Bila Geng Najib kata sabar….kita mesti waspada.

Bila sahaja pihak pemerintah cakap apa apa hari ini, semua orang rasa meluat dan marah.Bagaimana mana2 rakyat yang ada maruah dan bermoral dapat mempertahankan kerajaan yang korap, pemimpin yang tidak jujur dan amanah, yang membohong, mencuri wang rakyat, tidak masuk akal sama sekali. Kenapa mereka melakukan demikian?

Bila saleh said keruak kata- malah sesiapa sahaja dari geng Najib kata- sabar- siasatan belum selesai, kita harus waspada. Itu mungkin bermakna, langkah2 sedang diambil untuk neutralise tindakan sivil sebelum jadi tindakan jenayah.

Mereka akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri.

Kita kena fikir seperti pencuri dan penjenayah dan orang yang melakukan kesalahan berfikir. apa yang Najib akan buat? Apa Riza Aziz akan buat? Apa Jho Low akan buat? Eric Tan Lee Koon? 1MDB offcial 1, 2 dan 3?

Pertama, cuba rasuah. Cari politisyen Amerika yang mahu kerjasama. Beri Amerika apa sahaja mereka mahu asal kes ini diselesaikan.

Kedua, employ diversionary tactics. Lakukan red herring. Cipta cerita lain.

Fikirkan- jika benar Najib telah hantar seorang peguam terkenal ke Amerika, apa misi nya? sudah tentu bukan untuk bermain golf dengan Loretta Lynch. atau ajak makan musang king?

Untuk throw kita off track, cerita di reka bahawa peguam itu telah pergi ke Amerika untuk mendedahkan kekayaan anak2 Dr Mahathir. apa kaitan kekayaan anak2 Mahathir dengan 1MDB? Jika itulah yang kem Najib buat, itu suatu tindakan yang sangat desperate.

Itu naratif bohong- misi utama dan satu2 nya misi peguam itu, jika benar khabar angin ialah untuk kautim dengan pihak peguam di Amerika.

Najib dan geng tidak akan duduk diam. Dia akan cuba membayar diri nya keluar dari masaalah ini. Itu MO nya. Itu SOP nya. Cash is King.

Kita hairan mengapa PM mahu mempertahankan Jho Low dengan menyatakan dia tidak ada kaitan dengan 1MDB. tapi ini tipikal Najib. Kita tidak tanya sama ada Jho Low ada kaitan dengan 1MDB atau tidak.

lain ditanya, lain dijawab. Orang yang tidak lurus tidak boleh beri jawapan yang lurus. adakah kamu kenal altantuya? saya dah buat sumpah laknat di masjid.  PM yang tidak boleh beri jawapan yang lurus, bolehkah kita percayai nya?

kaitan aatau tidak, fakta nya, ialah Jho Low telah curi USD1.03 billion duit 1MDB. duit itu digunakan untk berjudi, enjoy, beli lukisan kesemuanya bernilai USD200juta, beli jet, beli hartanah, rumah mewah dan sebagainya.

bukan kaitan Jho Low dengan 1MDB yang kita hendak tahu. kecurian wang dari 1MDB yang isu nya.

Jika sampai tahap ini, ini makna nya, apa Najib cakap sudah tidak berguna sesen pun dan rakyat Malaysia jangan lagi dengar apa yang dicakapkan. Semua nya penipuan seperti mana dia menipu kita semua- mula2 kata tidak ada derma. Kemudian ada derma dan wang masuk dalam akaun peribadi nya. Bukan untuk dia pakai sendiri- tapi pak arab beri dia kerana apresiasi kepada Malaysia melawan pelampau Islam.

Kemudian wang tersebut  berfungsi untuk membetulkan aqidah ahlus Sunnah wal jemaaah. Akhir sekali, ternyata wang tersebut masuk dalam akaun nya diguna untuk merasuah pengundii supaya mengundi UMNO.  Sekarang seluruh dunia tahu, bahawa tidak ada pak arab yang derma Rm2.6 billion- wang tersebut datang dari 1MDB melalui Tanore Finance.

Penipuan dan pembohongan sepanjang jalan.

Dalam pada membayar duit itu, UMNO dan BN hanya bejaya mendapat 46% undi popular di Semenanjung.  Kenapa? Kerana wang sudah disauk oleh orang tengah UMNO- ketua2 bahagian, AJK bahagian yang ditugas memberi wang.

Sejak mula sudah menipu, , maka bagaimana kita mahu percayakan PM kita ini? kenapa kita mahu percaya dia ambil setakat USD110 juta setelah memulangkan sebahagian dari USD681 juta?

Siasatan Switzerland belum keluar. mungkin ada banyak disana? bagaimana dengan bayaan USD3.5 juta kedalam Aabar BVI? berapa pula cut nya?  Jika USD7-8 billion tidak boleh dikesan, sukar kita percaya Malaysia Offcial 1 hanya dapat USD110 juta? Boss mesti dapat bahagian yang lebih besar.

Ianya terang seperti hari siang, bahawa USD1.03 billion wang 1MDB dipindah kedalam akaun Good Star Ltd- syarikat yang dimiliki oleh Low teik Jho. Jho Low telah curi duit 1MDB dan orang yang bertanggung jawab meluluskan pemindahan sebanyak itu, tidak mungkin Shahrol Azral, tidak mungkin pegawai kecil yang lain.

Ianya diluluskan oleh Malaysian Official 1.  Malaysia Official 1 yang mempunyai kuasa besar dalam 1MDB dan ada kaitan persaudaraan berthabit dengan Riza Aziz ialah Najib Tun Razak.

Sudah jelas, penafian kaitan Jho Low, pencuri wang 1MDB dan pembelaan keatas Jho Low adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral.

1MDB ialah ATM raksasa untuk sekumpulan penyamun dan pencuri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s