Bangsa Melayu, bangsa yang bermaruah dan berprinsip juga.

2 Gergasi Melayu- Zaaba dan Syed Sheikh Alhady.

Orang Melayu yang menyokong UMNO- teruslah menyokong nya. Kita tidak berkelahi dengan mereka atas sebab pilihan. Ini negara demokrasi. Demokrasi ertinya, bebas memilih. Tapi mereka mesti menyokong nya atas sebab2 yang benar.

Bahkan konsep kebenaran dan keadilan yang pemimpin dan UMNO percaya pun bebas mereka pilih. Tapi kita juga mesti deberi kebebasan untuk menyatakan apa yang kita faham dengan konsep kebenaran dan keadilan. Kemudian  kita beri rakyat kebebasan untuk menilai sikap kita.

Hendak suruh sokong UMNO, serulah atas sebab2 yang siuman sedikit. Najib kata dia dianiayai kerana enggan di bosskan oleh Mahathir. alasan tak siuman apa ini?  Bukan Mahathir yang suruh Najib bantai berbilion billion. jangan salahkan orang lain, kalau kita sendiri melakukan kejahatan.

Sehingga kita USD7-8 billion tidak dapat dikesan. Kita melihat dalam akaun2 yang salah agak nya?

Orang2 yang mengaitkan musibah yang melanda negara kita ini dengan Dr mahathir, apa kena otak mereka? bukankah antara Najib dengan Mahathir sudah berlaku dua kali pertukaran- Pak Lah dan  Najib sendiri?  dan mengaitkan musibah yang kita lalui sekarang dengan Mahathir, adakah ianya menyelesaikan musibah itu? Atau mengurangkan salah laku Najib TUn Razak? pelaku dan penyebab musibah hari ini ialah Najib, BUKAN Mahathir.

jangan beri alasan menyokong yang gila. Idris Haron hendak gila seorang diri, kita persilakan. Tapi jangan seret orang melayu jadi gila dengan menuduh langkah yang diambil oleh DOJ sebagai membunuh orang Melayu.

Melayu jahat mesti dihukum.

UMNO hanya parti orang Melayu. Ianya bukan bangsa Melayu. tidak ada bangsa dan agama yang melindungi pesalah dan perompak.

Kalau najib dan Idris haron hendak jadi bodoh, tidak mengapa. jangan seret bangsa Melayu jadi bangsa yang bodoh dan tidak bermoral.

Allah melaknat mereka yang menyembunyikan kebenaran. Apalagi jika kebenaran itu dibawa oleh orang2 yang berkelayakan dan credible. Saya tidak fikir pegawai2 DOJ, walaupun bukan beragama Islam, orang2 yang tidak credible. Apala lagi jika kebenaran itu disokong dengan fakta dan bukti.

Lihat Al Quran 2: 159.

Bukan sahaja Allah melaknati  orang2 jahat seperti ini, bahkan manusia dan malaikat. Mereka ini berdoa supaya Allah membalas mereka dengan hukuman. Rakyat Malaysia berdoa agar Najib dan orang seperti Idris Harun dikenakan hukuman dan balasan.

Jangan main2.

Allah juga melaknati mereka yang kufur dan ingkar. Lihat al Quran 2:161.

Mereka yang kufur bukanlah mereka yang tidak menuturkan kata2 terima kasih- tapi adalah mereka yang menolak2 prinsip2 kebenaran dan nilai2 mulia dalam urusan berkerajaan. Yang kufur ialah mereka yang pecah amanah, yang berbohong berterusan, yang salah gunakuasa, yang mencuri harta benda rakyat, yang rasuah, yang menzalimi rakyat.

Masyarakat yang menolak prisip2 kebenaran dan keadilan akan menyebabkan negara rosak.

Foundation sokongan kepada mana2 parti mesti lah berasaskan kebenaran dan keadilan.

Allah memerintah kita menjadi penegak keadilan dan kebenaran dan melaksanakan keadilan dan kebenaran keatas sesiapa sahaja- sahabat karib, ibu bapa, saudara mara, kaya dan misikin. Kebenaran dan keadilan itu paling hampir dengan taqwa.

Demikian lah yang saya faham, mengenai rukun2 berkerajaan dan bernegara.

Kita menentang segala bentuk kezaliman, pengniayaan, ketidakadilan. Kita menentang rasuah, kita menentang kezaliman ekonomi. Kita menentang salah guna kuasa. Tidak kira siapa yang melakukan nya.

Parti UMNO mesti dilindungi daripada orang seperti Najib dan kunco2 nya. Parti itu mesti dilindungi daripada budaya rasuah. Parti itu mesti diselamatkan daripada budaya hidup mengejar keseronokan dan pesta2. kemudian barulah ia menawarkan diri untuk berbakti kepada bangsa Melayu.

Orang UMNO mesti faham, bahawa UMNO hanyalah sebuah parti politik- wadah untuk bejuang dan mencapai agenda yang ditetapkan mereka sendiri. Ianya bukan bangsa Melayu. Mahkamah pun sudah menetap bahawa umno itu sebuah parti- tidak menyalahi undang2 kalau kita sebut celaka UMNO seperti juga orang UMNO sebut DAPig, Cina Babi, India kambing, keling pariah. Atau apa2lah yang kita suka letak pada parti2 politik.

Bangsa Melayu ada agenda yang lebih besar- yakni mengambil tempat nya yang wajar sebagai warganegara Malaysia. Oleh kerana mereka merupakan penduduk majoriti, maka apa2 dasar yang pemerintah lakukan, maka orang Melayu lah penikmat nya terbesar. Sebetulnya tidak perlu adakan dasar khas dan khusus untuk orang Melayu lagi.

Sebagai contoh kalau kita ada dasar kemiskinan. Oleh kerana kelompok yang terbesar sekali yang miskin ialah orang Melayu, dengan tersendiri mereka lah golongan majority yang menikmati hasil dasar tersebut. Dengan berusaha dan berkerja untuk mencapai tempat tersebut dan bukan mundar mandir dengan perasaan berhak keatas sesuatu kerana kita bangsa Melayu. Bukan mundar mandir dengan perasaan bangsa lain berhutang menganugerahkan kebaikan keatas kita.

Seperti kata al Quran- manusia mencapai apa yang dia usahakan. Lihat al Quran 53: 39. Sama ada untuk dunia atau akhirat, usaha nya akan diperlihatkan.

Ini menunjukkan bahawa mana2 bangsa2 pun tidak ada sense of entitlement atau hak kesemulajadian kecuali apa yang dia kerjakan dan usahakan.

Bila Dato Najib kata kepada ahli UMNO, ianya benar- jangan lindungi dia, lindungi UMNO daripada orang seperti nya. Jika UMNO itu terdiri dari orang Melayu dan agama mereka Islam, mereka tidak boleh menyokong pencuri, tidak boleh mempertahankan pemimpin yang sentiasa berbohong, yang pecah amanah, yang rasuah dan pemimpin yang jahat dan buruk. Parti seperti ini tidak boleh mewakili bangsa Melayu. Kerana bangsa Melayu bukan bangsa yang mencuri, tidak amanah, sentiasa berbohong dan seumpanaya.

Advertisements

3 thoughts on “Bangsa Melayu, bangsa yang bermaruah dan berprinsip juga.

  1. MAZA kepada ZA’BA menerusi Pak Ungku Aziz:

    [Prof. Diraja Ungku Aziz mengirimkan kepada saya sebuah buku yang amat mengagumkan. Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai itu. Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja. Karya seorang tokoh Melayu agung iaitu Pendeta Za’ba. Akibat tindakan golongan konservatif agama yang menentang pembaharuan di Perak pada tahun30-an, maka tulisan-tulisan Za’ba diharamkan dan buku tersebut turut tidak dapat muncul pada hayat Za’ba. Dewan Bahasa telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah ketiadaan Za’ba. Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.

    ZA’BA ILMUWAN AGAMA
    Pada muka hadapan buku tersebut diletakkan tajuk dan gambar Za’ba. Manakala pada kulit belakangnya diletakkan kata-kata beliau: “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganyatidak pernah disuruh dia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan >b>tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah daripada orang apabila mati kelak.” Dengan melihat kepada tajuk dan petikan tersebut, saya tertanya-tanya mengapakah Pak Ungku mengirimkannya kepada saya. Dia mendesak saya segera membaca buku berkenaan. Apabila saya baca, saya dapati buku tersebut sangat hebat. Za’ba bukan sekadar seorang ilmuwan bahasa semata-mata, beliau juga seorang ilmuwan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservatif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.

    Sebenarnya, Za’ba dalam buku berkenaan menceritakan serta mengulas sikap orang Melayu termasuk dalam hal beragama. Sikap suka bergantung kepada orang dan suka mengambil kesempatan atas nama agama. Menurut Za’ba, cara beragama yang salah telah melemahkan bangsa Melayu. Sikap enggan menilai semula apa yang menjadi kebiasaan yang kadangkala dikaitkan dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah dan lemah. Antara kata-kata Za’ba dalam buku tersebut: “Tuhan selalu mencela keras akan orang yang hanya mengikut dengan buta tuli apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpamanya mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya” (hlm. 24). ]

    Petikan dari Bab 47 Pejuang Perubahan Akan Dikenang, m/s 387-388, MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA ; Himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; 2010; Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Like

  2. Memohon dibatalkan yang awal tadi, terima kasih. Ini dengan tanda-tanda HTML diperbetulkan:

    MAZA kepada ZA’BA menerusi Pak Ungku Aziz:

    [Prof. Diraja Ungku Aziz mengirimkan kepada saya sebuah buku yang amat mengagumkan. Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai itu. Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja. Karya seorang tokoh Melayu agung iaitu Pendeta Za’ba. Akibat tindakan golongan konservatif agama yang menentang pembaharuan di Perak pada tahun 30-an, maka tulisan-tulisan Za’ba diharamkan dan buku tersebut turut tidak dapat muncul pada hayat Za’ba. Dewan Bahasa telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah ketiadaan Za’ba. Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.

    ZA’BA ILMUWAN AGAMA
    Pada muka hadapan buku tersebut diletakkan tajuk dan gambar Za’ba. Manakala pada kulit belakangnya diletakkan kata-kata beliau: “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganyatidak pernah disuruh dia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah daripada orang apabila mati kelak.” Dengan melihat kepada tajuk dan petikan tersebut, saya tertanya-tanya mengapakah Pak Ungku mengirimkannya kepada saya. Dia mendesak saya segera membaca buku berkenaan. Apabila saya baca, saya dapati buku tersebut sangat hebat. Za’ba bukan sekadar seorang ilmuwan bahasa semata-mata, beliau juga seorang ilmuwan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservatif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.

    Sebenarnya, Za’ba dalam buku berkenaan menceritakan serta mengulas sikap orang Melayu termasuk dalam hal beragama. Sikap suka bergantung kepada orang dan suka mengambil kesempatan atas nama agama. Menurut Za’ba, cara beragama yang salah telah melemahkan bangsa Melayu. Sikap enggan menilai semula apa yang menjadi kebiasaan yang kadangkala dikaitkan dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah dan lemah. Antara kata-kata Za’ba dalam buku tersebut: “Tuhan selalu mencela keras akan orang yang hanya mengikut dengan buta tuli apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpamanya mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya” (hlm. 24). ]

    Petikan dari Bab 47 Pejuang Perubahan Akan Dikenang, m/s 387-388, MENGEMUDI BAHTERA PERUBAHAN MINDA ; Himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin; 2010; Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Like

  3. Pingback: Bangsa Johor Yang Gemilang | jebatmustdie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s