Menilai perilaku atau conduct kita.

Salah satu dari ayat2 Quran yang ada impak besar kepada politik ialah ayat 177 surah al Baqarah. Mesej nya dalam konteks politik ialah kita jangan mengadili perkara dari sudut luaran nya.

Jangan lihat pada permukaan dan jangan terikat kepada amalan kebiasaan. Dont judge by the cover and don’t be deceived by external appearance.

Ayat itu bermula dengan memberi kenyataan negative- yakni jangan anggap ianya kebaikan memaling muka ke barat atau ketimur. Bila orang Makkah tiba ke Madinah mereka melihat established practice orang Yahudi ialah berkiblat ke barat dan orang Kristian kearah Timur. Itu established practices.

Tapi Allah perintah kita, jangan terikat kepada established practices yang mungkin tidak betul. Jangan anggap perbuatan orang lain suatu kebaikan. Jangan biar orang lain menentukan sikap kita. Jika kita biarkan orang lain define kita, ianya berlawanan dengan piagam manusia yang medeka yang bertaat setia hanya kepada Allah dan Rasul Nya.

Juga bererti, amalan yang sudah established tidak semestinya betul. Adat resam, kebiasaan, norma masyarakat mungkin tidak sesuai dengan zaman nya.

Kemudian, dikuti dengan kenyataan positif bahawa birr atau kebaikan atau kesolehan masyarakat itu ditentukan dengan conduct kita pada 3 peringkat. how we conduct ourselves yang lebih penting daripada membiarkan orang lain menggayakan kehidupan kita.

Pertama, conduct kita dalam hubungan manusia dengan Tuhan. Percaya kepada Allah, hari akhirat, kepada malaikat, kitab2, dan nabi2. Hampir dengan rukun iman- hanya tidak disebut divine decree atau yang kita kenal sebagai qadha dan qadar.

Akar atau punca kepada kejayaan ialah melihat kepada perbuatan dan perilaku atau conduct individu. Jika wajah itu mewakili perkara luaran, kita jangan terikat kepada persembahan permukaan.

Sebagai contoh: Najib mungkin ada wajah yang jernih, kulit nya bagus- tapi dia seorang crook. perbuatan nya menjadikan dia crook.

Bila dia istihar bahawa zaman kerajaan besar dan kerajaan tahu semua sudah berakhir, itu bohong. Yang terjadi ialah kita ada sebuah kerajaan yang control segala aspek kehidupan kita dan menyibukkan diri mengawal gerak geri kita.

Bila dia kata, kita hendak bentuk satu Malaysia, Najib ternyata seorang rasis yang tidak segan memperlakukan cina dan india seperti tidak ada harga. Nyawa cina2 yang diculik oleh pengganas dari Filipina tidak bermakna apa2 kepada Najib. Dia dan Zahid lebih mementingkan menjaga hati pengganas.

Orang Cina harus sedar- dari jutawawan ke kuli, bahawa mereka tidak boleh mengharapkan keadilan dan layanan wajar dari Melayu UMNO.

Mereka mesti sokong kumpulan Melayu yang appeal kepada mereka.

Tidak syak lagi Najib ialah seorang yang crooked atau bengkok. Yang bengkok itu symbol semua yang tidak baik berbanding symbol kebaikan, iaitu lurus.

Dia tidak boleh dipercayai, dia membohong, dia tidak amanah dan tidak jujur, dia ambil wang rakyat, dia belot kepada sesiapa yang dekat dengan nya, dia deceitful, untrustworthy, a serial liar. Dia tidak teragak agak menggunakan undang2 zalim keatas lawan nya. Pendek kata- jika kita tidak terpukau dengan permukaan Najib, intinya Najib,  ialah seorang crook.

Mengapa conduct kita dari sudut hubungan kita dengan Tuhan itu penting ialah kerana ianya menentukan sama ada kita menurut perintah Allah. Sebab memelihara hubungan kita dengan Allah yakni menuruti perintah Nya,  itulah yang membawa kita dekat dengan Allah.  Lawan tidak menurut perintah Allah, ialah kita kufur. Bila kita kufur, kita kena laknat dan kita jadi musnah.

Sekali lagi, bangsa Melayu yang beragama Islam di judged atau diadili dengan lived out experience- yakni bagaimana kita menggayakan hidup kita. Kan kita selalu dengar Islam itu addin- a way of life. Diterjemah dalam Bahasa Inggeris- ianya lived out experience.

Lived out experience ada banyak bentuk2 nya- menggayakan hidup, cara kehidupan, melayari hidup. Yang paling umum- cara kita amal kehidupan kita. Orang lain akan judge kita dari cara penghidupan kita.

Soalan asas yang perlu kita tanya  ialah adakah perilaku hidup kita bersendikan prinsip, nilai dan etikal?

Peringkat kedua ialah bagaimana kita conduct hubungan kita sesama manusia. Kita berkorban seperti dalam contoh kita mengorbankan harta benda walaupun kita suka dan sayang kepada harta benda; kita berkorban untuk perjuangan. Kita berbelanja ( selain dari zakat peribadi) untuk anak yatim dan orang miskin dan yang memerlukan. Kita anggap itu sumbangan kita kepada perang sabil.

Bagaimana kita treat our fellow human beings menentukan jenis masyarakat apa yang kita bentuk.

Akhir sekali, bagaimana kita conduct diri kita sendiri- cultivate diri kita untuk jadi seorang yang berguna. Yakni berkekalan mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat peribadi, menepati perjanjian dan melatih diri supaya sabar dan tegas bila bedepan dengan kesusahan, seperti kemiskinan dan kesakitan dan cabaran2 kehidupan yang lain.

Bagaimana kita conduct diri kita pada 3 peringkat ini yang define siapa kita.

Jangan lihat kepada permukaan atau appearance.

Bila Najib sebut mengenai wasathiyah umpamanya, dia faham atau tidak signifikens ayat ini? Yakni umat Islam itu jadi contoh teladan , jika cara penggayaan kehidupan mereka itu sesuatu yang berhak dimuliakan.

Jika dia pembohong, tidak amanah, tidak jujur, tidak berhemah dalam belanja tapi menganjur orang lain berhemah, jika dia menujukkan keperibadian yang sangat hipokrit, bagaimana seorang Muslim itu boleh dijadikan contoh teladan dan menjadikan sumber rujukan mengenai yang mana baik dan yang mana buruk?

Advertisements

One thought on “Menilai perilaku atau conduct kita.

  1. “Orang Cina harus sedar- dari jutawawan ke kuli, bahawa mereka tidak boleh mengharapkan keadilan dan layanan wajar dari Melayu UMNO.”

    Soalan: Bolehkah orang Melayu bukan UMNO yang beretika dan berdarjat tinggi mengharapkan keadilan dan layanan wajar dari Melayu UMNO? Apa pula dengan mereka yang bertaraf lumpenproletariat? Apa pula dengan warga yang terpaksa membisu selama mereka masih berkhidmat dengan pemerintah?

    Nah, di bawah pautan ke suatu sorotan antara manusia yang bersendikan prinsip, nilai dan etikal dengan mereka yang bukan sahaja sangat hipokrit malahan tidak berperikemanusiaan hinggakan sesiapa yang dianggap musuh diancam akan ditahan atau dibuang kerja.

    Ex-top Judge KC Vohrah’s disclosure vindicates Syed Ahmad Idid:
    https://dinmerican.wordpress.com/2015/03/05/ex-top-judge-kc-vohrah-disclosure-vindicates-syed-ahmad-idid/

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s