‘campurtangan’ America tidak menjadikan pencurian bukan pencurian.

perkara basic diatas perlu PAS faham. orang yang mendukung Islam tidak boleh berdolak dalih. kamu menyokong kebenaran atau kemungkaran? orang yang menyekat kenaran dilaknat oleh Tuah. oleh Malaikat dan manusia lain yang berdoa kepada Allah, turunkan laknat kepada yang menyembunyikan kebenaran.

Kerajaan dan 1MDB kata mereka akan beri kerjasama 100% kepada DOJ dan pihak berkuasa Amerika. Hishamudin Hussin mengalu ngalukan siasatan oleh pihak berkuasa Amerika. Masaalah nya, kerajaan dan 1MDB itu yang mencuri.

Adakah mereka akan berkerjasama untuk menangkap diri mereka sendiri?

Sementara itu, PAS yang hendak tutup jenayah kerana jenayah itu dilakukan oleh orang Islam, menentang campurtangan Amerika.

Orang umno dan orang pas- penyokong Najib dan Melayu yang anti kebenaran boleh kata apa sajaja. Ini campur tangan Amerika lah, konspirasi atau apa.

Crook tetap crook. Bila 1MDB berJV dengan PIL- Jho Low curi USD700m. Kemudian diberi lagi 330m. jadi dia telah curi USD1030m atau USD1.030b.

Jho low telah menyebabkan campur tangan Amerika. Dalam hal ni adakah dia telah melakukan treason? Dia telah curi duit rakyat Malaysia. Campur tangan atau tidak, dia telah curi duit kita.

Kalau USA campur tangan, adakah itu menjadikan pencurian bukan pencurian? Haram jadi halal?

Orang pas- hendak tangkap pengkhianat negara dan pencuri atau tidak? Itu soalan nya. Jangan hendak berjimnastik dengan kata2.

Dari 1.03bn ini, sebanyak USD389bn telah masuk dalam akaun ADMIC- Abu Dhabi Malaysia investment Corporation. Ini syarikat Jho Low lagi. USD24.5m masuk dalam akaun putera arab- nama nya tidak perlu lag kita tahu-biar pendakwa yang detailkan.

Dari sini , dalam beberapa hari, USD20juta didermakan kepada Najib Razak. Najib menerima USD20m duit yang dicuri oleh Jho Low.

Tak kira pas tahu atau tidak, kebeberan bukan bergantung kepada pensijilan oleh PAS sama seperti keIslaman kita tidak bergantung kepda pensijilan oleh pas- apabila bon USD3.5 bn diterbitkan, USD1.4 billion telah konon nya diletakkan sebagai deposit sekuriti dengan Aabar tulin.

Aabar kata mereka tidak pun menuntut sekuriti deposit USD1.4bn. Jadi 1MDB bayar kepada siapa? Sekarang ternyata Aabar yang tulin tidak menerima USd1.4bn.

duit ini telah dimasukkan kedalam akaun Aabar clone yang di kuasai oleh Khadem al Qubaisi dan Badawy Husseni. 2 arab ini telah curi USD1.4bn dan pemindahan ini dicapai melalui subahat dari pegawai 1MDB. Bererti mereka bertiga paling tidak, telah mencuri USD1.4bn duit rakyat Malaysia.

Tapi tidak ada wang boleh keluar kecuali dengan persetujuan PM Malaysia.

Dari sini, 1.1bn telah masuk dalam akaun eric tan kim Loong  yang menguasai syarikat Blackstone Asia Real Estate partners. Bererti Eric Tan, telah curi USD1.1 billion duit kita.

Dari jumlah ini juga, USD238juta telah masuk kedalam akaun yang dikuasai oleh Riza Aziz. Beerti budak ini mencuri duit kita sebanyak USD238juta.

Balckstone juga memasukkan USD30juta kedalam akaun PM Najib. Ertinya Najib telah menerima duit yang dicuri oleh Eric Tan.

Kita tak peduli apa usaz pas dan penyokong cakap, ketika IMDB terbitkan bon bernilai USD3bn untuk melabur dalam trX, hartanah lain dan apa apa lah, satu pusingan pencurian lagi dilakukan. Daripada jumah USD3bn ini, USD1.26bn telah masuk dalam akaun Eric tan kim Loong sekali lagi. Cina ini telah mencuri USD1.26bn bila duit ini masuk dalam syarikat milik nya Tanore Finance.

Dari jumlah USd1.26bn ini, USD681m telah masuk dalam akaun Najib Tun Razak. Najib kata dia pulang USD620m. ertinya dia hanya ambil USD61m.

Mengapa Najib pulang kembali USD620 dan hanya simpan USD61m? kerana dia pengamal prinsip kewangan islam- Najibah. Bila orang derma, sebahagian hendaklah dipulangkan.  Baru barakah.

Advertisements

3 thoughts on “‘campurtangan’ America tidak menjadikan pencurian bukan pencurian.

  1. rakyat Malaysia dari pemimpin tertinggi hinggalah ke rakyat bertaraf marhain sepatutnya menyambut baik tindakan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) menyaman untuk merampas harta-harta 4 individu yang mengikut siasatan mereka telah menggunakan dana dari 1MDB yang telah diselewengkan. Nilai harta tersebut dianggar bernilai lebih dari USD1 billion (RM4 billion).

    Ini adalah kerana sekiranya DoJ memenangi kes mereka, maka mengikut peraturan undang2 KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) mereka, wang hasil dari proses mencairkan harta2 tersebut akan dikembalikan kepada pemunya asal dana tersebut iaitu 1MDB. Dan oleh kerana 1MDB sekarang adalah syarikat yang dipunyai oleh Kementerian Kewangan, maka wang yang bernilai RM4 billion itu akhirnya akan masuk kekantung perbendaharaan kerajaan.

    Memandangkan keadaan ekonomi negara kita yang sedang tenat, maka sekiranya dapat suntikan dana sebanyak rm4b hasil dari penjualan assets yang dirampas oleh DoJ, sudah pasti dapat membantu meringankan kekangan dana kerajaan.

    Kekangan dana kerajaan memang amat dirasai sekarang ini. Mara contohnya, sebagai sebuah institusi yang ditubuh bagi membantu anak bumi sampai sekarang masih belum membuka permohonan utk pinjaman bagi membiayai pelajaran anak2 melayu yang melanjutkan pelajaran ke IPT kerana ketiadaan dana. Bayangkan kalau rm4b itu dapat disalurkan kepada Mara, sudah pasti ramai anak2 melayu yang sedang menanti bantuan pembiayaan pelajaran dari Mara dapat dibantu.

    Tapi sekarang sebaliknya pulak yang berlaku. Pihak kempimpinan negara, dan segelintir kecil rakyat Malaysia nampaknya begitu marah kepada DoJ dan menempelak usaha mereka cuba mendapatkan kembali dana 1MDB yang dilarikan oleh penyangak2 tersebut dengan tuduhan-tuduhan liar seperti ianya adalah agenda Yahudi yang mahu menjatuhkan pemimpin islam. Dan ada pula setengah blogger upahan yang menulis kononnya Pendakwa Raya US telah disogok supaya menggerakkan initiative KARI (Kleptoracy Kleptocracy Asset Recovery Initiative)

    something must be very wrong with these people.. orang nak bantu kita dapatkan duit yang curi dari negara dan yang akhirnya akan dikembalikan kepada negara pun kita hantam… kita marah..

    Like

  2. “Aabar kata mereka tidak pun menuntut sekuriti deposit USD1.4bn. Jadi 1MDB bayar kepada siapa? Sekarang ternyata Aabar yang tulin tidak menerima USd1.4bn. ¶ duit ini telah dimasukkan kedalam akaun Aabar clone yang di kuasai oleh Khadem al Qubaisi dan . . .”

    “. . . . Dari sini, 1.1bn telah masuk dalam akaun eric tan kim Loong yang menguasai syarikat Blackstone Asia Real Estate partners “

    Aabar tulin Aabar Investments PJS (“Aabar”) ada temannya Aabar clone Aabar Investments PJS Limited (“Aabar-BVI”), dan Blackstone Asia Real Estate didakwa “misleadingly named” kerana ia tidak ada sebarang kaitan dengan syarikat hartanah global Blackstone Real Estate.

    Memakai nama yang seakan-akan sama dengan jenama terkenal merupakan tipu helah yang efektive tiga atau empat puluh tahun dahulu. Mana tersangka perangkap ini masih boleh dipasang di dalam ofis-ofis yang penuh dengan orang-orang hebat sekali — hebat tapi tidak jujur atau tulus; campurkan ketidak-jujuran dengan sikap tamak haloba, apa kah akibatnya?

    Lebih kurang 40 tahun dahulu di Brunei Darussalam sebuah syarikat kewangan telah melancarkan sekim simpanan dan pinjaman besar-besaran. Akaun simpanan dibayar faedah jauh lebih tinggi dari bank-bank biasa. Syarikat ini dinamakan The Manhattan Borneo Finance and Trust Corp, dan dibisik-bisik ada pertalian dengan Chase Manhattan Bank di New York. Bukan main orang ramai berbaris untuk membuat simpanan. Tak sampai dua tahun kemudian tragedi berlaku. Pemiliknya Encik Choo Kim-San tiba-tiba diberitakan telah gaib bersama wang berpuluh-puluh juta ringgit Brunei. Dia juga dikehendaki oleh polis Hong Kong dalam kes berasingan. Hingga sekarang kes tipu dan curi oleh Choo belum selesai. Entah ke mana dia? Nun ke sana bersama mereka yang menjalani hukuman seberat-beratnya?

    https://news.google.com/newspapers?nid=1338&dat=19761116&id=u09OAAAAIBAJ&sjid=5fgDAAAAIBAJ&pg=6798,111102&hl=en

    Like

  3. Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain adalah syaitan yang bertopengkan manusia dan mereka mempermainkan agama untuk kepentingan politik mereka dan tak lebih daripada itu. US mendakwa rakyat Malaysia yang melakukan jenayah di negara mereka sama seperti Malaysia mendakwa warga asing yang melakukan jenayah di Malaysia seperti Indon & Bangla. Bila Malaysia mendakwa mereka ini, adakah ini bermakna Malaysia mencampur urusan negara Indonesia & Bangladesh? Sudah tentu tidak.

    Kenapa PAS khususnya Presiden mereka memutarkan belitkan isu ini menjadi “campur tangan asing” dan bukannya pendakwaan atas kesalahan yang dilakukan? Jawapannya mudah-PAS khususnya Presiden mereka telah menerima sebahagian daripada wang yang dicuri dari rakyat melalui 1MDB sebab itu mereka bagaikan cacing kepanasan sekarang. Dan mereka ini hanya layak digelar syaitan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s