rasuah Najib lwn rasuah Guan Eng-bah- 1

Rasuah Najib.

Siapa bilang bapak kita dari Pekan

Bapak kita datang dari lipis

Siapa bilang rakyat tinggi pendapatan

Malaysia bakal jadi muflis

 Isiu Lim Guan Eng bagai setitik air dilautan korapsi yang dilakukan oleh Najib. Tapi jika Guan Eng melakukan rasuah, kerana mendapat faedah dari posisi nya sebagai KM, dia patut bercuti dalam tempoh perbicaraan.  Kalau dia melakukan korapsi, hukum dia dengan adil.  Namun,perkara nya tidak semudah disangkakan.

isiu nya sekarang, dengan institusi kepeguaman negara, kehakiman negara dan kepolisian dan jabatan2 lain, 100% dibawah telunjuk Najib, bolehkah Guan Eng menduga mendapat pengadilan ?

prinsip bahawa yang di caj mesti bercuti hanya beroperasi jika dalam keadaan yang adil. Persepsi rakyat sekarang, institusi kehakiman adalah korap dan boleh dimanipulasi.

Berbeza dengan Najib, kalau dikena caj. Dia control semua institusi yang kita sebut diatas. Dia kena bercuti jika dicaj. Malah jika hanya ada desas desus, yang dia melakukan jinayah, dia mesti bercuti dan membenarkan siasatan yang tidak dicampuri dan diganggu dijalankan.  Dengan najib, cukup hanya ada sangkaan dia boleh mencampuri, mengganggu, menghalang, dia patut bercuti.

Dalam kes Guang Eng, adakah kita mempunyai sangkaan dia boleh ganggu saksi dan ganggu proses perbicaraan?

Guan Eng tidak control semua itu bahkan, dia terdedah sebagai mangsa system yang korap.

Najib ada berbilion Ringgit dalam akaun2 peribadi nya. Yang baru kita tahu mungkin satu akaun sahaja. RM4.2 billion.  Jika USD8-10 billion tidak diketahui lesap dimana, ertinya, jumlah sedemikian berada dalam kawalan najib dan kongsi2 jenayah nya.

Kita akan hanya tahu, jika Najib berjaya dicaj dalam mahkamah. Untuk itu kita perlukan kerajaan yang baru, AG yang baru, hakim2 yan baharu, KPN yang baharu, penjawat2 awam tertinggi yang baru. Malaysia mesti diselamatkan dari diperlakukan seperti mana Najib lakukan kepada nya.

Kes Lim Guan Eng jangan dijadikan isiu yang memesong fikiran kita dari isiu 1MDB. 1MDB merupakan kes rompak duit Malaysia.ianya bukan lagi rasuah, tapi mencuri. Jho Low sudah curi duit rakyat Malaysia sebanyak USD1.03 billion. Tarek Obaid melabur USD800 billion. Duit itu juga datang dari 1MDB. Semua 1.83 billion.

Sebetulnya, perkara tetek bengek seperti berJV dengan syarikat yang ada hutang palsu, yang tidak ada assets, – semua itu tidak menjadi masaalah, jika 1MDB berjaya diapungkan. Malang nya bagi pencuri2 wang 1MDB, apungan tidak berjaya.

Sekarang kita tahu perancangan jahat Najib. Kalau 1MDB berjaya dalam IPO dan dapat wang banyak, semua pencurian ini ditutup oleh hasil IPO. Ertinya Najib rancang untuk guna hasil IPO, melindungi pencurian wang oleh nya dan kunco2 nya.

1MDB mendedahkan salahlaku dan jinayah yang dijalankan sebelum sesuatu syarikat diapungkan. Pencurian boleh berlaku, rasuah boleh berlaku, jenayah kewangan boleh berlaku- namun itu semua boleh ditutup jka apungan berjaya. Inilah dunia jenayah kewangan yang berlaku.

Bayangkan jika 1MDB berjaya di-apungkan- semua pencurian dan jenayah dalam mua  di tutup . setelah pengapungan, firma perakaunan akan diupah untuk dress up jenayah2 tersebut sebagai pembayaran kepada transaksi dan kos2 kewanagan yang diberi nama2 fanciful.

Saya syak pakatan jahat ini juga berlaku pada FGV. Saya hairan bagaimana harga IPO RM4.55 dicadangkan oleh merchant bankers, dipersetujui oleh Felda/FGV dan dilulus oleh SC. Sekarang harga share FGV tidak pernah merentasi RM1.55 per share. Ianya sekitar RM1.50 seolah olah itulah true price saham FGV.

soalannya, berapa billion sudah disauk oleh crook crook penjenyah kewangan?…

bersambung bahagian ke2

Advertisements

2 thoughts on “rasuah Najib lwn rasuah Guan Eng-bah- 1

  1. Apandi munkin dibawah telunjuk Najib. Dgn dirasuah Najib, dia tak kenal haram atau halal sekarang. Tak kenal betul atau salah. Yang dia kenal dan tahu, adalah berkhidmat dgn penuh setia kpd Bossnya Najib. Apandi sudah jadi ‘jembalang’ dlm sistem keadilan Msia. Kes terbaru ialah penangkapan warg emas umor 76 th. Atas arahan Apandi kerana warge emas tu mencerca boss dia dlm whattapp, yg kaki rasuah, polis Johor pohon remand 3 hari. Selepas 3 hari, pohon remand lagi tapi nasib baik ditolak majistret. Apa polic ckp: kita akan dpt arahan AG iaitu Apandi. Jadi spt penahanan Guan Eng, Apandi ‘jembalang’ ni juga terlibat dlm penahanan warga emas tu.

    Tapi kalau Hakim2 jugak dibawah telunjuk Najib, memang bodoh dan banganglah mereka….jadi serupa ‘jembalang’ spt Apandi dlm sistem keadilan Msia. Tapi hakim2 melayu selalunya suka jadi jembalang..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s