang itu semua, semata mata berdiri bersebelahan Kit Siang?

Bodoh kah kita orang Melayu? Penulis upahan di Manchester dan penulis2 prepaid yang lain, anggap kita orang Melayu bodoh.

kita tidak bodoh.

Kita tahu, yang mengkhianati bangsa Melayu ialah mereka yang berkawan dengan Jho Low. Dan jika kita lihat senarai lembaga pengarah yang sehingga bulan November 2015, masih memperkakui dan meluluskan  bayaran USD1.15 billion kepda Abar BVI( syarikat palsu), maka yang membeloti negara terdiri dari pelbagai bangsa. Mereka inilah petualang negara.

Polis patut tangkap mereka kerana membenarkan pencurian wang. Mereka ini semua korap dan rasuah.

Walhal, sepanjang hidup nya, Dr Mahathir ialah Malay firster-mendahulukan orang Melayu. Kita boleh cakap banyak hal mengenai keburukan Mahathir; tapi bagaimana pula jasa nya kepada bangsa Melayu itu sendiri dan negara? Mungkin Mahathir membazir banyak billion, tapi kesan pembaziran kita dapat lihat.

Rakyat boleh naik proton, boleh menikmati klcc, klia, lrt, Putrajaya dan lain2. Dalam zaman Najib, felda lingkup, petronas diambang bahaya, ladang ternakan musnah, ladang pertanian hancur, kita ada 1mdb- wang lesap dan dicuri berbilion bilion. Harta negara dijual kepada bangsa asing.

Tapi pencapaain Najib jenis itulah yang dibanggakan Melayu. Dan bulan hadapan, akibat bekas tangan Najib, Malaysia mesti bayar IPIC, USD6.5 billion atau diistiharkan muflis. Itu sumbangan Najib kepada Malaysia.

Oleh kerana orang Melayu hilang sikap menyoal, mereka terima bulat2 apa orang2 seperti Saleh Said keruak, Nurjazlan Muhamad dan Najib kata. Mereka ini menguasai dan mengontrol media. Maka mereka boleh memesongkan fikiran rakyat.

Tanya mengapa Salih said keruak kata demikian- yakni cerca dan hina Mahathir? – mungkin dia dendam dengan Dr Mahathir kerana mengobah politik Sabah. Mungkin Salleh Keruak terkilan tidak dapat jadi KM untuk merompak Sabah. Jahanam Sabah jika Saleh Said kruak mengurus Sabah. Mengapa Nurjazalan marah dengan Mahathir? Mungkin dia menyimpan dendam kerana Dr Mahathir menyakiti bapanya Muhammad Rahmat.

Dan Najib? Najib kena attack Mahathir kerana dr Mahathir mendedah betapa rasuah dan pembohong nya Najib. Mahathir menelanjangi Najib , mendedahkan siapa Najib yang sebenar- pembohong dan perompak yang memusnahkan negara kita.

Semua orang2 ini ada motif. Kita hanya tahu jika kita menyoal perbuatan mereka.

Saya membaca keluhan Tun Dr Siti Hasmah. Dia sedih melihat bagaimana Dr Mahathir diperlakukan oleh orang Melayu. Nampaknya jasa Dr Mahathir dilupakan. Orang Melayu secara keseluruhan menunjukkan sikap ketidakacuhan. Ketidakcaknaan. Orang putih kata indifferent.

Adakah 22 tahun Dr Mahathir jadi PM itu tidak dikira? Jasa Dr Mahathir tidak ada? Orang Melayu diluar sana membiarkan Salleh Said keruak yang tidak ada adab Melayu setiap hari menghina Dr Mahathir? Orang Kedah berdiam diri melihat anak kedah diperlakukan demkian rupa.  Dan orang Melayu umumnya berdiam diri melihat Dr Mahathir diperlakukan demikian?

Mahathir membawa perubahan pemikiran dan sikap dalam kalangan orang Melayu. Dari kecut perut kepada yang berani bertanya dan mempersoal yang tersedia ada, mereka tidak mengikat diri kepada status quo. Dari sikap tertunduk tunduk, Melayu mempunyai jatidari yang tinggi. Ada pemikiran menyoal dan sikap jatidiri merupakan asas lonjakan bangsa Melayu. Itu jasa Dr Mahathir yang terbesar.

Bukan menerima yang sedia ada, tapi menyoal dan merujuk segala dakwaan keatas Mahathir dengan perbuatan Dr Mahathir.

Yang mendefinisikan kita sebagai suatu bangsa ialah perbuatan dan amalan kita. Perbuatan dan amalan pula adalah bayangan kepada himpunan nilai yang ada dalam diri kita. Our deeds and practice define us.

Jika kita terus berpaut kepada kebiasaan yang tersedia, kita tidak akan maju. Kalau kita tidak menyoal dan tidak mencabar kesahihan, kita akan beku. Oang bijak pandai kata, kemajuan adalah hasil unreasonable man. Yakni yang selalu mempertikai kesahihan sesuatu. Tapi bukan jadi penyibuk dan suka bertengkar demi pertengkaran- menyoal dan sampai kepada natijah yang bermaklumat.

Mereka yang selalu menyoal sesuatu kebiasaan, ada sikap menentang sedikit- mereka lah yang maju kehadapan. Seterusnya apabila manusia itu menguasai pengalaman baru , mereka membentuk keyakinan diri.

Dalam al Quran, lihat al Quran 2:177)  Allah menceritakan hal ini. Kita didefinisikan bukan dengan kesetiaan kita dengan amalan yang tersedia. Bukan mengikat diri kita kepada kebiasaan dan konvensyen.

Apabila orang Arab masuk ke Madinah, mereka melihat orang yahudi menghadap ke timur dan orang Kristian menghadap ke barat. Dalam keadaan biasa, tentulah orang akan menerima kebiasaan pebuatan mengadap kebarat atau timur itu suatu kebaikan. Yakni menerima perbuatan rasmi dan official, yang biasa dilakukan sebagai baik.

Tapi Islam mengajar kita jangan melihat kepada formaility- jangan lihat kepada luaran. Perbuatan itu lebih penting. Maka Islam menyatakan dalam konteks berpolitik:

  • Kebaikan itu didefinisikan oleh perbuatan- pertama dalam hubungan kita dengan Tuhan- taqwa dan kepercayaan mereka kepada Allah, hari akhirat,kitab2 suci dan nabi serta rasul.
  • Hubungan mereka dengan manusia lain- Kecintaan kepada berkorban, menolong anak yatim, orang miskin dan orang musafir dan yang berkehendak/needy.
  • Kekuatan peribadi yang di tunjukkan melalui melakukan solat, mengeluarkan zakat. Kekuatan diri dalam bersikap sabar dalam menangani dugaan. Ini perkara2 yang mendefinisikan kita sebagai suatu bangsa yang berjaya.

Kemana sikap ini hilang dilkalangan orang Melayu? Mereka tidak perlu bersetia kepada naratif dan penceritaan serta proganda kerajaan terhadap Dr Mahathir. Mereka mesti adili Dr Mahathir dari apa yang dia buat.

Seperti kita kata tadi, pertama Dr Mahathir mengasuhkan kita jangan bertaat setia membabi buta kepada amalan yang sedia ada. Kita define diri kita yang sebenar, dengan  dengan perbuatan dan fakta pencapaian.

Dan demikian juga kita menilai dan memuliakan Dr Mahathir dengan perbuatan nya. Orang Melayu jangan menghina Dr Mahathir.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

yang ingin makan opor Pekan dan laksa Pahang ialah pak pandir kampung. wow

4 thoughts on “Orang Melayu dan Dr Mahathir.

  1. lets Tun open new party, we will join him……we are silent majority that not able to speak due to opression. we are ex bn now. have new party, we will joim coz cant join amanah pkr and pas…..we will wait

    Like

  2. Bukannya KAMI INDIFFERENT. Kami kisah. Kami marah, kami sakit hati. Kami senyap, bukan bererti tak peduli. Kami peduli. Hari-hari kami berdoa lima kali sehari mintak Allahjalankan perancangannya ke atas Najib. Jika perancangan itu dalam bentuk Tun Mahadir menubuhkan party baharu, kami akan sokong. Percayalah, orang kampong pun bukan buta tuli. Mereka juga terdedah kepada internet. Takda internet, mereka ada anak-anak yang jadi mata dan hati mereka. Tapi setakat ini, kami tiadak nampak sebarang jalan untuk diikuti. Kalau ada party UMNO-EXSIT, syukur Alhamdullilah. Mesti dapat sokongan.

    Like

  3. Salam,

    Siapa kata Melayu tidak banyak menyoal. Melayu lah yang biasanya penuh dengan sikap waspada dan wasangka. Melayu lah yang selalunya akan berperasangka buruk dan akan selalu bersikap predicted/meramalkan apa yang bakal terjadi sekiranya kita buat begini atau begitu. Melayu sebenarnya adalah suatu bangsa yang terlalu takut untuk Mencuba. Melayu selalunya akan melihat dahulu sahabat atau jiran untuk melakukan sesuatu. Apabila sahabat atau jiran sudah berjaya baru lah mereka berani untuk mencuba. Tidak ramai Melayu yang berani, lihatlah apa yang terjadi kepada Pahlawan-Pahlawan Melayu terdahulu. Akhirnya mereka akan terpinggir dalam perjuangan mereka, akan keseorangan ditinggalkan dan mati kesepian. Mereka ditinggalkan oleh kaum Melayu sendiri. Tidak hairanlah Tun Mahathir akan keseorangan akhirnya. Melayu ini akan mempersoalkan kebaikan yang mereka akan terima. Melayu ini akan berkata lebih baik begini daripada mencuba kepada sesuatu yang belum tentu. Maka tidak hairanlah UMNO dari mula Merdeka sehingga hari ini dapat memerintah Negara Malaysia.

    Like

  4. Melayu sudah maju, dan selayaknya bangsa ini terus kedepan, menempuh segala apa juga halangan yang ada.Tapi.. Melayu lupa dan susah bersatu…Itulah perangai kita sebenarnya. Kita bangsa yang taat beragama tapi dalam masa yang sama menipu TUHAN, ketika takutnya kita kepada penguasa negara…Tak perlu parti baru, jika akhairnya kita berpecah, dan menguntungkan Najib dan puak2nya. Bersatulah kita sebagai rakyat negara, ketepikan soal bangsa, ketepikan soal parti, kita berjuang sebagai rakyat negara, di PRU akan datang kita ubah landskap politik negara dan kita sumbat
    najib dan kuncu2nya kepenjara. -( utk Dr Mahathir, semoga Allah lindungi, dan memudahkan usaha tun..dan tak lupa buat dato sri Anwar Ibrahim doa kami dari rakyat negara, semoga anda dapat bersama2 kami dan Tun Dr Mahathir )

    Like

Leave a comment