bukan isu bangsa atau agama

Pendirian rasmi ialah:- Kerajaan akan berkerjasama dengan DOJ Amerika dalam memburu sesiapa yang melakukan salahlaku dan, akhirya, pencurian.

Tapi kita tahu jentera najib berkerja 24 jam 7 hari 12 bulan, menukar isu pendedahan dan langkah oleh DOJ Amerika kepada isiu:-

  • Inilah adalah serangan politik yang keterlaluan keatas 1MDB dan Malaysia
  • Inilah adalah konspirasi Yahudi yang memegang jawatan2 tertinggi Amerika
  • Inilah campur-tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia
  • Inilah adalah konspirasi keatas bangsa Melayu
  • Ini adalah konspirasi keatas negara Malaysia.
  • ini konspirasi keatas Islam.
  • Najib bukan Malaysian Official 1. Najib tidak bersalah. Tidak ada pun nama Najib keluar.

Yang akhir sekali ialah line argument bodoh seperti diguna oleh MP Tan Seng Giaw- PAC tidak menamakan Najib, maka Najib tidak bersalah. Bingung punya MP.

Lihatlah bagaimana Najib telah memecahbelahkan rakyat Maalysia. Dia tidak peduli apa jadi kepada Malaysia selagi dia kekal jadi PM. INi PM yang tidak sedar bahawa di Semananjung, BN hanya mendapat 46% dari undi popular berbanding dengan PR yang dapat 54%.

Dia PM yang datang dari kumpulan minoriti tapi berlagak sombong tidak menghiraukan realiti. Kemasukan Sabah dan Sarawak memberi nya hanya 47.4% undi popular berlawanan dengan 50% untuk Pakatan Rakyat.

Realiti ini pun tidak disedari oleh pengikut2 nya dari parti UMNO. Jika Sarawak dan Sabah dikuasai oleh parti yang tidak pro BN, maka BN sudah kalah. kerana itu mereka takut untuk melaksanakan prinsip satu orang satu undi.

Kapar dengan 150,000 pengundi diwakili oleh seorang ahli parlimen, manakala Putrajaya dengan 15,000 pengundi pun ada seorang ahli parlimen. jika prinsip satu orang satu undi dipakai, Kapar patut diwakili oleh 10 orang ahli parlimen.

Jangan lah pemimpin yang memimpin golongan minoriti berlagak sombong.

Memanglah sekarang ianya bermula dengan civil suit, tapi kita lihat penglibatan jabatan jenayah dan rasuah tidak dapat dielakkan. AG Amerika Loretta lynch, bukan standard AG Malaysia. Next, ialah pendakwaan jenayah.

AG Malaysia, melompat dengan segara untuk mempertahankan Najib. Itu bukan kerja dia. Kerja dia ialah menjadi pendakwa raya untuk negara Malaysia. Yakni, mendakwa sesiapa yang telah melakukan kesalahan keatas negara. Dia patut kejar dan buru dan dakwa pencuri, perasuah, mereka yang melakukan treason, dsb nya.

Yang disiasat sekarang dan yang berdepan dengan pertuduhan mencuri wang, memindahkan wang secara haram ialah bukan negara Malaysia tapi individu2 dari Malaysia. Kerja AG malaysia bukan mempertahankan individu2 ini. hanya jika Malaysia sebagai negara terlibat, maka dia ada peranan.

AG Malaysia melindungi crook. AG Amerika memburu crook2 seperti Low teik Jho dan rakan2, Riza Aziz dan rakan2, Khadem Al Qubaisi dan rakan2 dan Badawi al Husseiny dan rakan2.

Semua yang terlibat akan di dakwa jika kemudian nya ada kes jenayah, akan berdepan dengan pendakwaan jenayah. Malaysian Official 1 yang semua orang tahu, tidak lain dan tidak bukan adalah PM Najib juga akan didakwa jika melakukan kesalahan. Semua, tidak kira bangsa dan agama.

Jika kita tankap shahrol azral dan Najib Tun Razak, kita bukan tangkap Melayu. Kita tangkap shahrol dan Najib. Jika kita tankap Jho Low, kita bukan tangkap Cina tapi seorang yang bernama Jho Low. Kita hendak tangkap Eric Tan, bukan bangsa Cina. Kalau kita tangkap Arul Kanda, kita bukan tangkap India, tapi tankap seorang dari bangsa itu.Kalau kita tangkap Khadem Qubaisy dan Badawy Husseini, kita tangkap 2 individu , bukan bangsa Arab.

Kita tangkap crooks.

Ini perkara tidak ada kena mengena dengan bangsa. Ini pencurian. Yang tidak kenal bangsa. Melayu, cina dan India- ada pencuri. Kita tangkap pencuri bukan bangsa2 tersebut.

Jadi kita waspada lah. Akan ada kumpulan dari UMNO yang akan menjadikan isu ini isiu bangsa.

Ini adalah konspirasi keatas bangsa Melayu. Jadi kita mesti mempertahankan Najib kerana ini serangan keatas bangsa Melayu.

Melayu itu memberi alasan kepada kita untuk merelakan perbuatan sumbang, pencurian, khianat dan sebagai nya. Asal dia Melayu, tidak apa.

Seperti yang saya dengar dari seorang sahabat- jika orang yang serupa ini masuk kedalam rumah kita dan meniduri isteri2 dan anak2 kita, kita akan cakap- tidak mengapa- kan mereka itu semelayu dan seislam kita?

Sikap tidak rational ini bukan sahaja di-anak-angkat oleh orang kampong yang membaca sinar dan utusan Malaysia. Bahkan yang ada persekolahan tinggi, di dibandar pun, melihat perkara ini dari kaca mata bangsa.

Mereka akan kata:-Tengok- kita tak nampak pun orang cina hentam jho Low. Yang kita  tengok orang Melayu hentam melayu yakni najib. Kalau orang lain ambil alih,mereka akan lakukan begini juga.

Seperti yang pernah saya sebut- inilah yang kita panggil prospective blackmailing-  yanki menggunakan perbuatan crook hari ini, untuk mengugut rakyat, bahawa perbuatan crook hari ini akan dilakukan oleh yang akan ganti najib. Kita lebih baik kekalkan Najib.

Ini sikap dan pandangan yang diasaskan hanya diatas andaian bahawa semua manusia crook seperti mereka. Kita lupa:-

Yang memelihara integrity pimpinan ialah kita semua. Kalau kita merelakan kekoro-an jadi kebiasaan kita, maka itulah yang kita dapat- kekoro-an/ncompetence dan rasuah. Tapi kalau kita menuntut perlakuan yang berstandard tinggi, kita akan dapatkan itu semua.

Jika kita menuntut mediocrity, itulah yang kita dapat. Kalau kita demand, competency, integrity, honest leaders, kita akan dapat itu semua.

Adakah ini serangan keatas Islam? Jawapan nya tidak. In serangan keatas rasuah, pencurian, salah laku, kemungkaran. Ia dituntut oleh Islam.

Kepada ustaz2 yang membei gelaran keatas diri mereka- tok guru, murabbi, dan apa2 lah saya hendak ingatkan.

Kebenaran itu tidak datang dari timur atau barat lagi. Ianya datang dari dalam diri kita sendiri. kalau kita muliakan dan mendahulukan tuhan, kebenaran itu terbentuk jika kita benar2 muliakan hubungan kita dengan tuhan.

Kalau kita Islam- ia nya melibatkan taqwa kita- melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah murka. Allah hendak kita melakukan kebenaran, melawan rasuah, menentang kezaliman.  Apa yang Allah suruh tidak terhenti walaupun ia datang dari barat.

Ianya ditentukan setakat mana kita memelihara dan memuliakan hubungan kita dengan manusia lain. Membela golongan yang lemah, yang teraniaya, membantu yang miskin dan yang berkehendak.

Ianya ditentukan oleh bagaimana kita mengasuh dan mendidik diri kita supaya memuliakan nilai2 peribadi. Kita mensyukri nikmat Tuhan melalui sembahyang. Kita melakukan tanggung jawab membersihkan diri kita dengan membayar zakat dan bersabar dalam berdepan dengan cabaran.

Maka jangan menipu rakyat jelata dengan menolak kebenaran itu kerana ianya dimulakan di Amerika. Amerika tidak berminat hendak berkonspirasi dengan Malaysia.

Malaysia sudah teruk. Dia ianya diterukkan oleh pemimpin yang rasuah, mencuri duit rakyat dan menzalimi mereka.  Ia teruk jika kita orang Islam kufur, yakni menolak nilai2 tinggi yang Allah perintah kita lakukan.

Advertisements

2 thoughts on “bukan isu bangsa atau agama

  1. saya katakan mentaliti BTN..bapak mertua saya seorang pegawai kanan kerajaan pun sibuk mewar-warkan ini adalah mainan media yahudi untuk menghangcurkan sebuah negara islam..

    Like

  2. Pingback: Malaysia Doesn’t Need Saving | 書 政 shuzheng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s