Malaysian Official 1 dan kesialan 1MDB

Kalau kita baca dokumen 136 ms DOJ, tidak ada orang yang tidak marah. Haramjadah dan celaka orang yang cuba meremehkan kes ini sebagai kes sivil dan oleh yang demikian bukan lah perkara bersar.

USD3.5 billion atau RM14 billion telah dicuri dari 1MDB dan kita mahu cakap ok? pukimak betul! mari kita berdoa supaya Allah melaknati semua mereka- Malaysian Offcial 1, 1MDB officers 1, 2 dan 3, Low Teik Jho, Riza Aziz, Qubaisy, Badawy, Eric Tan, semua sekali.

1MDB ialah cerita pencurian yang terbesar dalam sejarah Malaysia dan ada si celaka kata, tidak apa2, ini kes sivil sahaja.

Malaysian official 1, terlibat dan bertanggung jawab atas apa yang dilakukan oleh 1MDB dan pencuri2 didalam nya sejak mula lagi. Sebaik sahaja TIA berubah menjadi 1MDB, orang nombor satu nya, ialah Malaysian Official 1. Semua orang tahu siapa dia.

USD681 juta atau RM2.7bn  datang dari 1MDB. melalui Tanore Finance. Dia kata dia pulang USD620 juta. Sila kemukakan bukti. Bank Negara mesti ada rekod. tunjuklah remittance slip atau apa ke. kepada siapa dia pulangkan USD620juta?

Duit yang hilang dari 1MDB sekitar USD7-8 billion. Mustahil kepala nya, Malaysian Offcial 1 hanya dapat USD110 million. Dia mesti dapat lebih dari itu. Kita belum jumpa sahaja mana akaun2 rahsia nya. Boleh jadi ada di Kazakhstan, atau Dubai atau mana2 lah.

Kita sudah jemu dengan belitan dan kelentong penyokong2 Najib. Yang hendak mempertahankan kemungkaran. Jika yang membela dan mempertahankan Najib itu seorang ulama, maka ulama itu ulama jahat.

Dia pun akhirnya akan mati dan berdepan dengan Penjadi nya. Hari ini dia megah ada title timbalan ulamak sedunia atau presiden parti nya, akhirnya dia pun jadi makanan cacing macam kita semua juga.

Mungkin orang yang menuduh pasal campurtangan, tidak baca dokumen 136 muka surat. Orang UMNO manalah suka baca benda2 serious. Mereka suka baca Gila2 dan komik dan majallah Mustika. Boleh jadi mereka tidak faham Bahasa Inggeris.

Tapi, kejahilan bukan alasan. Orang lain faham Bahasa Inggeris dan kebenaran tdak bergantung kepada sama ada orang UMNO atau ulama tahu atau faham Bahasa Inggeris.

Dokumen itu menyebut dengan terang bahawa ini ialah civil suit keatas semua yakni in rem…untuk merampas balik wang dan harta dari plaintiff di Amerika, Switzerland dan Eropah dan lain2 tempat. Kerana semua nya diperolehi melalui melanggar undang2 Amerika.

Bukan undang2 Malaysia. Malaysia kata tidak ada jenayah atau salah laku berlaku.

Dan ia melanggar undang2 money laundering macam AMLA di Malaysia. Tapi pelanggaran AMLA di Malaysia kita tidak pernah dengar. Orang Malaysia tidak pernah menyeludup wang keluar atau masuk. Namun, Malaysia berada ditempat ke2 dalam dunia dalam kes pengaliran wang haram keluar Malaysia.

Duit yang dicuri dari 1MDB digunakan untuk berbelanja membeli harta dan rumah, bangunan, USD200 juta untuk beli lukisan2 , beratus juta lagi untuk bayar kalah judi dan lain2.

Dalam perenggan 7, dinyatakan- the criminal conduct alleged herein berlaku dalam 3 fasa:- ertinya, pegawai undang2 Amerika ada dalam kepala mereka, langkah berikut nya ialah pendakwaan jenayah.

Siap engkau 1MDB officers 1,2,3, Etic tan, Qubaisi, Huseini, Low Teik Jho dan Malaysian Offcial 1.

Fasa pertama ialah zaman Good Star ltd- dimana pegawai2 1MDB telah memindah secara haram USD1.03 billion kedalam akaun GOOD STAR. Mereka telah bersubahat memperakui bahawa good star adalah sebahagian dari PSI.

Tangkap semua mereka.

niat mereka ialah memang hendak mencuri; setelah diketahui bahawa Good star bukan sebahagian dari PSI, masih juga 1MDB pindahkan wang sebanyak USD330 juta kedalam akaun Jho Low di Good Star. Mengapa? Kalau ianya diulangi, kita boleh conclude, memang niatnya mencuri.

Jhow Low telah menggunakan lebih dari USD400 juta untuk berfoya foya dengan rakan2 nya. Ini mungkin bab Jho Low main2 dengan Paris Hilton kongkek sana, kongkek sini dengan gadis2 jelita, menghujani mereka dengan crystal champagne dan sebagainya. USD400 juta-RM1.6 billion.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan Jho Low dan rakan2 nya. Tarek Obaid, Patrick Mahony semua dibayar dengan wang yang dicuri dari 1MDB. Siasat semua- Casey Tang, Jasmine Loo.

Orang UMNO –sikap mereka sama seperti orang yang bertegas mahu bayar saman jalanan ETS, walaupun tidak ada duit. Mereka memprotes tindakan Amerika mahu merampas duit dan harta dan hasil yang dibolehkan oleh wang yang dicuri dari 1MDB. Mereka mempertahankan pencurian, kemungkaran dan rompakan yang berlaku.

Apa sudah jadi pada Melayu UMNO?

Bolehkah rakyat Malaysia bergantung masa depan dengan orang2 yang ada sikap seperti ini?

Jho low dengan sekelip mana mencapai satus watak yang dibenci seperti  watak2 poh kee mak, Tong sam pah, dalam novel2 pak sako dan dalam folklore moden, sama seperti puah chee bai dan loo lan chow.

Peringkat ke2 ialah Fasa Aabar BVI di mana 1MDB melalui Goldman Sachs telah menerbitkan bon USD3.5billion. Dari sini, pegawai2 1MDB telah memparkir atau meletakkan USD1.4 billion konon nya sebagai deposit sekuriti dengan Aabar. Wang tersebut sebetulnya telah disonglap oleh Khadem Qubaisi dan Badawy Husseini dengan kerjasama  pegawai2 1MDB dan diletak dalam akaun Aabar BVI.

Dari sini sejumlah wang USD30juta dihantar masuk kedalam akaun Malaysian Official 1. Dari sini juga lebih dari USD200 juta di ‘derma’ kedalam akaun Riza Aziz.

Fakta nya duit ini semua duit kecurian dari 1MDB.

Peringkat ke3 ialah fasa Tanore finance. Sekali lagi Goldman Sachs bantu menerbitkan bon USD3 billion. Dalam beberapa hari sebahagian dari wang ini dipindahkan kedalam akaun Tanore Finance Singapore. Tanore Finance hantar duit kedalam akaun najib Tun Razak usd 681 juta. Tapi Najib tipu semua rakyat Malaysia, bahawa jumlah ini derma dari Pak Arab. Ia datang dari Tanore Finance.

Didalam perenggan 36, komunikasi eletronik menunjukkan jho low terlibat dalam pengujudan TiA dan menyambung penglibatan nya bila TIA jadi 1MDB pada September 2009. Ketika ini 1mDB mengambil alih keseluruhan TIA termasuk lah RM5 billion Islamic Medium Term Notes yang kontroversi itu.

Penglibatan Jho low yang dibuktikan oleh siasatan ini, berlawanan dengan kenyataan sesen pun tak guna dari PM Najib yang terus mempertahankan penglibatan si cina tembam ini. Apa yang mahu dilindungi oleh Najib? Jho Low is a a crook- Najib melindungi crook. UMNO melindungi crook dan penjahat yang telah mencuri wang rakyat Malaysia.

Crooks memang bersekongkol sesama mereka rupa2 nya.

Para 39 mengenalkan kita kepada Malaysian Official 1 yang ada kuasa besar dalam 1MDB dan tangung jawab nya keatas 1mdb. Sejak dari pembentukan 1MDB lagi, peranan Malaysian Official 1 dalam segala transaksi 1MDB amat ketara.

Good star telah diperbadankan di Seychelles. Walaupun pegawai2 1mdb memperakui bahawa syarikat ini milik PSI, sebenarnya ia tidak. Pengarah tunggal syarikat ini ialah jho Low. Kemudian dia bukak bank di Singapura- RBS Coutts  dan rekod menunjukkan bahawa penanda tangan tunggal ialah Jho Low. Jho Low dibantu oleh Singapore banker 1.

Biarlah 1MDB membawa sial kepada pelakun2 utama nya; jangan kita biarkan negara kita disialkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s