Belajar dari warisan budaya sendiri

Sukar hendak dipercayai bahawa bangsa Melayu faham akan sejarah bangsa nya sendiri. Ramai jahil dan tidak peduli hikayat bangsa sendiri. Orang Melayu lebih menyukai membuaskan diri dengan berkelahi dan hendak tunjuk garang kepada bangsa lain. Itu sahaja- asyik membesar besarkan diri dengan ransangan jiwa kepahlawanan yang beraqal pendek.

Bangsa Melayu hari ini, kesana kemari bagaikan ayam tidak berkepala hanya kerana kepimpinan bangsa itu buruk.

Akan kejahilan mereka itu, ianya terjadi sebab mereka tidak suka membaca terutama karangan2 klasik seperti Sejarah Melayu. Jika dari perbendaharaan dan khazanah bangsa sendiri mereka tidak menyukai nya, janganlah hendak di cakapkan lagi perihal menimba pengajaran dari kitab2 Islam bahkan Quran itu sendiri.

Melayu hari ini adalah Nama Sahaja Melayu, dan Nama Sahaja Islam. UMNO itu Nama Sahaja Melayu dan PAS pula Nama Sahaja Islam. Akan perbuatan mereka sebenarnya, tidaklah seMelayu dan tidaklah seIslam.

Mereka mempertahankan prinsip nafsu kebinatangan dan menolak  prinsip2 serta nilai2 yang mulia. Mereka menyokong pemimpin yang buruk dan menolak pemimpin yang baik. Maka jadi negara ini porak poranda dan kacau bilau.

Orang Melayu hari ini hanya suka cakap besar berdegar degar- mengenai dunia, mahukan agama. Jika bercakap mengenai agama, besar kemungkinan itu hanya untuk menyembunyikan perbuatan sebenar mereka yang rasuah, buas dan jahil semata mata.

Janganlah kita lupa, jatuh bangun bangsa Melayu ini bergantung kepada baik dan buruk pemimpin dan pimpinan. Baik pemimpin, baiklah kerajaan dan negara. Buruk pemimpin, maka buruklah negara dan bangsa.

Itulah pengajaran yang paling asas dalam tulisan klasik bangsa Melayu yang sudah tidak dibaca lagi dan dihargai oleh bangsa Melayu.

Minda Melayu sudah turun jatuh beberapa darjat kerana asyik membaca komik dan novel2 seks sahaja.

Bertolak dari prinsip pemimpin buruk membawa keburukan kepada pemerintahan, pemimpin baik memberi kita kerajaan yang baik, maka prinsip berikutnya ialah- mengeluarkan pemimpin yang buruk itu, adalah matlamat keutamaan kita. Mengeluari pemimpin yang buruk menyelamatkan negara. Kemudian barulah ditetapkan peraturan dan sistem yang baru.

Maka hari ini, gerakan dan usaha mengeluarkan Najib ialah langkah yang bertepatan dengan pengajaran dari sejarah. Dari sejarah Melayu, mengeluarkan, mengalahkan pemimpin itu membawa akan kemenangan kepada pihak yang mengeluarkan.

Dalam zaman dahulu kala, Raja Syulan menakluk negara Gangga Syah Negara  dengan membunuh Raja Linggi Shah Johan. Maka bila Raja Linggi Shah Johan dikeluarkan, maka rakyat nya berpecah.

Bila Raja Syulan mahu menakluk negara Lenggui, dia mengeluarkan pemimpin negara itu, Raja Culin.

Dari lembaran sejarah, prinsip nya ialah- keluarkan pemimpin, maka penyokong nya akan berpecah dan meningalkan pemimpin itu.

Dari lembaran sejarah bangsa Melayu jua, bahawa rakyat lah yang menetapkan the terms of leadership atau rukun raja dengan rakyat. Janji Demang Lebar Daun akan bertaat kepada Sri Teri Buana bersyaratkan Raja dan pemimpin itu jangan menzalimi rakyat jelata walaupun bagaimana jahil dan buruk perangai, jangan dihina dan dicerca.

Sri teri Buana mewajibkan bahawa rakyat setia dan jangan derhaka kepada Raja walaupun zalim. Kata akhir tetap juga pada rakyat bila Demang Lebar Daun menegaskan , perjanjian terbatal, jika raja dan pemimpin yang memulakan penganiayaan terlebih dahulu.

Rakyat lah yang menentukan terma2 pemimpin dan ber-rakyat.

Advertisements

One thought on “Belajar dari warisan budaya sendiri

  1. Pingback: 1MDB and the Malays | 書 政 shuzheng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s