Chief tanya, kita jawablah…

Chief Nazri Aziz kata, tidak berlaku swindling dalam 1MDB. Mana jenayah nya, tanya chief.

Kita boleh expect salakan2 yang nampak menggerunkan dari chief Nazri. Itu cakap orang yang ada kuasa, posisi dan wang. Kekosongan ditutupi dengan perkara2 ini.

Orang kata, salakan lebih teruk dari gigitan. Misalnya, kia tahu perasaan benci chief terhadap Dr Mahathir. Jika Dr Mahathir tubuh parti baru, chief kata, selamat tinggal kepada sampah yang buruk. Parti baru Mahahir tidak akan berjaya , teriak chief.

Kalau tidak akan berjaya, kenapa bersorak cemas?

Tapi dia lupa, Mahathir lah orang pertama dalam Malaysia yang tubuh parti baru dan berkuasa sebagai kerajaan. Bukankah Mahathir yang tubuhkan UMNO baru dan sekarang parti itulah yang menobatkan embezzler-in-chief, Najib? Atau lebih dikenali sebagai Idi Amin Malaysia?

Kita mesti bezakan antara kenyataan berbaur rhetoric dan fakta. Pertanyaan rhetoric chief Nazri mudah dijawab. Sebetulnya, kita hanya belum mensahihkan sahaja bukti2 nya dalam mahkamah. Macam mana hendak establish swindling jika segala siasatan di frustrate? Tapi, ia nya akan tiba.

Tapi didalam mahkamah rakyat dan public opinion, jenayah nya kelihatan sangat jelas. 1MDB ialah con job untuk menyedut duit rakyat bagi feadah persendirian dengan menggunakan vehicle public.

Itu korapsi nama nya. Itu salah guna kuasa jawatan awam.

Sebanyak USD8-10 billion tidak boleh dikesan dan disahihkan oleh pengurusan 1MDB. Pengurusan 1MDB report dan answerable kepada Najib sebagai MK dan PM. Ini menjadikan najib ultimately responsible keatas kehilangan wang2 ini.

Dan dengar sini.  Jika hanya USD1 billion lebih masuk kedalam akaun Najib, maka ada 7 hingga USD9 bilion lagi berlegar diseluruh dunia. Mungkin ia ada dalam akaun2 peribadi front Najib. Mungkin dalam akaun Jho Low, dalam akaun Tarek Obaid, dalam akaun Khadem Qubaisi, dalam akaun Nik Arif Nik Kamil, dato Subuh, dan mungkin dalam akaun Azeez Rahim.

Kita tidak dapat menentusahkan- istilah JAN, pertama USD2.32 billion yang di redeemed oleh 1MDB dari Cayman islands, sebagai contoh. 1MDB kata mereka guna separuh untuk menebus option IPIC dan menggunakan sebahagian untuk melunaskan obligasi kewangan. Baki nya- USD1 billion lebih ada dalam akauan Brazen Sky di BSI bank. Baki inilah yang dikatakan dalam bentuk units oleh Husni Haznaliah.

Mengenai Husni, kita jangan terburu buru mengangkat martabat nya. Dia behenti bukan kerana insaf dan sedar tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Najib. Dia berhenti kerana frust turun pangkat. Dia tidak seorang yang reliable untuk dijadikan rakan parti pembangkang.

Tidak ada bukti lansung bahawa USD1 billion lebih digunakan untuk menebus option dan melunaskan obligasi kewangan. Baki USD1 billion lebih pun sudah hilang kerana BSI bank pun tutup.

Jadi, pada peringkat awal, lagi, USD 2.32 billion lesap.

Bagaimana pula bayaran USD3.5 billion kepada syarikat palsu atau syarikat clone Aabar PJS atau Aabar BVI? Kemudian ada bayaran tambahan USD1 billlion lagi kepada syarikat yang sama, menjadikan jumlah yang dibayar kepada syarikat palsu, USD4 billion lebih. Setakat ini sahaja, USD6.3 billion sudah lesap.

Dan kita boleh buat konklusi bahawa USD1 billion lebih yang ada dalam akaun Najib datang dari 1MDB. Jumlah setakat ini? USD7.3 billion.  Dan bagaimana wang yang ada dalam bank2 di Amerika( melalui bayaran kepada Blakckstone dan wang tidak boleh di kesan melalui 1MDB global sejumlah USD1.5 billion?

Maka sekurang kurang nya, USD 8.8 billion tidak dapat dikesan.

Jika hanya USD1 bllion masuk dalam akaun Najib yang kita tahu, apa jadi kepada USD 7.8 billion yang lain? Jika tidak ada dalam akaun 1MDB ia mesti ada dalam akaun2 Najib yang kita tidak tahu dan dalam akaun macai2 nya. Mustahil, sebagai bossman, dia hanya dapat USD1 billon.

Kita hanya belum jumpa nya, chief.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s