sokong Pulau Pinang bubar dewan dan adakan PRN.

Ketika Lim Guan Eng diperintah membayar ikat jamin RM1 juta, DAP telah menjalankan kempen kutipan derma. Dalam masa 21 jam, lebih sedikit dari RM1 juta dikumpul dan akaun ditutup.

Rakyat menyatakan pendirian mereka! dari kerajaan BN, kita tidak boleh mengharapkan keadilan. kerajaan yang zalim, mesti disanggah.

Itu  menunjukkan sokongan terhadap Lim Guan Eng tetap kukuh. Lebih dari itu, rakyat menyuarakan pilihan mereka- bahawa kamu, UMNO dan BN jangan ingat kamu boleh buli kami. rakyat menyebelahi kerajaan Pakatan. Perkara ini mesti dibaca oleh rakan2 DAP yang lain.

Kepada rakyat, kebenaran adalah senjata paling berkesan untuk melawan kezaliman Najib. Dan pilihanraya adalah wadah terbaik menyuarakan sikap mereka.

Baik kita ambil langkah berikutnya. Kita buat pilihanraya tergempar. Kenapa? Kita beri kepada rakyat hak untuk menyatakan pendirian. Mereka mahukan kebenaran atau mahu kebathilan? Kembalikan mandate kepada rakyat untuk menolak Najib.

Ini bukan isiu mahu mempertahankan Guan Eng. Ianya bukan isiu peribadi. ada setengah pemimpin PKR kata, jangan impose massaalah peribadi Guan Eng keatas rakyat Pulau Pinang. jika demikian hujjah nya, masaalah Anwar Ibrahim mengapa dirakyatkan?

Ada juga pemimpin PKR kata- let the lwa takes its due course. Kita boleh kata serupa kepada Anwar Ibrahim- let the law takes it due course. Adakah orang PKR suka jika kita kata demikian.

PRN Pulau Pinang akan memberi peluang demokratik kepada rakyat pulau pinang berkongsi pendirian dengan rakyat Malaysia. momentum dari PRN akan memberi kesan kepada PRU14. Masa nya amat baik untuk PRN- rakyat boleh menolak kezaliman dan penganiayaan BN dan rakyat boleh menyuarakan kebencian dan meluat kepada Najib Tun Razak. perasaan meluat dan kebencian ini mesti sentiasa disegarkan dan dibawa kepada PRU dan diterjemah kepada menewaskan BN.

mudah mudahan, ini akan diikuti oleh Sabah. PRN mesti dilakukan secara berasingan dari PRU untuk memberi peluang kepada negeri memisahkan diri dari isiu nasional yang dilakukan oleh Najib. suarakan! kita tidak mahu terpalit dengan lumpur dan najis dari najib.

DUN Pulau Pinang ada 40 kerusi. DAP ada 19, PKR 10, UMNO 10 dan PAS 1. MCA, Gerakan dan MIC semua makan telur gred c. tapi mereka ini golongan yang paling bising menuntut itu dan ini. PRN adalah peluang terbaik kepada mereka.

Bukanlah jika PRN diadakan, UMNO ada peluang untuk tambah kerusi dan parti komponen lain yang 0 kerusi ada peluang menang kerusi? Bukankah mereka mencatat kejayaan dan cakap besar bahawa model Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar  semua adalah model yang membawa kejayaan.

Jika demikian tidak ada perkara yang hendak ditakutkan. Jangan memperdayakan rakyat dengan berkata ini akan menghabiskan masa dan menghabiskan wang. Sejak bila BN mengeluh bila pengeluaran dan perbelanjaan wang terlibat?  PRN akan membawa hujan wang dari langit.

Semua ini adalah harga yang kita kena bayar untuk prove a point- yakni kezaliman dan penganiayaan kerajaan yang korap tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Lim Guan Eng kata, dia tetap akan masuk jel. Kitapun tahu inilah objektif muktamad UMNO dan BN. Mungkin mereka akan time penghukuman ketika hendak hampir PRU14 yang mesti diadakan dalam 2018 supaya Guan Eng tidak boleh memimpin PRU.

Jika demikian, mengapa perlu DAP menerima dipukul begitu sahaja dengan tangan terikat? Mereka boleh respons dengan melakukan snap elections bukan untuk membela Guan Eng tapi  untuk membuktikan bahawa DAP dan sekutu mereka berdiri pada pihak kebenaran dan enggan membenar UMNO/BN melakukan sesuka hati.

Dalam system perundangan yang dikuasai BN, Guan Eng tidak boleh menduga/expect apa2 keadilan.

Kerajaan Pulau Pinang patut melakukan pilihanraya  untuk memberi peluang kepada dirinya sendiri memulakan proses pergantian. Jika tidak berbuat apa2, kerajaan Pakatan hanya ada 2 tahun sahaja untuk membaiki keadaan. Dengan mandat yang baru, ada masa 5 tahun untuk Guan Eng memulakan proses pergantian. Jika dia dijel sebelum 2018, kerajaan pakatan di peringkat negeri ada masa yang berasingan untuk meneruskan agenda proses pergantian/succession process dan meneruskan agenda kemajuan rakyat pulau pinang.

Jika PRN diadakan, ianya peluang DAP untuk memisahkan diri dari kawan yang berpura pura dan sahabat yang benar. Parti yang tidak tahan banjingan , mereka akan tidak bersetuju dengan DAP pulau Pinang.

PRN juga memberi peluang untuk rakyat pulau pinang menunjukkan meluat mereka kepada angkara durjana Najib dan kerajaan nya.

Advertisements

One thought on “sokong Pulau Pinang bubar dewan dan adakan PRN.

  1. Melihatkan kesungguhan rakyat Pulau Pinang mengumpul wang ikat jamin untuk Y.B Lim Guan Eng yang di kutip hanya dalam masa 21 jam, saya pasti dan percaya bahawa para pengundi DUN Pulau Pinang akan memberikan kemenangan kepada DAP dan PR. Di harapkan wakil tunggal PAS yang sedia ada menemui ajal nya. Ayuh rakyaat Pulau Pinang lakukan lah perubahan agar menjadi peringatan kepada mereka, terutama bangsa ME-layu yang tak mau berubah walau pun para pemimpin ternyata kerap melakukan kemungkaran.
    Tabik hormat untuk Y.B Lim Guan Eng.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s