Dr Mahathir dengan parti baru.

dengar lagu lama sebelum baca topik serius.

Sejarah lupa, orang UMNO lupa, Najib, Nazri, Ismail Sabri, Saleh Said Keruak-lupa bahawa Mahathir ialah satu2nya orang yang menubuhkan parti baru dan jadi kerajaan. Parti itu nama nya UMNO Baru.

Jadi ketawalah sekuatnya, sindirlah sesinisnya, cacilah dengan goncangnya- kebarangkalian parti baru jadikan kerajaan baru agak tinggi. Orang2 yang frust dalam UMNO mahukan parti untuk berkelana yang serasi dengan jiwa mereka. Mahathir mungkin boleh beri ketenteraman kepada mereka.

Adakah kita ingat, pandangan mengenai parti baru yang Dr Mahathir akan ujudkan, sama ada positif atau negatif, mengoyahkan Dr Mahathir? Dr Mahathir- kalau dia tinggal seorang diri pun, dia akan kekal dengan objektif nya- mengeluarkan Najib. Dan dia tetap disokong.

Dia hanya akan menepisnya. Waktu ini, tidak ada apa2 pun yang akan menggelincirkan gerabak keretapi Dr M dari merempuh Najib.

Najib dan pengampu nya tahu, musuh utama mereka ialah Dr Mahathir. Anwar dalam penjara is a useless Anwar. Tengku Razaleigh, yang keseorangan, amat mudah diperdayakan.

Tapi pendirian orang Melayu yang Melayu bangsa nya, Islam agama nya yang menjengkelkan kita. Bila bangsa lain menegur dan mencerca kita- adakah teguran dan cercaan itu kerana kita kekurangan atau lemah atau adakah ianya kerana bangsa kita?

Adakah orang Melayu berdiam diri apabila warga negara Malaysia bukan melayu menganjing nganjingkan Dr Mahathir, juga melayu orang nya? Ada apa rujukan dengan Ghandi?- Ghandi bagus untuk India dan tapi tidak ada relevance untuk Malaysia. Berdepan dengan Najib, kita perlukan seorang Mahathir, bukan Ghandi.

Cemuhan dari MIC, cemuhan dari MCA dan tokoh2 lain bukan melayu mahu dibiarkan tanpa balasan?balasan yang paling setimpal dan adil, jangan lagi beri sokongan kepada mereka.

Melayu yang berkuasa hari ini, bukan lagi kepalang nya- biadap dan berkurang ajar melayani Dr Mahathir. Kesemua mereka ini, dari pemimpin UMNO sampai kepada anjing penulis propaganda mereka, harus diasuh dan dididik macam mana jadi Melayu.

Kita nantilah pendedahan Mahathir menghabiskan RM100-200 billon semasa jadi PM untuk kita tunjuk bahawa semua pimpinan UMNO ditampuk kuasa sekarang, made hay while the Mahathir sun shone. Janganlah pimpinan UMNO hari ini hendak tunjuk lagak sebagai self righteous , pimpinan ‘solehah’ sedangkan diri mereka- semua terpalit dengan korapsi dan rasuah.

Kita tahu agenda jadi pemimpin dan ahli UMNO iaitu- mahu bikin kekayaan secara secepat mungkin dan lain nya, ‘melindungi’ bangsa Melayu dari ancaman lain- DAP contohnya, ‘melindungi’ Islam dari ancaman luar, seperti DAP misalnya lagi atau ‘menjaga’ dignity atau maruah Melayu dari ancaman- sekali lagi DAP.

Melayu hilang maruah merelakan diri berketuakan seorang penyamun dan kabinet menteri perompak.

Kita jangan lupa, kali terakhir dr Mahathir menubuhkan parti baru- UMNO Baru, dia muncul sebagai kerajaan. Sekarang pihak penentang nya boleh mentertawakan nya, panggil dia dengan pelbagai nama, tapi kebarangkalian dia muncul pemenang, menggusarkan Najib dan penyokong nya.

By now, Anwar mungkin sudah sedar bahawa jika ada Najib atau kem Najib menjanjikan kebebasan segera, ianya omongan kosong. Anwar mungkin sudah jadi useful fool termakan dengan janji kem Najib dan membalun Mahathir pada round pertama.

Tengku Razaleigh Hamzah pun mungkin sedar dia useful idiot bila Najib janji akan serahkan mahkota kepada nya, tapi strateji Najib ialah memperlahan kan asakan TRH keatas nya.

Anwar kena endorse cadangan dr Mahathir menubuhkan sebuah parti baru.Dia tidak ada pilihan lain. Parti itu pula akan berkerjasama dengan parti2 pembangkang  yang berkongsi ideals yang sama. Jika dia tidak endorse, Azmin akan lakukan nya. Langkah Azmin akan mengesahkan bahawa an Anwar in jail is indeed a useless Anwar. Siapa mahu dengar arahan dari penjara.

Tidak ada orang yang mahu menanti Anwar bebas dari penjara untuk melakukan perubahan. Ianya mesti dilakukan sekarang. Missi terdekat ialah menjatuhkan Najib sebagai PM. Dan ia boleh dilakukan secara demokratik. Setelah mendapat kuasa, baharulah factor Anwar diperhitungkan.

Dr Mahathir tidak akan ada kapasiti ketua yang formal dalam parti baru. Munkin dia akan jadi pensihat seumur hidup. Sementara Najib dijatuhkan, Dr Mahathir menjadi de facto pemimpin yang boleh menyatukan parti2 pembangkang.

Hanya saya harap, kesediaan Dr Mahathir jangan lah di sengkang dengan tuntutan yang tidak munasabah- seperti membersihkan nama Anwar atau memohon maaf secara terbuka. Anwar sendiri tahu bahawa pakatan bukan nya mengenai Anwar- ianya mengenai penubuhan kerajaan baru yang diasaskan diatas perintah berundang undang. Ianya ialah about Malaysia yang lebih adil dan lebih demokratik dan memuliakan undang2.

Advertisements

One thought on “Dr Mahathir dengan parti baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s