belajar dari warisan budaya – bah 2

Kata pemutus dalam menentukan jenis pemimpin macam mana yang kita kehendaki, kita rakyatlah yang menentukan nya. Itu dia pengajaran dari perjanjian dan waad antara Demang Lebar Daun dan Sri Teri Buana- yakni perjanjian antara rakyat dengan pemerintah.

Kebijaksanaan itu sudah tersedia ada dalam khazanah budaya Melayu itu sendiri- yakni rahsia disebalik kerajaan yang baik, ialah pemimpin2 yang baik.

Taat rakyat kepada Raja/pemerintah ialah taat yang besyarat. Jika Raja yang memulakan perlanggaran perjanjian, maka rakyat tidak wajib menyokong nya. itu menjadi prinsip sejak zaman berzaman.

Maka tanggung jawab pemimpin ialah memelihara amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada nya. Bila pemerintah tidak amanah, tidak boleh dipercayai kerana kuatnya berbohong apatah lagi mencuri wang rakyat, maka, pengajaran  dari budaya melayu itu, ialah rakyat boleh membuang pemerintah.

Kita buang pemimpin, bukan bangsa Melayu itu. Hari ini, atas nama bangsa, semua nya dihalalkan.

Tidak perlu kita merujuk kepada agama Islam itu lagi. Jika dirujuk maka kuat lagi lah tuntutan kita menolak pemerintah yag tidak adil. Mana mungkin agama Islam jadi pelindung kepada maksiat dan kemungkaran?

apatah lagi gerakan politik Islam hari ini dalam negara kita dipimpin oleh pimpinan yang rasuah. ya- rasuah, jika mendapat faedah peribadi dan persendirian dari jawatan yang bersifat awam.

Seperti sabda nabi Muhammad kepada kita iaitu besarkan dan muliakan kamu akan sultan yakni pemerintah, kerana ianya bayangan Allah dimuka bumi, selagi dia adil. Jika tidak adil, maka wajib berputusan dengan pemerintah yang tidak adil.

Kita sebagai rakyat bertanggung jawab menjaga dan memelihara integrity kepimpinan bangsa kita. Jika kita menuntut yang koro, maka kita dapat pemimpin yang koro. Tapi jika kita menuntut dan demand, pemimpin yang berkualiti tanpa kompromi, kita dapat itulah jua.

Tidak syak lagi, pergerakan pemuda UMNO mendapat jenis pemimpin yang mereka tuntut.

Maka menyokong Najib yang mencuri duit dari 1MDB bererti satu sahaja- iaitu kita menyokong pencurian dan pemimpin yang koro. Kita merelai pemimpin yang buruk , maka itulah jenis pemerintahan yang kita dapati- yang buruk. Ianya berbalik kepada prinsip yang asas- baik pemimpin baiklah pemerintahan. Buruk pemimpin, buruklah pemerintahan.

System yang buruk boleh diperbaiki dengan dan oleh pemimpin yang baik. Tapi system yang baik, dimusnahkan oleh pemimpin yang buruk.

Maka biarlah orang2 seperti naib ketua pemuda umno memekik dan melolong sana sini mendakwa telah mematahkan cubaan menggulingkan kerajaan Najib- apa lagi yang boleh dicakapkan oleh nya untuk menyelamatkan air muka yang tidak malu itu?- fakta nya ialah bangsa melayu musnah kerana pemimpin buruk macam Najib.

Dalam zaman Sultan Alaudin Melaka ,  bendahara Paduka Raja( PM dalam sebutan hari ini) ketika sedang tenat sakit dan tahu akan meninggal dunia yang fana ini, berpesan supaya bertaat kepada Allah dan Rasul.

Aspek bertaat kepada ulil amri tidak ditekan. Keutamaan ialah taat kepada Allah dan Rasul sebab, seperti yang semua orang patut faham, bertaat kepada Allah dan Rasul itu ialah bertaat yang tidak bersyarat. Sedangkan bertaat keada pemimpin ialah taat yang bersyarat.

Malah Bendahara Paduka Raja berpesan

  • bahawa pemimpin yang ada pertalian saudara dengan raja, jangan mencabul kuasa membunuh orang sesuka hati.
  • Yang tidak berkerja dengan raja, digalakkan berkerja ditempat lain sebab rezeki bukan hanya berkerja dengan membodek raja.
  • Dan yang jadi Raja itu jangan dengar nasihat  orang berjahat hati kerana raja yang mendengar nasihat yang demikian akan memunahkan akan memusnahkan negara.
  • Bendahara berpesan kepada anak cucu nya berbakti kepada raja yang adil dan raja yang memerintahkan mengikut2 undang.

Masa depan bangsa Melayu bergantung kepada kepimpinan bangsa tersebut. Itulah pengajaran2 daripada khazanah budaya Melayu sejak zaman  berzaman.

Baik pemimpin, baiklah bangsa melayu. Rahsia dibelakang kerajaan yang baik, ialah kepimpinan yang baik.

Rasuah pemimpin, maka bangsa Melayu itu jadilah bangsa yang rasuah. Tidak bermoral pemimpin, tidak jujur, tidak amanah, cakap besar, maka demikian lah jadi bangsa melayu.

Naib ketua pemuda UMNO membuat lapuran keatas 3 tan sri yang memegang 3 institusi penegak kebenaran yang berbeza. Mereka diletakkan disana sebab negara berkeyakinan mereka dapat menjalankan tanggung jawab. Tanggung jawab mereka ialah memelihara integrity negara ini bukan jaga masa depan Najib. Kita bukan hamba sahaya Najib dan isteri nya.

Maka tidak masuk akal, mereka berkomplot untuk menjatuhkan PM. Bukankah, peserta ke4 dalam rangkaian  tan sri2 tersebut  ialah KPN sendiri? Jika pihak FBI meminta maklumat dari PDRM- adakah PDRM dianggap berkomplot menjatuhkan PM kerena memberi maklumat kepada polis Amerika?

Bangsa Melayu tidak dididik dan diasuh untuk mempertahankan kemungkaran dan kesalahan. Mengapa KPN tidak termasuk dalam kumpulan tan sri yang mahu menggulingkan PM jika 3 Tan Sri Lain dianggap demikian?

JIka inilah standard yang ditunjukkan oleh naib ketua Pemuda UMNO, ia mencerminkan kualiti pemuda UMNO keseluruhan nya. Adakah orang Melayu mahu berketuakan mereka yang seperti ini? Pergerakan ini penuh dengan half past six characters yang hanya memikirkan projek apa yang boleh mereka sauk dan kebas. Semua ini dilakukan atas nama bangsa, agama dan negara.

Kita yang selainnya,mesti belajar dari prinsip2 berkerajaan dari warisan budaya kita sendiri. Baik pemimpin, baiklah kerajaan; buruk pemimpin, maka buruklah kerajaan.

Advertisements

3 thoughts on “belajar dari warisan budaya – bah 2

  1. Apa lagi yang bolih di lakukan olih timbalan Khairy Jamaludin ? Bukan saja taraf Pemuda UMNO setaraf hampeh , bahkan tidak bolih di pakai guna ( useless ) .

    Mengapa tiada laporan di buat terhadap kementerian Ketua Pemuda kerana menggelapkan dana lebih 100 juta ringgit ??? Jangan jangan mereka ni semua nya berada di dalam satu kapal ?????

    Like

  2. Setelah di perhalusi kedua dua artikel ini saya dapati bukan sahaja Naib Ketua UMNO-ngok yang berperanggai demikian – suka mengampu, malah yang berada di dalam saf pimpinan pun sama. Yang lebih “MENYORONAK KAN” herana para lebai dan yang di gelar Tok Guru(Yang aku gelar sebagai Serban Longgar) juga turut sama mempertahan kan para pemimpin yang rasuah. Tak tahu lah kalau kalau di dalam kitab simpinan mereka ada bait bait tersebut.

    Peri hal orang Melayu yang malas membaca usah lah di pertikai kan. Selain dari kedua dua kitab yang di sebut kan itu kebanyakan mereka suka membaca akhbar yang kerap menyiarkan berita berita yang tak masuh akal, saperti memfitnah, mengampu dan sebagai nya. Nak di harap kan generasi muda untuk melakukan perubahan rasa nya amat sukar kerana sejak dari tertubuh nya UMNO fikiran mereka sudah di bongsaikan. Itu sebab semasa UMNO di haram kan dan UMNO-BARU di tubuhkan, lama kelamaan perkatan “BARU” pun hilang

    Like

  3. [Tali pengikat dari lembaga
    Keris menyala dari undang
    Pedang memancung dari raja

    Masing-masing yang berkuasa ada tanggungjawabnya. Kalau pada satu waktu dahulu, “Raja adil raja disembah, Raja zalim raja di sanggah”, Raja itu pusat kekuasaan. Sekarang kuasa kerajaan itu di tangan Kabinet, maka Kabinet itu boleh digulingkan mengikut cara demokrasi Barat, sekiranya ia zalim atau tidak cekap atau tidak amanah. Tidak ada di dalam tamadun Melayu bahawa rakyat itu sentiasa taat setia menanggung sengsara selama-lamanya. Sekiranya tamadun Melayu beku dan tidak sanggup membuat perubahan, maka itu bukannya hidup berdemokrasi, tetapi mengikut cara dia mahu kerusi.

    Ramai orang Melayu melemparkan kata “biar mati anak jangan mati adat” seolah-olah tamadun Melayu itu tidak boleh diubahsuai. Kekeliruan ini berpunca daripada kurang pengertian dengan perkataan adat. Di sini adat bukan bermakna peraturan yang biasa dipakai. Makna adat yang lebih tepat ialah hukum atau undang-undang. Jangan mati adat bukan bermaksud tamadun Melayu tidak boleh mengubah hukum. Di dalam masyarakat Melayu apabila seseorang itu mati, dia harus dikuburkan, maka dia dikandung tanah dan waktu hidupnya dia dikandung adat, yakni hidup mengikut perlembagaan dan menghormati kedaulatan undang-undang. Hukum atau undang-undang berubah mengikut kehendak masa. Kerana itu ada pepatah
    Sekali raja bertukar
    Sekali adat berubah
    Raja di sini bermakna orang yang berkuasa dan memerintah dan boleh bertukar ganti. “Hilang adat tegal muafakat”, memaksa masyarakat Melayu membuat perubahan hukum apabila undang-undang itu usang, tetapi ini hendaklah dilaksanakan dengan cara “muafakat”, bukan dengan cara konfrontasi atau cara anjing beruli, siapa kuat naik atas. Ia mengikut cara enjut-enjut semut, siapa sakit, yakni “underdog”, naik atas. Itulah keadilan tamadun Melayu iaitu tamadun yang sanggup membuat menerima perubahan mengikut kehendak semasa. Mempertahankan keadilan dengan cara muafakat, tanpa ugut dengan kekerasan kuasa. Apabila kurang muafakat tapi berkeras, maka orang Melayu bercelaru, bercempera tidak keruan. Untuk menjauhkan bencana yang merugikan ini, eloklah orang Melayu yang sanggup membawa perubahan pada tamadunnya sentiasa berbuat demikian dengan cara muafakat, bukan konfrontasi. Ini adalah perkara metodologi atau kaedah semata-mata. ]

    m/s 153 -154; Bab 3: “Rumpun Melayu: Cabaran dan Masa Depan Tamadunnya” oleh Ghazali Shafie; dari buku Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedupuluh Satu Edisi Kedua oleh Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh, Ghazali Shafie; Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 1997

    *Semua tekanan/huruf tebal oleh saya

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s