alif ba ta 1MDB- bahagian 2

Niat untuk menipu dan menggunaka 1MDB sebagai suatu alat menyauk dan mencuri wang  dapat dilihat sejak mula lagi.

1MDB memulakan kehidupan sebagai Terengganu Investment Authority (TIA). Ianya sebuah syarikat Dana berdaulat atau soveign wealth fund, yang akan melabur kekayaan Terengganu dalam pelbagai pelaburan.

Tapi itu semua alasan2 menubuhkan Dana- tujuan sebenar ketara apabila watak kedua penting 1MDB,  melakukan beberapa perkara pelik. Watak utama pertama ialah Najib Tun Razak.

1MDB akan menjadi mesyin ATM raksasa untuk Najib dan geng2 mengeluarkan wang sesuka hati mereka. Rancangan nya ialah semua kecurian ini akan dapat ditutup apabila 1MDB diapungkan. Duit yang dicuri akan diganti dan tidak ada orang yang akan tahu apa yang berlaku. Orang outih kata, none the worse off.

Malang bagi penjenayah, jika wang diganti untuk tutup pencurian, jenayah pencurian tetap kekal sebagai suatu jenayah.

Watak kedua  penting ialah Shahrol Azral, CEO TIA dan kemudian CEO 1MDB. Encik Shahrol Azral, ketua eksekutif TIA bermula dengan langkah sumbang. Untuk menjana modal, TIA menjual bon- dalam bentuk Islamic Medum Term Notes- mudahnya, nota2 berhutang. Jumlah nya RM5 billion.

TIA jual surat akuan berhutang nya. Penjualan dibuat oleh bank. Dalam kes ini AmBank. Ambank beri tugas ini kepada Goldman Sachs. Oleh kerana Shahrol Azral kata wang diperlukan segera- Goldman Sachs kata boleh tapi kena jual pada diskaun yang tinggi lah. Macam orang pinjam Ahlong- kalau nak pinjam RM10,000, boleh- tapi hanya dapat RM7,000 tunai sekarang. RM3000 ialah jumlah diskaun. Itu pun belum masuk komisyen Goldman Sachs dan AmBank.

Prinsip nya sama dalam hal ini. Bila kerajaan Terengganu dengar perkara ini, mereka tidak setuju. Malah mereka menamatkan jawatan Shahrol Azral. Tapi ada pula matlaon seorang lagi, yang berpakat dengan Shahrol, membuat resolusi syarikat, melantik semula Shahrol Azral sebagai CEO.

Pada peringkat ini kita pun boleh tanya- apa hubungan Ismee Ismail dengan Shahrol Azral dan Dana Daulat TIA? Adakah mereka ini semua dapat sogokan dari Ambank atau pun, paling kurang, membuat wang dari transaksi ini?

Ternyata, Shahrol Azral mesti kekal sebagai CEO jika segala perancangan untuk menggunakan 1MDB menyauk wang dijayakan.

Akhirnya, kerajaan Terengganu menyerahkan TIA kepada kementerian kewangan dan TIA bertukar menjadi 1MDB. Langkah tersebut boleh kita tafsir sebagai- jika kamu hendak rompak, gunalah syarikat kamu sendiri jangan guna rakyat Terengganu. Itulah apa yang jadi kepada 1MDB. Alat untuk mencuri wang rakyat Malaysia.

Hutang melalui IMTN diteruskan. Untuk setiap RM100, dapat RM87.92. dasyat sungguh pinjaman yang bersifat ke-Ahlongan ini. Untuk memperolehi RM5 billion, kerajaan terpaksa bayar kos sebanyak RM11.9 billion. Iaitu RM5 billion pokok, dan RM6.9 billion faedah.

Inilah kaedah kerja yang dilakukan oleh 1MDB seterusnya. Pinjam pada kadar faedah yang tinggi, setiap kali atas alasan mahukan wang segera, maka bayar faedah tinggi pun tidak mengapa. Seolah olah macam wang bapak mereka dan yang menanggung beban bayar ialah kerajaan Malaysia. Kerajaan yang patut jaga amanah dan jaga kepentingan rakyat.

Sebaik sahaja negeri Terengganu dikeluarkan, maka pentas menyauk wang bermula. Pelaburan pertama yang dilakukan ialah berusha-sama dengan syarikat Petrosaudi International Ltd(PIL)- konon nya anak syarikat petro Saudi Holdings Caymans.(PHC)

Kenapa mesti dinyatakan sebagai anak syarikat PetroSaudi Caymans akan dapat dilihat nanti. Ianya berguna untuk menunjukkan bahawa syarikat induk telah memberi pinjaman USD700 juta kepda petrosaudi International Ltd yang akan jadi rakankongsi 1MDB.

JV dengan syarikat ini bermula pada 28 september 2009. Pada tarikh ini, bermula jalan ke Naraka untuk 1MDB. Keputusan melabur dalam syarikat yang tidak jelas latar belakang nya dibuat dalam masa 8 hari sahaja. Keputusan telah dibuat oleh Shahrol Azral dibawah arahan Najib sebelum lembaga pengarah setuju dan sebelum beberapa isiu yang dibangkitkan, diselesaikan.

Shahrol Azral kata dia hanya bertanggungjawab kepada pemegang saham iaitu Menteri kewangan. bahkan, MKD- menteri kewangan Diperbadankan pun diketepikan.

Antara kesangsian dan isiu yang dibangkitkan ialah terdapat 4 buah syarikat berasingan yang menggunakan nama Petrosaudi ujud- syarikat khusus yang mana, kita berurusan tidak dinyatakan dengan jelas kepada Lembaga Pengarah.

Berapa nilai syarikat Petrosaudi International Ltd? Berapa wang dia ada? Berapa nilai asset nya?  Penilaian syarikat JV ini dilakukan oleh seorang yang bernama Edwin Morse yang dilantik pada hari yang sama syarikat JV diistiharkan. Lapuran penilaian diberi sehari selepas penubuhan jv. Untuk tugas itu, Edwin Morse dibayar USD100,000.

Yang kita pelik nya, assets yang dinilai adalah kepunyaan Petrosaudi Holdings Caymans( PHC) sedangkan rakan kongsi ialah Petrosaudi Internation Ltd(PIL).

Kenapa ini dilakukan, terjelas kemudian nya. Ianya membolehkan PHC menyatakan bahawa mereka telah meminjamkan USD700 kepada PIL yang mesti dibayar dalam masa beberapa hari.

Rakan kongsi 1MDB tidak meletakkan wang apa pun. Yang mereka ada ialah assets yang dikatakan milik mereka. Nilai assets entah macam mana, di olahkan menjadi USD1.5 billion. 1MDB JV jadilah sebuah syarikat dengan modal atas kertas USD2.5 billion. 1MDB letak USD 1 billion tunai, Petrosaudi hanya air liur.

Tidak ada rekod pun, bahawa PIL menerima USD700 juta. Tidak ada rekod dalam buku nya.  Bila terjadi JV, tentulah USD700 juta itu ada  dalam buku 1MDB-JV. Tapi tidak ada.

Jadi kita tanya, mana USD700 juta itu pergi? Yakni USD700 juta yang dipinjamkan oleh PHC kepada PIL? Mana? Sebetulnya tidak ada, hutang itu hanya cerita rekaan yang diterima oleh Shahrol Azral untuk menjustifikasi pembayaran semula.

kalau PHC yang memberi pinjaman, bila kita bayar  balik, tentulah kita bayar kepada PHC. Tapi Shahrol azral tanpa pengetahuan lembaga pengarah bayar kepada suatu syarikat yang tidak ada kaitan dengan JVco- iaitu Goodstar Ltd. Good Star ltd ini ialah syarikat yang di miliki oleh Jho Low atau Low taek Jho.

Shahrol azral telah bersubahat dengan orang lain untuk membenarkan pemindahan haram wang sebanyak USD700 juta kepda seorang bangsa cina yang bernama Low Taek Jho.

Dalam melakukan perkara ini, adakah Shahrol Azral di bayar oleh Low Taek Jho?

Advertisements

2 thoughts on “alif ba ta 1MDB- bahagian 2

  1. “Finally, a little after midnight, early on Sunday morning [11 Mar 2012], I [Greg Smith] logged out of my computer, took my backpack and a small box that contained a decade’s worth of memories, and left. Goldman (Sachs) would later tell me they had surveillance video of me walking out of the front lobby with my box and backpack. They thought I had LARCENY in my heart, when all I had was FREEDOM.” [p 242]

    “Over that weekend of September 13 and 14, MERRILL LYNCH and LEHMAN BROTHERS — both of which turned out to have been as badly exposed in the sub-prime mortgage market as BEAR STEARNS — toppled. On Sunday, Merrill Lynch was acquired by BANK OF AMERICA, and in the early hours of Monday morning, Lehman Brothers filed for Chapter 11 bankruptcy. It was then (and still is) the largest bankruptcy in U.S. history. With two investment banks down, it was only a matter of time before the rest of us were in the crosshairs.” [p 134]

    “AIG was an insurance institution that affected MILLIONS of lives in almost EVERY country in the world, and because of some RECKLESS GAMBLING in credit-default swaps, it was on the BRINK of COLLAPSE. The Federal Reserve stepped in and gave AIG an initial $85 BILLION bailout. This would grow. After people saw what was going on with AIG, the reaction was: . . . Wall Street likes predictability, and the way the government was flip-flopping between bailing out companies and letting them fail was not helping the markets.” [p 135]

    “It was the strangest thing to happen at 9:15 P.M. on a Sunday, when only a few people had been on the trading floor. The doors closed. GARY [COHN] looked very tired and scruffy … ‘Crazy world we live in,’ I said in the blandest, most neutral tone I could find. It was a touchy time, and I was just trying to be friendly. ¶ ‘Tell me about it. I’ve been here the whole weekend, and I haven’t gone home much,’ Gary said. He looked as if he could have slept on his office couch the previous night. ¶ …even if there wasn’t a specific reason for Gary to be there, he’d probably just been strategizing. WE WOULD VERY SOON LEARN THE TRUTH. ¶ As I got into a cab…checked my Blackberry. A fresh e-mail caught my eye. ‘The FEDERAL RESERVE BOARD approved the applications of GOLDMAN SACHS and MORGAN STANLEY to become bank holding companies.’ Holy shit! So that was WHY Gary Cohn had been working AROUND THE CLOCK in the office ALL weekend.” [p 136 ]

    “In a single weekend, the institution of the investment bank, as it had ONCE been CONSTRUCTED, had VANISHED forever. The Goldman Sachs of SIDNEY WEINBERG, GUS LEVY, and JOHN WHITEHEAD had VAPORIZED — cleverly converted, through the eleventh-hour labors of desperate men (LLOYD BLANKFEIN, GARY COHN, and Morgan Stanley’s then-CEO, JOHN MACK, among them), into an institution that could BORROW money from the government at ZERO INTEREST and THEN INVEST it at government BOND RATES, in essence making FREE MONEY. Goldman Sachs and Morgan Stanley were now effectively GETTING paid BY the government JUST TO STAY IN BUSINESS.” (p 137]

    “Derivatives desks make the MOST money when the markets are volatile, and in 2008 and early 2009, Goldman’s Derivatives desks across the firm made a killing. And this windfall didn’t come from taking bullets from clients; rather, a large part of it came from LARGE FEES for UNWINDING panicked clients’ FAILED trades. ¶ Once it seemed as though the last of panicked trades had been unwound, Wall Street did what it does BEST: it saw a huge dislocation in the market and started figuring out how to act on it. BARON DE ROTHSCHILD, the famous eighteenth-century British financier, captured what Goldman Sachs and other banks on Wall Street would START doing: THE TIME TO BUY IS WHEN THERE IS BLOOD IN THE STREETS.” [p 164]
    “In July [2010], Goldman Sachs agreed to a settlement of $550 million in the SEC suit: $300 million to go to the government and $250 million to investors…As to the SEC’s charges, Goldman NEITHER admitted NOR denied any wrongdoing. Many people found this very strange. What was a settlement of $550 million if not an implicit admission of wrongdoing? The spin doctors at the SEC crowed that it was a HUGE victory, the biggest settlement of ALL time. Skeptics on Wall Street said, ‘This is a HUGE victory FOR Goldman Sachs; they got away UNSCATHED.’ For anyone in America, $550 million was a MINDBOGGLING amount of money. But for a corporation whose Securities division was BRINGING in $5 billion a quarter, $550 million was a PARKING TICKET.” [p 189]

    “I was hopeful about the study, hopeful that Goldman could start repairing this trust deficit it had with its clients.” [p 192]

    It was all too much. We had advised Greece all those years how to cover up its debt by trading a derivative. Now that the chickens has come home to roost, we were showing hedge funds how to profit from Greece’s chaos, and on the other side of the Chinese wall, our investment bankers were trying to win contracts from the European governments to advise them how to fix the mess.” [pg 232]

    Petikan di atas dari WHY I LEFT GOLDMAN SACHS – A Wall Street Story by GREG SMITH; 2012; 277 m/s, dan pernah tersiar di sebuah blog lain pada 2014; di sini disingkatkan sedikit.

    Perlu ditekan bahawa buku ini terbit pada 2012 bukan sebelum TIA/1MDB ditubuhkan. Sekalipun, tidak dapat tidak rakyat tetap berhak bertanya: apa maksudnya, “fiduciary duty” kepada mereka yang menguruskan modal berbillion-billion ringgit?.

    Sedih dan marah bukan kepalang, tak terperikan.

    “I will never cease to laugh when I see them again, one after the other naked on my boat, without their purple robe, without their turbans, their money and their golden beds,” so said Charon the Ferryman aka Hantui Iblisi, buangan dari taman firdausi. L O L.

    Like

  2. Fee yang tinggi yang dibayar kepada Goldman Sach itu disimpan semuanya oleh GS atau sebahagiannya diU-turn balik kepada orang-orang tertentu 1MDB?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s