pencuri melindungi pencuri, bukan kerjasama dengan polisi

Ada sesuatu yang tidak kena dalam kepala pimpinan UMNO. Kali ini, Shahrizat Jalil- masih lagi ketua wanita ya? Berkata campurtangan asing akan menjadi Malaysia jadi Syria atau Iraq. Wow!

Ada perbezaan dan ada persamaan dalam perbandingan itu kak ijat. You are a lawyer who is supposed to distinguish between cases.

Persamaan nya ialah Iraq dan Syria di pimpin oleh diktator. Malaysia sekarang dipimpin oleh diktator , ada orang kata, idi amin Malaysia. Idi amin dijulang atas tandu oleh mat saleh- Najib dijulang atas tandu pemikiran sempit dan bingung macam kak Ijat.

Tapi bukankah kak ijat ini terlibat dalam penyonglapan wang RM250 juta untuk membangunkan industry lembu? Orang UMNO mahu jadi lembu is ok, tapi kita jangan dilembukan.

Sungguh dasyat orang macam ini jadi ketua wanita umno Malaysia. Tapi itu bererti Shahrizat mengakui bahawa Malaysia dipimpin oleh seorang diktator seperti Saddam Husin dan Bakhtiar Assad? Dan di Malaysia ada pertentangan antara golongan agama?

Di Malaysia kita ada suatu kumpulan agama yang telah mengangkat taraf mereka kepada orang kanan Tuhan. Mereka gerenti  masuk syurga, mereka gerenti nikmat Allah, mereka beri paspot untuk masuk syurga, mereka beri sijil keatas keIslaman seseorang.

Oang yang macam ini sebenarnya akan dilaknat TUhan sebab mereka ingat, meeka sudah legkap dan serba tahu sejauhmana kuasa dan ilmu Tuhan. Itu sama seperti menghadkan kuasa Allah. Allah kata mereka akan kena laknat. Lihat Quran 2:88

Bersih mahu adakan himpunan. Kita akan sokong himpunan tersebut. Jika golongan baju merah hendak berhimpun dan niat mereka ialah hendak bergaduh dan berkelahi, pihak polis kena bertindak. Polis mesti profesyenal. Jangan tunjuk mereka melindungi pihak crook.

Seperti  dalam hal sekarang. Beberapa orang Malaysia- 1MDB official 1,2, dan 3, Riza Aziz dan Jho Low semua ada kaitan dengan pemindahan wang secaram haram dan penipuan. Mereka mesti mengeluarkan waran untuk soal mereka.  Jangan nanti dan mengheret kaki.

Surely- siasatan yang dilakukan oleh FBI dan kerapian dan ketelitian siasatan mereka seperti tergambar dalam filing, memberi pengajaran bagaimana siasatan dan lapuran yang professional dilakukan.

Pengerusi PAC pun mesti berkursus macam mana hendak tulis report supaya mudah orang faham.

Ini suatu sumbangan yang sangat berharga dalam mendapatkan keadilan yang telah dilakukan oleh DOJ Amerika kepada rakyat Malaysia. Kita terima kasih bukan pesong fikiran rakyat mengatakan ini sebagai campurtangan Amerika. Jangan  cuba takutkan rakyat. Rakyat akan menakutkan kamu.

Aksi peguam negara Amerika ialah memfail tuntutan dari mahkamah untuk merampas hasil dan harta milik red granite yang membuat filem the wolf of wall street. Aksi ini diarahkan kepada entity ini.  Red Granite and Wolf of Wall street ialah plaintiff. Negara Malaysia bukan nya enti yang disaman.

Itu benar. Malaysia tidak disaman. Tapi yang menariknya ialah penceritaan yang mendedahkan penglibatan pihak lain, termasuk pegawai 1MDB dan rakan2 kongsi nya dan penglibatan Malaysian Official 1- iaitu yang kita tidak ragu2 lagi ialah Dato najib Tun Razak.

Dengan jelas, tindakan ini ialah untuk merampas harta dan wang, hasilan dari the wolf of wall street yang dikeluarkan oleh red Granite dengan wang yang telah dicuri dari 1MDB.

Dengan wang yang dicuri dari 1MDB. 1MDB itu Malaysia yang punya. Adakah aksi peguam negara keatas Red Granite /wolf of wall street tidak terkesan keatas negara kita?  We must be full of dumbasses kalau demikian.

Jho low telah menggunakan USD400 juta duit 1MDB untuk memuaskan nasfsu serakahnya, berjudi dan melakukan kegiatan2 lain. Kita mesti ingat, pegwai dalam 1MDB telah memindahkan USD1.03 billion kedalam akaun nya. Pegawai2 ini telah menipu rakyat Malaysia, dengan menggambarkan bahawa syarikat Jho Low Good Star Ltd adalah milik PSI. sebetulnya ia tidak.

Orang yang bertanggungjawab menipu perkara ini ialah Shahrol azral. Kenapa Najib melindungi seorang yang telah mencuri duit 1MDB? Apa kepentingan dia melindungi melainkan shahrol boleh mendedahkan siapa sebenarnya dalang yang meluluskan dan mengarah pemindahan wang tersebut.

pencuri akan lindung pencuri , bukan kerjasama dengan polisi.

Advertisements

One thought on “pencuri melindungi pencuri, bukan kerjasama dengan polisi

  1. Pingback: The comedy of errors orchestrated by Najib Razak | jebatmustdie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s