kembara bersama 1MDB

Sekarang kita teliti sedikit perbelanjaan 1MDB didalam pembelian 3 janakuasa bebas atau IPP. Saya guna istilah perbelanjaan bukan pelaburan, kerana itulah perkara yang sebenatnya terjadi. setiap pembelian oleh pihak kerajaan mewakili peluang untuk sauk duit.

Tidak perlu kita serabut kepala untuk ingat pemilik2 IPP ini. Mereka sebagai penjual pun buat duit.

Isiu nya ialah:

  1. Pembelian pada harga RM18 billion yang terlalu tinggi dan termasuk mengambil alih hutang RM6 billion.
  2. Tidak mengira bahawa IPP sudah hampir tamat lesen beroperasi.
  3. Pinjaman untuk beli IPP ini.
  4. Terbitan bon yang mempunyai transaksi kos yang tinggi.
  5. Skendel bayaran kepada Aabar palsu.

Mengapa beli pada harga melebihi nilai pasaran? Ini mengundang sangkaan bahawa harga lebihan disengajakan untuk dibahagi bahagikan sesama sendiri. Saya tidak ada kepercayaan langsung mengenai integity sesuatu pembelian kerajaan. Terutama kalau dibuat dengan segera dan pada saat akhir.

Seperti juga kalau beli pada harga yang rendah dari pasaran disangka rasuah, maka jika beli tinggi pada harga pasaran, terutama oleh pihak berkuasa, ianya, pada asas nya, perbuatan rasuah.

Prinsip nya begini. Segala pembelian oleh individu atau institusi dalam fungsi mereka yang  bersifat awam atau public, rendah atau lebih dari harga pasaran, kemungkinan adalah rasuah. Itu sebab nya, walaupun Guan Eng membeli rumah pada harga pembeli dan penjual sanggup, tetapi oleh kerana dia berjawatan pablik, ianya mengundang sangkaan telah berlaku rasuah.

Seperti rencana berJV dengan petrosaudi lah juga- apa2 saukan wang akan ditutupi bila IPP diapungkan. Tapi niat buruk selalu digagalkan. IPP tidak boleh diapungkan. Ia tidak cukup drawing power.

Walaupun mereka dapat lesen dari zaman Dr Mahathir, pembelian dengan harga yang melampau dilakukan dan dipersetujui oleh Najib Tun Razak. Isiu nya bukan Dr Mahathir, tapi mengapa Najib meluluskan pembelian pada harga yang tidak munasabah?

Harga belian terlalu tinggi sedangkan value IPP tidak lah begitu. Ini menjukkan Najib dan 1MDB adalah pihak yang misinformed. Aatau dia tahu perkara ini tidak betul. Tetapi tarikan dapat wang dengan segera terlalu kuat.

1MDB tidak ada pengalaman dalam bisness IPP dan tidak ada expert dalaman. Mereka terpaksa dengar nasihat dari Goldman Sachs. Goldman Scahs hanya buat duit. Masa depan bisness bukan tanggung jawab nya.

IPP sudah hampir tamat lesen beroperasi. Kerajaan yang berkuasa menyambung atau tidak. Kerajaan boleh nanti sehingga lesen tamat dan boleh beli pada harga yang lebih rendah.

Jika kerajaan buat demikian, adakah itu menganiayai mereka? Tidak lansung sebab pemilik IPP sudah dapat untung berbilion dari operasi perniagaan. Tugas mereka membekal kuasa kepada TNB. Itu sahaja.

Jka kita beli barang dibawah harga pasaran, itu dikatakan rasuah. Tapi kalau kita beli barang tinggi dari harga pasaran bagaimana? lojik nya, ia juga rasuah.  Seperti yang saya kata diatas.

Seperti bila 1MDB beli beberapa penjana  kuasa bebas/ipp pada harga RM18 billion. Harga IPP sebenarnya ialah RM12 billlion, tapi 1MDB beli bersekali dengan hutang terdahulu sebanyak RM6 billion.

Kenapa 1MDB perlu beli syarikat yang ada hutang? Bukankan lebih bijak kalau beli sesuatu bebas dari halangan, sekatan, encumbrances dan dsb nya? Kenapa perlu beli syarikat yang bermasaalah? Ianya menjadi sebab untuk kita risau dan ragu.

 Kedua, IPP itu semua sudah mahu tamat lesen nya. Ertinya, menyampai kepada tamat lesen nya, harga IPP sepatut nya turun. Tambah pula, jika kerajaan smart, 1MDB boleh nanti sehingga lesen bagi IPP tamat, baru tawar beli IPP.

Kita pun tidak ada kesegeraan untuk membeli IPP.

Maka pembelian IPP2 dengan masaalah ini menimbulkan sangkaan bahawa 1MDB sengaja membeli IPP dengan harga yang lebih supaya beza antara harga sebenar dengan harga ‘belian’ boleh dikongsi sama.

Pada harga RM12bn pun harga nya terlalu tinggi. Sebab mengikut penilaian, harga nya sekitar RM10 bilion. Ertinya, ada ‘lebihan’ RM2 billion pada harga belian RM12bn. Adakah lebihan diagihkan antara pembuat keputusan, antara penjual dan pembeli?

Sekali lagi, kenapa tidak beli asset dengan clear title- tidak ada hutang dan sebagainya. Apa pasal perlu mengambil alih hutang ini? Saya beli kereta second hand- saya mahu clear title yakni baki hutang dengan syarikat beri hutang semua sudah dilunaskan. kecuali saya sambung bayar, maka harga belian saya akan beli pada harga yang nominal. Saya beli rumah dari orang, saya hendak penjual selesaikan baki pinjaman. Saya hendak beli pada harga bersih. .

Jadi jika harga belian RM12bn, hutang RM6bn, harga bersih sepatutnya hanya RM6bn. Kenapa bayar lebih?  Dan mengapa ambil alih hutang?

Itu perkara2 asas. Bagaimana 1MDB dapatkan RM18bn? Dengan berhutang.  Cerita hutang nya begini.

1MDB ambil tiga pinjaman (RM7.47 bilion), dua terbitan Nota USD (RM10.69 bilion) dan pendahuluan (RM625 juta) keseluruhannya berjumlah (RM18.70 bilion).  Modal kerja pun termasuk dalam pinjaman ini seperti juga belanja lain2. Kalau kita hendak pinjam lebih dari harga sesuatu barangan, mesti tidak boleh.

Macam mula2 dahulu, 1mdb kena keluarkan bon. Yakni surat akuan berhutang. 1MDB dengan taraf nya sebagai syarikat milik kerajaan Malaysia menyangkakan bahawa pembeli mesti yakin kepada mereka.

Jadi mereka terbitkan 2 bon, setiap satu bernilai USD1.75bn. jumlah USD3.5bn.

Rupa2 nya, walaupun bertaraf syarikat milik kerajaan dan terbitan bon dijamin oleh kerajaan Malaysia (melalui kementerian kewangan), pembeli kurang yakin. Walaupun bon menjanjikan pulangan pada kadar 5.99%.

Apa nak buat? 1MDB kena cari satu lagi pihak untuk  jadi penjamin. Kalau saya sorang jamin sesuatu pinjaman- bank kurang yakin, mereka meminta saya cari penjamin seoarang lagi.

Masuk lah sebuah syarikat dari Abu Dhabi yang bernama International Petroleum Investmen Company ( IPIC) . Ini sebuah syarikat milik kerajaan Abu Dhabi. Abu Dhabi ialah syarikat induk kepada syarikat Aabar yang ditugas oleh IPIC berurusan dengan 1MDB.  IPIC sanggup jadi penjamin 1MDB tapi mengenakan syarat2 yang berat.

Pertama, MDB kena parkir atau letak 40% dari pinjaman tersebut dengan IPIC sebagai deposit sekuriti. Istilah yang stylish yang digunakan ialah credit enhancement. Dalam bahasa mudah- awak letak deposit sekuriti, baharu saya beri jaminan. Sebab atas nama sendiri, syarikat jana kuasa 1MDB tidak ada rating dan nama untuk menerbitkan bon.

Jumlah yang diletakkan dengan IPIC bersamaan dengan USD1.4bn. Ini tidak termasuk kos transaksi yang lain. kos transaksi berjumlah USD302.50 juta (8.6%). Daripada jumlah ini, hanya USD1.830 bilion (52.3%) sahaja yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pelaburan keatas pemeblian IPP, operasi dan modal kerja 1MDB. Ini adalah kerana USD1.367 bilion (39.1%) telah dibayar kepada Aabar Ltd. sebagai security deposit.

Kedua, 1MDB kena menawarkan IPIC pilihan atau opsyen membeli 49% ekwiti dari syarikat induk 1MDB yang memiliki kesemua IPP.  Pilihan ini pun ada nilai kewangan.  Kalau 1MDB mislanya, tidak mahu IPIC melaksanakan opsyen, 1MDB kena beli opsyen itu dari IPIC.

Itulah yang dilakukan oleh 1MDB. Dalam tahun 2014, 1mdb telah mengambil pinjaman benilai USD250m untuk membeli opsyen dari Aabar. IPIC telah assign Aabar, anak syarikat nya, sebagai pemegang kepentingan nya dalam urusan dengan 1MDB.  Kita dapat lihat, bayaran USD250m sebetulnya adalah yuran yang dicaj oleh IPIC untuk beri jaminan keatas pinjaman USD3.5bn. ini bersamaan dengan kadar bunga 7.14%.  ini pun fee yang terlalu tinggi.

Siapa yang atur terbitan bon USD3.5bn ini? Tidak lain dan tidak bukan Goldman Sachs. Yuran mereka ialah 10% atau USD350m.

Tapi bayaran untuk menamatkan opsyen tidak habis pada setakat USD250 juta.  1MDB telah mebayar lebih dari itu yakni USD1 bilion lebih. Kita hendak tanya bayar kepada siapa?

Mengikut  maklumat yang kita perolehi, pihak pengurusan 1MDB telah membuat bayaran penamatan opsyen kepada Aabar Ltd. berjumlah USD1.968 bilion melibatkan tiga pembayaran pada bulan Mei 2014 (USD250 juta), September 2014 (USD725 juta) dan Disember 2014 (USD993 juta) sedangkan hanya USD300 juta yang perlu dibayar sebelum pelaksanaan IPO.

Dengan mengambil kira security deposit berjumlah USD1.4 bilion dan pembayaran penamatan opsyen kepada Aabar Ltd. berjumlah USD1.968 bilion, kos pembiayaan terbitan Nota USD yang sebenarnya ditanggung oleh 1MDB adalah lebih tinggi daripada kadar faedah 5.99% (terbitan pertama) dan 5.75% (terbitan kedua).

Kenapalah 1MDB babir sangat menghabiskan wang rakyat? sebab disebalik kebabiran meraka, ada peluang untuk sauk duit rakyat.

Advertisements

One thought on “kembara bersama 1MDB

  1. Pingback: What will be Najib’s robust response on DOJ’s filesuit against Riza Aziz? | jebatmustdie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s