dokumen DOJ 136 muka surat, mendedahkan angkara durjana 1MDB

Terima kasih kepada DOJ Amerika kerana mendedahkan angkara durjana yang dilakukan oleh 1MDB. Terima kasih kepada Amerika kerana mendedahkan USD1 billion telah disakau oleh Jho Low, Riza Aziz dan 2 orang Arab. Terima kasih kepada Amerika kerana mendedahkan mereka mahu merampas tunai dan harta yang bernilai USD1 billion dari Red Granite dan Wolf Of Wall Steet. Terima kasih kerana memberitahu bahawa lebih dari USD3.5 billion duit 1MDB disonglap.

Amerika bukan negara Islam. Mereka lebih tepat dipanggil negara kafir harbi. Kita hantar mufti Pahang dan orang2 sepemikiran dengan nya, melancarkan perang dengan Amerika- apa macam? boleh? Mufti Pahang ketika beraya di rumah Menteri Besar Pahang baru2 ini, bergegas pulang sebab ramai tetamu MB Pahang ialah kafir harbi. MB Pahang ramai rakan2 kafir harbi.

Ramai kafir harbi dapat darjah kebesaran negeri. Pada majlis tersebut yang membaca doa ialah sahibus samahah mufti Pahang.

Malaysia negara Islam , dia buat apa? Malaysia ada belasan mufti, ratusan Qadhi dan ribuan malah jutaan Ustaz- apa ia buat?

Kerajaan nya berdolak dalih, menipu, menyonglap wang, salahguna kuasa untuk mengayakan diri, mencuri, berbohong, tidak amanah, tidak adil- semua nilai2 buruk yang ditentang oleh Islam. Semua nilai2 mungkar yang diperintah Allah ditentang dan ditolak.

Tetapi nilai2 ini lah yang didakap dengan rakus oleh pemerintah Malaysia dan ulamak2 cari makan. Kita kufur, maka negara ini akan menuju kepada kehancuran.Pemerintah nya dan ulamak2 upahan nya munafik. Orang munafik dilaknati Allah.

tindakan sivil oleh DOJ dilihat sebagai campur tangan Amerika kedalam hal ehwal dalam negeri. Bab yang mana? semua tindakan ini melibatkan perbuatan melanggar undang2 di Amerika bukan Malaysia. Kita jangan campur urusan perundangan dalam negeri Amerika.

tindakan sivil di Amerika kita anggap campur tangan dalalam negeri kita, tetapi derma pak arab ( yang sekarang terdedah sebagai temberang Najib) berbilion itu, tidak pula dianggap campur tangan.

Saya tidak faham pemimpin UMNO- mengapa masih menyokong Najib Tun Razak. Konsep bertaat itu mereka tidak faham. asas permufakatan mereka tidak faham. orang bermuafakat untuk mengerjakan kebaikan dan meningkatkan ketaqwaan. Mereka tidak berkerjasama dan bermuafakat melakukan kejahatan.

Kita bertaat kepada pemimpin yang adil dan baik. Malah, prinsip ini ada dalam budaya melayu- tidak perlu pun rujuk kepada agama.

Ia berbunyi: Raja adil raja disembah- raja zalim raja disanggah.

Semua orang yang membaca dokumen yang dikemukakan oleh DOJ Amerika yang setebal 136 ms, tahu bahawa pihak yang mahu diambil tindakan ialah producer wolf of Wall Street, kerana pembiayaan nya dilakukan dengan wang yang dicuri dari 1MDB. Pembikinan filem tersebut didanai oleh wang yang dicuri yang kemudian nya didhobi. Itu melanggar undang2 Amerika.

Terpapar dengan terang,defenden nya ialah Wolf of Wall Street Motion Pictures including any rights to profits, royalties and distribution proceeds owed to red granite pictures inc.or its affiliates and/or assigns. Wolf of Wall steet motion pictures adalah pihak defenden.

terang bagai hari siang.

Orang Malaysia terkesan, sebab wang yang dicuri datang dari 1MDB. Benar, Najib tidak dinamakan disana. 1MDB official 1, 2, 3 pun tidak dinamakan.

Yang penting- dan ini biar semua penyokong UMNO tahu, ialah pendedahan yang dilakukan dalam filing complaint tersebut. Ia nya mendedahkan bagaimana penglibatan dan peranan setiap orang dalam menipu, menyauk wang dan mendhobi wang 1mdb. Dan dalam 3 fasa pula itu. Kalau ia dilakukan secara berulang, maka disana kita lihat ada perancangan rapi dan tersusun untuk mencuri wang dari 1MDB.

Jadi nilai terbesar dalam mem-failkan complaint in ialah pendedahan suatu rencana rapi untuk menipu rakyat Malaysia, untuk mencuri wang Malaysia. Dan ianya melibatkan individu2 termasuk Malaysia Official 1. Jika Malaysian Official 1 itu nanti di kenalpasti sebagai Dato Najib, bagaimana?

Hanya Najib belum dinamakan lagi sebab kita belum tiba kepada aksi dalam mahkamah. Itu sahaja.

Dan sudah pun ada khabar angin bahawa Najib menghantar seorang peguam ke Amerika untuk berbincang menyekat supaya tidak ada pendakwaan dalam mahkamah terbuka. Bagaimana dia melakukan nya? Si cash is king ini dikatakan akan memberi dana kempen kepada Hilary Clinton yang Najib jangka akan menang dan akan mengenepikan perbicaraan dalam mahkamah terbuka.

Jika itu matlamat nya, ianya mungkin benar sebab itulah cara Najib menyelesaikan masaalah- membeli jalan keluar dengan bayaran bermiliun.

Bukan nya bangsa Melayu musnah dan mati jika Najib bukan PM. Bahkan jka UMNO tidak ada pun, bangsa Melayu boleh terus hidup. 1 dari 5 Melayu ialah UMNO. Jika satu tiada, 4 yang lain tetap masih ujud.

Mahukah kita korbankan satu negara kerana mempertahankan satu orang bernama Najib Tun razak atau dia dan Rsomah Mansor? Rosak bangsa Melayu berketuakan seorang crook yang bengkok. Rosak negara ini berketuakan seorang yang ada kuasa mutlak.

Sedangkan bila kita bercakap dengan pempinan UMNO, setengah nya menteri dan bekas menteri, mereka kata, tidak dapat lagi mempertahankan Najib. Bukan tidak dapat defend daripada serangan orang atau pembangkang; pada bab yang demikian mereka boleh bertikam lidah dan masih dapat mengelat.

tetapi mereka tidak dapat defend dari kebenaran. Orang2 yang menentang Najib, ada kebenaran di pihak mereka.

Kebenaran yang mereka tidak dapat tolak selama nya. Kebenaran akan mengatasi penipuan dan kepalsuan.

Golongan yang jadi pengikut buta pemimpin yang membawa mereka tergelincir dari kebenaran dan jalan yang lurus, adalah golongan yang dilaknati oleh Tuhan.

Ahli2 UMNO biasa akan berkata bahawa kita telah taat kepada ketua kita dan pembesar2 kita, tapi mereka telah memesongkan kita. Mereka akan berdoa kepada Allah- ya Rabb- lipatgandakan hukuman keatas mereka dan laknati mereka dengan laknat yang maha besar. Lihat Al Quran 33:67-68.

Jelas disini, umno selama ini menipu pengikut dan penyokong nya.

Dan puak pas yang memerintah pengikut2 nya bertaat kepada pemimpin juga telah melakukan dosa yang besar –sebab jelas dari ayat diatas, ketaaatan kepada ketua kita itu bersyarat- taat selagi adil dan baik. Seperti Ali bin Abi Talib kata- taat kita ialah taat kepada pemimpin yang adil, baik, lurus, selagi mereka memuliakan prinsip2 dan nilai yang mulia2 yang diredhai oleh Allah.

Dengan berdolak dalih- apa yang dilakukan oleh puak pas ialah menyembunyikan kebenaran.

Mungkin mereka lupa pengajaran universal dari ayat 159 surah al Baqarah. Barangsiapa yang menyembunyikan kebenaran yang Kami telah turunkan dan Panduan yang telah kami buat nyatakan kepada semua dalam Kitab, kepada mereka kita jatuhkan laknat dan sumpah laknat dari mereka yang layak melaknati ( malaikat, nabi2, rasul, orang2 mursyid).

Penjaran-nya: Allah melaknati orang PAS yang menyembunyikan kebenaran. Orang2 yang dianiayai juga akan berdoa kepada Allah melaknati mereka.  Doa orang yang dianiayai, kata orang alim, makbul.

Advertisements

3 thoughts on “dokumen DOJ 136 muka surat, mendedahkan angkara durjana 1MDB

  1. Dari “Appendix C, Points Clarified by Pandita (sic) ZA’BA (Tan Sri Dr. Haji Zainal ‘Abidin b. Ahmad), written about 1959—60)”, dari The Real Cry Of Syed Shaykh al-Hady; With selections of his writings by his son Syed Alwi; Special Edition; edited by Alijah Gordon; ISBN 978-967-10992-4-7; 369 m/s; Rm80 di MPH

    m/s 280
    “. . . Tuan Haji Abbas b. Mohd. Taha . . . was one of the early batch of students from Malaya to have studied and graduated from al-Azhar University at Cairo. A man of strong and independent religious views, he was liberal, but less so than Muhammad ‘Abduh and Rashīd Ridā. He had the courage of his convictions, initiating the big controversy in the Malay papers that interest from a bank was not the ribā (usury) forbidden by Islam. This controversy raged off and on throughout 1913-1914, if I remember correctly. He always signed his named “Abbas b. Md. Taha”, while his attackers sheltered themselves under nom de plumes

    m/s 281
    “Shaykh Awad Sa’idan was another learned ‘Arab merchant , much younger and less learned than Syed Muhammad b. ‘Aqil. . . He frequently wrote articles in the Malay papers on religious topics, and at one time was my opponent (in 1921-2) when I blamed the old-fashioned ‘ulama’ for the decadence of Muslims throughout the world. I never met him; I think he died before the Japanese war.”

    m/s 282
    “As for the Ahmadīya controversy, it was I who initiated the flare-up by asking questions in the papers regarding the then new English translation and commentary on the Qur’an by Maulvi Muhammad ‘Ali. I also asked who Mirzā Ghulā Ahmad (of Qādiān) was . . . In both controversies, there was no decisive conclusion, as neither side admitted defeat or even the possibility of being wrong! But it shook up the lethargic and uncritical minds of Muslim masses, previously accustomed to blind acceptance of what their religious teachers told them. Now many began to think for themselves.”

    m/s 285
    “I believe Syed Shaykh managed to keep his al-Ikhwān and Saudara going during the slump period by means of his frivolous and erotic novels which sold like hot-cakes. He did admit to me that he wrote unholy novels just to get money to publish his more noble and serious religious books. Another thing which kept his two papers alive was the sensation created by his direct attacks on the corrupt religious leaders and unlearned ‘ulamā’ (and indirectly on the Sultans!)

    Dan, sebelum di atas, dalam m/s 279
    “Shaykh Tahir was my ‘Arabic teacher, first in Johor in 1916-17, and then for a short period in Kuala Kangsar in 1919, before he moved to Penang. It was largely through his modern approach in teaching that my boyhood knowledge of ‘Arabic was revived and became intelligible to me. As a result, I eventually secured a Diploma in Classical ‘Arabic from the School of Oriental and African Studies, University of London in 1949.”

    Oleh sebab buku ini tersangat berisi, saya terpaksa melompat-lompat — ke sini, ke sana, Bab ini, dan kemudian Bab itu yang jauh di belakang.

    Mereka yang dahulunya telah memijak bumi kita ini tak akan pulang, cuma idea-idea dan mimpi-mimpi mulia, kita boleh jadikan sebagai pedoman, baik untuk Muslim atau bukan Muslim — kafir harbi dalam istilah segelintir manusia yang merasa semakin tertekan.

    Oleh sebab buku ini tersangat berisi, saya terpaksa melompat-lompat — ke sini, ke sana, Bab ini, dan kemudian Bab itu yang jauh di belakang.

    We live in interesting times” demikian laknat oleh kaum yang matanya sesepet dengan saya. L O L

    Like

  2. Pingback: The comedy of errors orchestrated by Najib Razak | jebatmustdie

  3. Lebih tepatnya: “May you live in interesting times”

    “. . . is an English expression purported to be a translation of a traditional Chinese curse. Despite being so common in English as to be known as “the Chinese curse”, the saying is apocryphal, and no actual Chinese source has ever been produced.”

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s