respons terduga dari kem Najib.

Seperti diduga, kita tahu response penyokong Najib. Pegawai akhbar mula2 kata, kerajaan Malaysia akan berkerjasama dengan kerajaan Amerika jika benar2 ada kesalahan yang dilakukan. Kerajaan Malaysia tidak lindung penjenayah( sic).

Kemudian dia kata , kita akan saman kerajaan USA. silakan. Biar semua terburai dalam mahkamah Amerika.

Hurrrah!

Saleh Said keruak kata, ini semua bermotif politik. Ini angkara Amerika. angkara yahudi. Singapura yang baru sign projek high speed rail pun telah melakukan perkara yang sama; Singapura pun berpolitik?

Setakat ini Singapura sedang menyiasat sama ada telah berlaku pemindahan wang secara haram. Siasatan dilakukan keatas akaun Good Star Ltd, Aabar BVI dan Tanore Finance. Penyiasatan sedang dilakukan keatas transaksi yang bernilai S240 juta dan S120juta  dari itu melibatkan pegangan keluarga Low Teik Jho. Mereka sudah pun menahan dua individu.

In the course of the investigations, bank accounts belonging to various individuals have been seized and dealings in properties belonging to some of these individuals have been curtailed. The assets amount in total to S$240 million.  Of these bank accounts and properties, about S$120 million belong to Mr Low Taek Jho and his immediate family.

Kenyataan bersama beberapa otoriti Singapura, walaubagaimana pun, hanya lah pengistiharan bahawa mereka telah melakukan sesuatu setimpal dengan obligasi antara bangsa untuk mengekang money laundering. Kita berharap akan melihat beberapa perkembangan yang lebih substantif dari Singapura. seperti permohonan kepada mahkamah untuk extradite low Teik Jho

sementara itu, kita biarkan menteri2 Najib, pegawai2 nya dan lasykar2 maya memberi cerita nenek kebayan dan cerita pari2 untuk terus menipu rakyat. Biarkan mereka tanya semua soalan2 rethorik.

KIta sekarang sudah tahu apa Najib dan keluarganya dan geng2 nya lakukan dengan wang 1MDB.

Realitinya ialah 1MDB adalah projek mencuri duit. Pure and simple. ianya ATM raksasa untuk sekumpulan pencuri.

Ianya bukan hasil perjuangan agama bangsa dan tanah air. ianya tidak ada kaitan lansung dengan agama dan sebagainya. Para pelaku salah tidak mengambil kira ini semua ketika melakukan pencurian dalam 1MDB. Perkara yang memotivasi kan mereka, ialah wang dan kekayaan.

jangan kita terpedaya dengan dakwaan nanti, Najib lakukan ini semua kerana alif ba ta. dan jangan pula kata, ini semua angkara durjana bangsa Cina, terutama geng2 tokong lim dan dapigs.

Kita tak minta banyak pun. Kita hanya minta kerajaan Malaysia mengenal pasti Malaysian Official 1. Yang lain semua dikenal pasti kecuali Malaysian Offcial 1. Ini mencadangkan pihak DOJ masih mempunyai tahap penghormatan kepada Malaysian official 1 dan tidak mahu menamakan nya. Mungkin atas sebab diplomatic protocol. Ianya mesti seorang polistisyen yang penting.

Kita bagaimana pun, tidak ada keraguan yang deskripsi itu merujuk kepada Najib Tun Razak. INi sangat jelas pada muka surat 13 kertas permohonan DOJ dibawah perkara #39. lawyer gred E, salleh Said keruak masih kata Malaysian Official 1 bukan Najib. hahahaha. Kalau Salleh mahu jadi lembu silakan- jangan melembukan rakyat Malaysia.

Biarlah PMO kata AG sudah clear nama Najib. Kita tahu USD1.4bn tidak akan berpindah kedalam akaun Aabar BVI tanpa kelulusan Najib. Itu tahap pertama. Pemindahan secara haram.

Dari situ, USD260m pergi kedalam akaun Red Granite- syarikat yang di dikuasai  oleh Rza Aziz, anak Rosmah Mansor. Pemindahan ini pun melanggar undang2. Sebab USD1.4bn ialah duit 1MDB. Mengapa dihantar kepada Aabar BVI dan Red Granite?

Ertinya, dalam bahasa yang mudah, khadem al Qubaisi dan Badawi Husseini dan Riza Aziz telah curi duit milik 1MDB. CURI. SAMUN. ROMPAK. SAUK.

Seperti diduga, s/u akhbar PM dan grup cybertrooper PM najib akan deny semua. Mereka macam Baldrick , sidekick Blackadder yang diajar supaya deny everything. Mereka kata, tak perlu hilang tidur keatas tindakan DOJ.

Yelah- apa yang mereka boleh kata lagi?

Siasatan DOJ Amerika jelas menunjukkan telah berlaku money laundering. Ianya diluar tangan institusi perundangan Malaysia- tidak kira apa AG kita kata. Dia tidak dapat influence proses mendapat penghakiman di Amerika. DOJ jelas mengatakan sejumlah wang telah dicuri dari 1MDB.

Kini Kerajaan Singapura juga menyertai tindakan DOJ. Mereka sita asset Jho Low.

Pada akhirnya, perkara ini akan menunjukkan bahawa AG kita sendiri kurang cerdik. Dia yang clear najib dari segala bentuk salah laku.

Sayang sekali Najib tidak boleh berhentikan Loreta Lynch dan tidak boleh cold storage pegawai2 DOj lain. Kehadhiran pegawai dari IRS dan pendakwa Jenayah serta FBI membayangkan bahawa pertuduhan jenayah akan menyusul.

Kita alu2kan cakap besar pegawai akhbar Najib untuk menyaman kerajaan Amerika. Saman jangan tidak saman.

Tapi kita tahu siapa dia. Apa yang dikata, adalah  hasil apa yang patut keluar dari lubang bawah, dikeluarkan ikut lubang atas.

Wow.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s