Adakah Malaysia kerajaan kleptocracy- kerajaan pencuri, oleh pencuri , untuk pencuri?

Hari semalam 20 July, Department of Justice Amerika telah memfail permohonan merampas dan menyita asset bernilai lebih dari USD1bn yang dikatakan pembelian dari wang yang dicuri dari kerajaan Malaysia.

Dibawah suatu inisitaif yang dinamakan Kleptocracy initiative, kerajaan Amerika melalui jabatan2 perundangan dan kepolisan nya dibenarkan merampas dan menyita asset dan hasilan dari wang yang dicuri.

Kleptocracy seperti yang sebahagian orang tahu ialah sebuah kerajaan mencuri, oleh pencuri dan untuk pencuri. Jika langkah yang diambil oleh DOJ adalah dibawah kleptocracy initiative, bererti Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara pencuri, oleh pencuri , untuk pencuri.

Dari tahun 2009 sehingga 2015, sejumlah wang melebihi USD3.5bn telah di curi dari 1MDB oleh orang2 berkuasa dalam 1MDB dan konco2 serta yang bersubahat dengan mereka.

Kerajaan Amerika tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat untuk ketua2 negara mencuri duit rakyat dinegara mereka. Amerika tidak membenarkan ianya menjadi syurga loka untuk pencuri2 bermain disana. Mereka tidak mahu pencuri membawa budaya rasuah dan budaya mencuri dari rakyat mereka, bertapak di Amerika.

Saya melihat ini sebagai kondemnasi keatas Malaysia. Malaysia ialah negara si pencuri. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara kafir.

Malaysia pula ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan berasuah.

Kita hendak tengok macam mana kerajaan Najib dan konco2 Najib mempertahankan nya nanti. Adakah mereka akan guna tektik lama yang boleh membohong orang kampung, iaitu menuduh jabatan keadilan Amerika, DOJ, dikuasai oleh yahudi dan orang yahudi memang bengang dengan Najib, penjaga dan pembela aqidah ahlus Sunnah wal jamaah, pelopor wasathiyah dan penganjur maqasid shar’iyah.?

atau kita akan lihat beberapa menteri akan menuduh Amerika sebagai undermining kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik?

Jika tektik ini duguna, PM Najib kenalah terangkan kepada kita, mengapa firma APCO di gunakan untuk kerja2 PR nya? APCO pun firma yahudi. Dan terangkan kepada kita, macam mana pula beberapa firma Israel dikatakan menasihati kerajaan Malaysia mengenai penjagaan keselamatan negara.

Kita hendak tanya Aabar Ltd (yang betul ) adakah mereka menerima security deposit USD1.4bn? Yang ini kita kena pastikan.

Sebab megikut kenyataan AG Amerika, jumlah serupa iaitu USD1.4bn telah dimasuk kedalam akaun syarikat clone bernama Aabar BVI. Dari isni sekurang kurang nya USD260m masuk kedalam akaun Riza Aziz, anak DS Rosmah.

Jika benar, maka anak Datin Rsmah sudah curi duit kerajaan Malaysia. Sebanyak USD260m. Dengan duit ini dia telah membeli hartanah, rumah mewah dan bergaya sakan. Kita juga diberitahu bahawa dari USD260m ini, USD100m lebih digunakan untuk membuat filem the wolf of wall street.

sekarang apabila ternyata bahawa Riza Aziz telah mencuri wang rakyat Malaysia, adakah kerajaan akan membawa dia kenagara ini untuk berdepan dengan keadilan?  Demikian juga 2 orang bangsa Arab yakni Khadem al Qubaisi dan Badawy al husaini telah mencuri duit milik 1MDB. Adakah kerajaan Melaysia akan mengeluarkan waran tangkap keatas pencuri2 ini?

Demikian juga, adakah kerajaan Malaysia akan keluar waran tangkap keatas Low Teik Jho atau Jho Low?

Nah, sekarang terdedah sudah cerita sebenar bahawa dana untuk buat filem itu wang rakyat Malaysia. Maka DOJ America telah memfail permohonan menyita segala hasil dari filem tersebut. Jika modal itu datang dari syarikat kerajaan Malaysia, maka keuntungan nya mesti dikembalikan kepada rakyat Malaysia.

Budak yang curi duit ini, mesti kena caj. Atau kita masih memerlukan 4 saksi yang melihat Riza Aziz ambik duit ini? Jika ada cadangan seperti ini, kita buang jauh2 pencadang kehadiran 4 saksi. Dia ulamak ke, atau ada Phd ke dalam bidang agama, ternyata , kalau mereka desak cara pembuktian melalui 4 saksi, maka ternyatalah pula, mereka tidak layak memegang jawatan pimpinan negara. Buang mereka dan singkir mereka dari pemilihan kita.

Hari ini, DOJ Amerika memfail permohonan menyita dan merampas nilai asset2 yang bernilai lebih dari USD1bn/RM4bn yang dipindahkan secara haram oleh satu konsprasi international yang melibatkan pemain utama, 1MDB.

USD1bn ini hanya sebahagian dari USD3bn lebih yang dicuri dari 1MDB. Kenyataan nya jelas dari DOJ- USD3 billion dicuri. Itu bersamaan RM12bn.

1MDB ialah amanah yang diberikan oleh rakyat- tapi institusi yang diamanahkan ini dijadikan alat mengayakan diri sendiri dan diri rakan2. Penggunaan institusi yang bersifat awam atau public untuk faedah peribadi dan persendirian ialah rasuah.

Pemimpin kita rasuah dan orang Melayu yang jerit sana sini mereka Islam dan mempertahan Islam sampai ketetesan darah terakhir, masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian ialah kufur kepada Allah. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka kita sebenarnya semua nya hipokrit.

Saya mahu lihat, insitusi keadilan Malaysia menyertai DOJ Amerika dalam memburu mereka yang mencuri wang rakyat Malaysia dan memburu orang yang disebut sebagai Malaysian Official 1.

Deskripsi Malaysian Official 1- Malaysian official 1 had the authority to approve all appointments to, and removals from, 1MDB’s Board of Directors and 1MDB’s senior management team. in addition,any financial commitments by 1MDB including investments , that were likely to affect a guarantee given by the government of Malaysia for the benefit of 1MDB or any policy of the Malaysian government required the approval of Malaysian Official 1.

Siapa dia agaknya yang mempunyai kuasa terbesar dalam 1MDB?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s