4 saksi menyokong jinayah.

Kita hairan bagaimana pemimpin parti yang memperjuangkan Islam boleh berdolak dalih apabila ternyata 1MDB ialah alat mencuri wang awam. ternyata mereka buta dan tidak faham isiu 1MDB. konklusi nya ini sahaja. Dan lebih dasyat,  mereka bersekongkol dengan crook. Itu menjadikan mereka juga crook yang berkopiah, berjubah dan berserban.

Tidak seorang pun pemimpin PAS ada mengeluarkan pandangan yang rigorous mengenai 1MDB. Umum nya, pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan yang meremehkan soal amanah dan jujur, tidak boleh dipercayai, pembohongan dan penyonglapan wang.

Hanya dengan berkata, kita perlukan 4 saksi. jimnastik kata2 seperti inilah yang buat orang membenci ulamak cari makan.

Nilai2 inilah yang dituntut oleh Islam. Penolakan nya bererti kita  kufur kepada Allah. Dan ianya lah yang memusnah sesuatu negara. Bani Israil dilaknat oleh doa Nabi Daud dan Nabi Isa kerana bani Israil membelakangkan nilai2 etikal.

Negara Saba hancur kerana rakyatnya kufur kepada Allah. Membelakang dan menolak nilai2 etikal dan moral yang meruntuhkan negara. BUkan kerana tidak ucap terima kasih. Tuhan tidak sezalim seperti digambarkan menghukum manusia hanya kerana tidak ucap terima kasih.

PAS tidak ada minat menyelamatkan negara kita. Mereka berminat jadi penasihat yang dibayar. Dan ternyata pula PAS bukan parti untuk semua- apabila bermusuhan dengan golongan bukan Islam.Dalam jemaah Islam pun, pimpinan PAS jelas ada kastanya- yang tidak sealiran pemikiran dianggap musuh Islam. ertinya, pimpinan PAS sudah naik besar kepala, beranggapan PAS itu adalah agama Islam.

Parti ini tidak memerlukan sokongan umat Islam dalam negara ini. Semua pimpinan nya golongan reaksioner yang menyebelahi pihak penindas dan zalim.

Sikap macam ini lah yang menyokong kenyataan gila Salleh Said keruak supaya kebocoran lapuran Odit negara disiasat, tapi salah laku dan jenayah yang dilapurkan, di OSAkan.  Ulamak menyokong pencuri. Baghal sokong kaldai. Sikap macam ini juga yang menggalakkan sikap right wing bangsa Melayu.

lapuran Odit Negara adalah dokumen penting untuk mendedahkan siapakah kepala dang disebalik 1MDB. Sungguh aneh, lapuran PAC merujuk kepada dokumen induk Odit Negara, tapi dokumen induk itu tidak diberikan kepada parlimen. Lapuran Odit Negara ialah dokumen yang mesti dikemukakan kepada parlimen dan ianya bukan kuasa Salleh said keruak untuk mengatakan ianya tidak.

Rakyat sudah tahu bahawa Najib adalah kepala dang dibelakang segala jinayah yang berlaku melalui pengurusan 1MDB. Kita jangan rasa pelik mengapa Shahrol Azral dilindungi oleh Najib. Tidak syak lagi, itu balasan kepada Shahrol menutup salah laku dan melindungi geng2 Najib.

Berbalik kepada pandangan dangkal ulamak PAS. Ia juga menunjukkan level minda orang yang hendak memimpin negara. Dan ini yang patut jadi kebimbangan rakyat. Jika orang seperti ini mengurus negara, maka kemusnahan adalah hasil nya.

Kita beri nasihat, jika beginilah minda mereka, teruslah kekal jual air jampi dan beri buah kismis untuk mencerdikkan anak muda secara jalan pintas. lebih baik kekal jadi guu pondok. jangan sibuk mahu mengurus negara.

Siapa yang rugi dan musnah?

Yang teraniaya ialah ratusan ribu penyokong PAS yang benar2 inginkan Islam yang progressive. Yang suka hidup warak dan memohon redha Allah. Tapi, pemimpin2 pula asyik guna sihir dan gila bila mendapat kuasa. Pemimpin2 muda nya hanya berminat untuk berniaga dan jadi kaya tidak lagi diransang oleh idealisme mendukung perjuangan untuk mendapat keadilan dan pembelaan golongan mustad-afin. Yang lain pula gila hendak pancung dan potong tangan rakyat.

Tuhan akan tanya mengapa kamu tidak berjuang pada jalan Allah menyahut doa dan seruan golongan mustad-afin yang siang dan malam memohon kemunculan pemimpin yang akan melindungi dan menyelamatkan mereka dari pemerintahan yang zalim. lihat Al Quran 4:75 pemimpin PAS jawab lah nanti.

Mereka ini tidak ada kredibiliti lansung untuk memimpin negara. Dalam perkara menyentuh hukum hakam dan perkara2 yang 100% keagamaan, mereka handal. Tapi dalam bidang politik, mereka ini semua pandir walupun pun ada gelararan Phd dan ijazah tinggi.

Apa nak jadi kepada ustaz2 ini? Kalau tak gelar tok guru, mursyidul atau murrabbi , naik marah dan maki hamun. Ustaz2 setengahnya tidak pun habis pengajian, balik negeri berjubah dan berserban besar, hanya menyesatkan pengikut mereka.

Pendirian yang terbaik rakyat ialah menyedari bahawa orang seperti ini tidak boleh diberikan peluang mentadbir negara. Hancur lebur negara. Negara akan jadi seperti macam ketika Terengganu ditadbir oleh pas- semua harta dan asset negeri adalah hasil ‘perjuangan’ mereka dan boleh diberi kepada sesiapa yang mereka suka. Seolah olah agihan rampasan perang zaman dulu kala.

Ketika itu, pemimpin PAS  membawa wang tunai berguni guni ke pejabat2 mereka untuk diberi kepada penyokong. Berapa enta hendak untuk repair surau- RM50,000 cukup? Akhirnya, segala hutan belantara habis digondol yang sekali gus, menunjukkan nafsu orang pas mengenai hal2 keduniaan setelah sekianlama dikekang oleh penggayaan hidup sebagai fakir , tiba2 terlerai. Jadilah mereka macam orang liar dan buas.

Hari ini kalau pemimpin2 pas memestikan adanya 4 saksi, halau mereka dari hidup kita. Mereka tidak tahu apa yang mereka cakap. Kita hanya memerlukan imbangan antara kebarangkalian dalam kes seperti 1MDB. Bukti2 tersibar luas menunjukkan bahawa, berat kebarangkalian mencuri dan menipu.

Sebagai contoh, jika selewat Julai 2015, pihak IPIC ada menulis kepada Dato najib bahawa tidak ada tuntutan dari pihak mereka menyuruh 1MDB membayar kepada Aabar/IPIC, mengapa Najib terus meluluskan pembayaran kealam akaun sebuah syarikat palsu yakni, Aabar BVI? Kecuali itu berniat menyonglap wang rakyat.

kita hanya perlu tanya soalan ini, bukan mencari 4 saksi. 1MDB kata mereka ada berkomunikasi dengan ‘pegawai2’ Aabar BVI- jika demikian, minta 1MDB menamakan mereka- mengemukakan dokumen sokongan, tarikh dan masa membuat perhubungan. Jangan hanya kata, mereka menghubungi- tapi ditanya nama enggan beri, tidak mahu mengemukakan dokumen. Jika melakukan demikian, ianya, menunjukkan berat kebarangakalian telah melakukan kesalahan.

Atau kita masih hendak  4 saksi. Adakah pencuri membawa bersama mereka saksi ketika melakukan jenayah? Kita dah ada mereka- Haji Hadi, Harun Din, Nik Abduh dan Nasrudin Tantawi.

Ketika seorang pemimpin PAS menonton filem lucah di Germany, ada dia bawa 4 orang saksi? Tapi jika pada resit bayaran ada menunjukkan pemimpin itu sebenarnya ada menonton, bagaimana kita perlakukan saksi dalam bentuk resit nya? Kita masih perlukan 4 saksi?

Advertisements

3 thoughts on “4 saksi menyokong jinayah.

  1. “Ketika seorang pemimpin PAS menonton filem lucah di Germany, ada dia bawa 4 orang saksi?”

    Ya, Ada EMPAT SAKSI…..HEHEHE.
    1. Tukang jual tikit.
    2. Penjaga pintu yang terima tikit itu.
    3. Attendence yang bawak dia ke tempat duduknya.
    4. Penjual pop corn ( Ada ke….???)
    5. Kalau takda penjual pop corn kita cari, geng yang sebar berita ni –
    Mesti adalah, otherwise macma mana kita boleh tahu dia nonton
    porno di Jerman….???

    Like

    • bukan begitu cerita nya. bukan nonton dipawagam. nonton dalam bilik di tv. nonton pay per view. 3 kali tonton. bila hendak check out, atas bill tercatat 3 kali tengok adult film. jadi, pengesahan atas bill adalah bukti bahawa penginap bilik telah menonton.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s