Alif Ba ta 1MDB.

 

Kita rasa dukacita bila dengar ramai orang kampong masih tidak tahu apa dia 1MDB. TV2 Media yang dikontrol oleh Najib tentu tidak akan siar berita tersebut. Pada hal, 7 atau 8 negara sekarang sedang siasat najib kerana pemindahan wang secara haram dan pencabulan undang2 perbankan dan perlakuan jenayah2 lain. Kalau thabit tuduhan PM kita seorang pelarian dari undang2.

1MDB ialah jenayah kewangan yang terbesar sekali dalam negara kita. RM30 billion lesap dan dihilangkan oleh Najib dan kawan2. Hutang dari pemberi pinjaman kena bayar dan yang membayar nya ialah kita semua dalam bentuk cukai.

Selalu mereka tanya- apa yang kecoh dengan 1MDB?

Mungkin cara terbaik ialah menerangkan isiu ini dari sudut agama. Iaitu melalui konsep taqwa. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan atau tolak apa yang Allah larang.

Allah larang mencuri, menipu, pecah amanah, cabul kuasa dan rasuah. Semua ini berlaku dalam 1MDB dan dilakukan oleh Najib dan geng2 nya. Sesiapa yang bersekongkol dengan Najib dengan menggunakan alasan yang tidak masuk akal, mereka bersubahat. Perbuatan mereka sama dengan jenayah yang Najib lakukan.

1MDB adalah isiu yang mencabar keIslaman kita. Islam mengasuh kita membentuk kehidupan dengan nlai2 mulia. Amanah, jujur, bercakap benar, jangan mencuri, jangan rasuah, jangan melakukan maksiat dan jangan melakukan kemusnahan keatas muka bumi. Tuhan tidak suka kepada mereka yang melakukan kerosakan dimuka bumi.

Tapi inilah yang dilakukan oleh pemimpin negara. Dan jika kita buat tidak acuh dan tidak peduli, tidakkah ini mencabar integrity kita sebagai orang Islam? Kalau kita diam, ertinya kita hipokrit. Sedangkan kita bejanji dengan Allah bahawa kita mewarnai kehdupan kita dengan celupan Allah.

Lihat misalnya Al Quran 2: 138. Celupan Allah itu yang terbaik, yakni kita mewarnai hidup kita dengan celupan Allah dan kepada Nya kita mengabdikan diri.

Tapi jika kita membelakangkan nilai2 dan prinsip mulia, kalau kita membelakangkan kehidupan etikal- tidak membezakan antara hitam dan putih, kebenaran dan kepalsuan, itu bererti nya kita kufur. Bila kita kufur dan engkar, maka Allah menurunkan bala dan musibah keatas kita.

Kalau kita engkar dan kufur ertinya, kita tidak takutkan Tuhan dan bila tidak takut, kita tidak taqwa kepada Allah. Setiap kali kita sembahyang jumaat, khatib atas mimbar kata kita mesti taqwa kepada Allah. Khatib kalau tidak baca perenggan mengenai taqwa, tidak sah jumaat kita.

Jadi tanggung jawab moral orang kampong ialah mesti tahu apa dia 1MDB.

Semua nya kerja2 berdosa yang dilakukan oleh Najib- memindahkan sejumlah wang secara pecah amanah kedalam akaun yang tidak diperakui oleh bank Negara. Memindahkan wang secara haram sebanyak USD700 juta =RM2.8 billion kedalam akaun Jho Low. Kemudian beri lagi pinjaman berdasarkan penipuan sebanyak USD500 juta kepda syarikat JV dan USD330 kepada Jho Low.

800 juta kepada JVco yang dikuasai oleh Tarek Obaid dan 1030 juta kepada Jhow Low. Jumlah wang dicuri oleh Najib dan rakan2 nya, ialah 1830 juta.

Bagaimana Najib boleh melakukan nya? Dia tahu undang2. Dia tahu salah dan betul. Jadi mengapa dia lakukan?

Dia lakukan kerana dia ingat tidak ada siapa boleh menyekat nya. Dia rasa dia ada kuasa mutlak.

Kedua dia lakukan, kerana dia yakin akan dapat tutup pencurian itu bila 1MDB di apungkan.

Dia lakukan kerana, dia ingat orang tidak akan tahu.

Sejak dari mula lagi, 1MDB ialah syarikat pedepan- front company untuk Najib curi duit. Mereka yang berkerja dengan 1MDB merasakan mereka boleh buat apa sahaja sebab dilindungi oleh kuasa Najib. Najib bertanggung jawab keatas semua pencurian wang, pinjaman yang dilakukan pada kadar faedah yang tidak masuk akal dan segala pembelian asset pada harga palsu.

Advertisements

3 thoughts on “Alif Ba ta 1MDB.

  1. CONVERSATIONS WITH TUNKU ABDUL RAHMAN by Tan Sri Abdullah Ahmad (1933-2016) – Marshall Cavendish International (Asia) Private Limited – 2016 – 220 pages – Rm59.90

    “. . . . The Tunku died on December 6 1990, aged 87 . . . . This book is published as it was written in 1985, with the aim of transporting the reader to as close as possible to the people, places and events spoken about, which have shaped and continue to resonate in our lives now.” Abdullah Ahmad Kuala Lumpur March 11, 2016 [A Note from the Author]

    The book has the following introductions:
    a) Foreword by Dr Mahathir Mohamad
    b) Opening a Time Capsule—And Pandora’s Box? by Ooi Kee Beng
    c) Generation Y and the Tunku by Khoo Kay Kim
    d) At the Crossroads of Nostalgia and Change by Tunku ‘Abidin Muhriz

    Tunku speaking:
    “Tun Mustapha’s other trouble was he liked to boast; often an empty boast. It was his empty boast on secession that ended his political career. But I must say that whatever his weaknesses were (there were many), he was a kind-hearted man. When I was in Jeddah to organise the Organization of the Islamic Conference, we often had no money. When he heard about this, he helped us, unasked and anonymously. But I knew it was him. I did not have any money. My pension was used to pay my income tax. I did not enjoy my pension at all during Tun Razak’s time. It was only after his death I could enjoy my pension. . .” [p185]

    “Harun’s future in UMNO? It is very hard for him to come up again after he has served [time] in prison for an act of dishonesty. My feeling is that once you have been imprisoned for a criminal offence, I don’t think it is right to trust such a person to take over an important in politics . . . I don’t think it is right, because we have got to think about the nation. For that reason I have never enriched myself when I was in power. I never once asked for a piece of land from the government when I was prime minister. When I asked the government to develop Jalan Duta, everybody else was asking for a piece of land there. I did not because I wanted to serve my term honestly . . . There was this one incident and Ghazali Shafie (see below) and Sujak Sulaiman are witnesses.

    When I went to the United States to buy equipment and machinery for the Federal Land Development Authority (FELDA), I asked them for a 13% rebate. They agreed, thinking that it was for me personally. I told them that it was not. Nevertheless, they stuck to their decision. As a result, the government saved 13%, which was a lot of money. When I came back, T.H.Tan (former secretary-general of the now-defunct Alliance Party, and a close friend of the Tunku) said to me: ‘Ha, ha. You are a rich man Tunku. You got 13% commission!’ The point I am making is, I never took money in the form of commission, a bribe, although I could have done it quite easily had I wanted to. Instead, I gave the rebate to the government. If one wan

    Like

  2. Correction:
    . . . My feeling is that once you have been imprisoned for a criminal offence, I don’t think it is right to trust such a person to take over an important post in politics . . .

    The point I am making is . . ., Instead, I gave the rebate to the government. If one wanted to be in politics, one should be clean and stay that way, otherwise the country will be ruined.” [p187-188]

    Like

  3. Hullo Abang! Agama tak boleh selesai hal pencuri wang. Semua agama diperalatkan oleh pemerintah sejak zaman dahulu kala. Dijadikan “art-form” oleh Pope. Kemudian semua raja-raja. Raja Melayu pun turut sama.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s